Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 21 Oktober 2008

Politik Warisan


Program pengislaman beramai-ramai kepada lebih 100 orang pelajar bersama masyarakat setempat anjuran JHEAINS. Kedatangan kami bersama rakan-rakan Penunjang Dakwah Sabah 2005 untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terlibat dalam pengislaman ini.


Makan malam bersama Pak Lah di kediaman rasminya di Seri Perdana, sehari sebelum bertolak ke Madinah. Banyak isu sempat saya sampaikan pada Pak Lah terutamanya tentang Pulau Banggi yang masih ketinggalan dan jauh dari arus pembangunan. Pak Lah ketika itu bersetuju untuk melawat Pulau Banggi, Sabah. Alhamdulillah, seminggu selepas saya kembali dari Mekah, ustaz Abd. Halim menghubungi saya melalui telefon dan menyampaikan berita bahawa Pak Lah akan ke Pulau Banggi. ( Berkat doa di Madinah dan Mekkah )


PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK Malaysia telah berjaya mewariskan perjuangan mereka kepada anak masing-masing. Tun Abdul Razak telah mewariskan perjuangannya kepada datuk seri Najib, Tun Ghafar Baba mewariskan kepada Tamrin, Datuk Rahman Taib mewariskannya kepada Datuk Fauzi, Tan Seri Ghazali Talib mewariskan kepada Datuk Tajul Rosli, Tan Seri Jafar Albar mewariskan kepada Datuk Hamid Albar, Tun Mustafah mewariskan kepada Datuk Hamid Kahar, Haji Ahmad Badawi mewariskan kepada Datuk Seri Abdullah, Pairin, Masidi dan Musa mewariskan kepada siapa ? Inilah kejayaan yang dicapai oleh pemimpin politik Malaysia. Mereka berjaya mengekalkan warisan perjuangan kepada anak masing-masing seperti raja-raja di Malaysia yang wariskan takhta kepada putera-putera mereka. Suasana ini sangat berbeza dengan suasana politik Amerika dan Eropah di mana kekuasaan dan politik tidak diwarisi turun-tumurun. Di sinilah lebihnya orang Melayu daripada orang-orang barat. Di barat nlai kepimpinan diukur daripada kemampuan dan kelayakan serta sokongan masyarakat, bukan diukur daripada keturunan. Mereka tidak pentingkan soal keturunan kerana negara mereka banyak anak haram. Jadi soal keturunan bukan jadi perkara utama tetapi kemampuan yang menjadi utama. Barat mementingkan kemampuan dan kelayakan kerana di negara mereka terdapat banyak intelektual yang berani mempersoalkan setiap tindakan ahli politik. Bukan sembarangan orang boleh tabah menghadapi protes dari golongan intelektual. Di sebelah Timur, Nilai intelektual tidak dihargai tetapi soal keturunan lebih dihargai oleh orang awam. Oleh itu sering terjadi di mana secara senyap-senyap nama bapa akan diatnya dan diambil berat. " Anak si anu ... " " Oooo, ayahnya orang ternama dan berjasa. Ayahnya orang rapat dengan istana. " Masyarakat kita lebih senang menerima kepimpinan anak orang ternana dan berjasa daripada menilai kelayakan serta kemampuan seperti di negara Barat. Di Barat, IQ menjadi nilai untuk melayakkan seseorang menjadi ahli politik dan setiap ahli politik harus melaluai jalan politik, bukan jalan keturunan buat mencapai kuasa politik. Di Barat, hanya harta warisan yang diwarisi oleh anak-anak, bukan kuasa politik. Kalau bukan kerana negara barat itu kafir dan derhaka maka cara inilah yang diredhai Allah kerana cara ini sangat dekat dengan cara Khulafaur Rasyidin memilih pengganti. Politik warisan itu sangat mendekati sistem pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah. Barat perluh memilih pemimpin yang betul-betul berkelayakan kerana negara meraka sentiasa bersaing dengan negara-negara jiran. Seperti Perancis bersaing dengan Britain. Jerman bersaing dengan Perancis. Kenada bersaing dengan Amerika. Kalau pemimpin mereka terdiri daripada orang yang tidak berkelayakan maka ia hanya akan jadi bahan tertawa negara-negara jiran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi