Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Senin, 27 Oktober 2008




'Antara Cabaran dan Harapan Dusun Islam Sabah ', tajuk ceramah yang disampaikan
di Masjid Al-Husna Sunway Lagoon, Kuala Lumpur pada 18 Jan 2008 ( gambar kecil di atas: Ust. Gulam Hussin Al-Hafiz turut sama dalam road show di semenanjung bersama Ust. Hj. Abdul Halim Abas. Dalam usia muda, beliau mampu menjadi imam di masjid SDA Kota Kinabalu. )


465 mualaf kecewa, terkilan
Oleh ZULHISHAM ISHAK ( Utusan Malaysia )

KOTA KINABALU 5 Sept. – Seramai 465 saudara baru dari pedalaman daerah Tandek di Kota Marudu, melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan Pusat Zakat Sabah yang tidak menunaikan janji untuk memberi RM200 sebulan kepada mereka.
Jurucakap golongan mualaf itu, Mohd. Nazri Abdullah berkata, perkara tersebut amat dikesali kerana bantuan itu digunakan untuk menghadiri kelas agama di Masjid Takwa, Kota Marudu, pada setiap Sabtu.
“Rata-rata mereka adalah petani yang miskin dan tinggal jauh dari pekan Kota Marudu. Golongan mualaf ini tinggal di kawasan pedalaman seperti di lereng-lereng bukit dan berdekatan sungai.
“Bagi menghadiri kelas agama di masjid tersebut yang mengajarkan asas agama Islam, mereka terpaksa menyewa teksi sapu dan bermalam di gerai-gerai di pekan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Nazri yang sudah memeluk Islam sejak 23 tahun lalu, berkata, pusat zakat sebelum ini bersetuju untuk memberi bantuan kewangan pada setiap bulan.
Bagaimanapun, kata beliau, golongan tersebut hanya menerima sekali sahaja iaitu pada Januari lalu dan selepas itu tidak lagi memperoleh bantuan berkenaan.
Jelasnya, keadaan itu membuatkan bilangan mualaf yang belajar agama di masjid berkenaan berkurangan dan kini hanya kira-kira 200 orang yang terus mendalami asas Islam di situ.
Selebihnya, kata Mohd. Nazri, tidak lagi meneruskan pelajaran kerana tidak mampu berikutan kos untuk ke masjid tersebut tinggi.
“Kami di kalangan sukarelawan dan aktivis Islam di Tandek bimbang dengan perkembangan ini kerana perkara itu membabitkan masa depan mereka sebagai saudara baru.
“Mereka perlukan bimbingan sebagai saudara baru, jika bantuan ini tidak diterima, kami bimbang ada pihak lain yang akan ambil kesempatan dan mempengaruhi mereka,” ujarnya.
Menurutnya, perkembangan itu dikhuatiri menjejaskan usaha dakwah mereka dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini kerana ramai pihak yang menunjukkan minat terhadap Islam.
Tambahnya, beliau tidak mahu mereka yang berminat dengan agama itu merasakan Islam tidak mengambil berat kebajikan penganut barunya berbeza dengan agama lain.
Jelasnya, bagi sesiapa yang mahu menyumbang wang atau memberi sebarang bentuk bantuan seperti sejadah, telekung, kitab al-Quran dan sebagainya boleh berhubung di talian 019-8827449.

2 komentar:

  1. Tahniah sdr. Nazri. Teruskan usaha membela nasib mualaf khususnya di Kota Marudu ini. Tanggungjawab pihak berkewajipan dalam memberi bantuan wang zakat kepada para mualaf perlu dilaksanakan bagi membantu meningkatkan lagi kefahaman dalam Islam.

    Nak kongsi pasal zakat ni. Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:

    -ASNAF FAKIR - Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
    -ASNAF MISKIN - Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
    -ASNAF AMIL - Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
    -ASNAF MUALLAF - Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
    -ASNAF RIQAB - Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
    -ASNAF GHARIMIN - Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan :
    -Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
    -Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
    -Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
    -ASNAF FISABILILLAH - Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untukmenegakkan syiar Islam.
    -ASNAF IBNI SABIL - Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
    -Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
    -Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

    Rujukan: E-Zakat..

    BalasHapus
  2. saya percaya mereka2 yang berhak ini suda dapat daripada pihak yg berwajib. kerana itu mereka tdk bersuara. tapi kalau ada dlm pengatahuan kita maka kewajiban kita semua untuk memberi tahu pd yg berkaitan ....

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi