Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 14 Oktober 2008

PUSAT PENGAJIAN MUALAF PERLUKAN DANA



Gambar sebelah kiri merupakan jalan menuju ke tapak asrama pelajar perempuan manakala gambar sebelah kanan adalah tapak untuk bangunan kelas 2 tingkat lelaki dan perempuan serta pejabat pentadbiran. Gunung Kinabalu jelas kelihatan jika berdiri di puncak bukit tapak ini. Tempat yang diwakafkan ini terletak di Kampung Purak Ogis ( Bahasa Dusun ) bermaksud Pasir Putih, sejauh lebih kurang 7 kilometer perjalanan ke pekan kecil Kundasang dan 3 kilometer ke Pekan Ranau


Baba Yazid pendakwah bebas nusantara sedang berbincang dengan Cikgu Wahid berkaitan pembinaan pusat pengajian mualaf di tapak ini. Beliau sempat berziarah ke tempat ini pada awal Ramadhan 2008.

Sehingga kini, 3 buah pondok bambu telahpun siap. Gambar sebelah kanan di atas di cadangkan agar dibina sebuah surau untuk para pelajar dan orang-orang kampung yang tinggal berhampiran . Di kawasan bawah tapak cadangan pembinaan surau, pertemuan dua batang sungai dan lanskap semulajadi dapat dilihat. Keadaan sekitar sungai belum tercemar, menjelang malam, udara sejuk dan bunyi-bunyian unggas masih boleh dirasai dan didengar di sini. Bagaimanapun, kerja-kerja penanaman pokok-pokok bunga dan buah-buahan sedang giat diusahakan untuk mengukuhkan tebing sungai sebagai persiapan menghadapi banjir kelak.

PERJUANGAN ISLAM kini memerlukan teamwork bagi membangunkan taraf pendidikan di kalangan umat Islam di kawasan pedalaman, khususnya para mualaf di Sabah. Sebahagian mereka benar-benar ketinggalan malah tidak keterlaluan jika dikatakan buta Fardhu Ain. Kepada muslimin dan muslimat, kami mohon penglibatan anda untuk sama-sama membangunkan pusat pengajian dengan memberi sumbangan apa jua bentuk pemberian termasuklah alat-alat seperti tiang, papan, paku, simen hatta tenaga kerja mahupun wang ringgit. Untuk tujuan ini, anda bolehlah menghubungi kami di talian : 019-8028707 / 019-8827449 .










Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi