Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Kamis, 23 Oktober 2008

' RUMAH PANJANG KAMI UZUR '



Oleh ZULHISHAM ISHAK ( Utusan Malaysia )

KOTA MARUDU 22 Okt. – Tidak ramai yang mengetahui bahawa masyarakat bumiputera di Sabah juga mempunyai rumah panjang seperti mana kebanyakan kaum pribumi di Sarawak.
Bagaimanapun, rumah panjang di Sabah terdapat di tempat tertentu sahaja dan hanya boleh dilihat di beberapa kawasan antaranya di daerah Kudat dan Pensiangan.
Majoriti kaum yang menduduki rumah panjang ialah masyarakat Dusun, Rungus dan Murut dan ada antaranya masih mengekalkan tradisi hidup cara lama iaitu bertani atau mencari hasil sungai.
Biasanya sesebuah rumah panjang itu didirikan di kawasan pedalaman di kaki bukit atau di pinggir sungai bagi memudahkan mencari sumber air dan makanan.
Bagi penghuni rumah panjang di Kampung Salimandut, dekat sini, kediaman yang mereka duduki sudah melangkau lebih dua dekad dan perlu diganti atau dibaik pulih kerana sudah terlalu uzur.
Rumah itu yang pada asalnya dua tingkat, dibina pada era kerajaan Berjaya sekitar 1983 tetapi kini sudah reput, usang dan amat memerlukan perhatian segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Tingkat atas rumah tersebut tidak lagi boleh digunakan kerana struktur papan yang rosak teruk dan mereka kini hanya tinggal di tingkat bawah yang memiliki satu bilik dan ruang tamu yang kecil.
Rumah tersebut mempunyai lapan pintu yang menempatkan lapan keluarga dan kebanyakannya bekerja sebagai petani.
Dinis Rumitek, 53, yang mendiami rumah itu sejak dibina berkata, sudah sampai masanya kerajaan berbuat sesuatu terhadap rumah itu berikutan keselamatan yang semakin tidak terjamin.
Ibu kepada 10 anak itu berkata, rumah tersebut perlu dibaik pulih atau digantikan dengan lot rumah yang baru untuk keselesaan dan keselamatan keluarga yang masih tinggal di situ.
“Rumah panjang ini pada mulanya dihuni lapan keluarga, tetapi selepas beberapa struktur asasnya hampir hancur, kini yang masih tinggal di sini hanya enam keluarga sahaja.
“Rumah ini sangat kecil, bayangkan dahulu, saya mempunyai 10 orang anak dan terpaksa tinggal dalam rumah sempit seperti ini yang hanya ada satu bilik,” rungutnya.
Pory Rangit, 22, yang bekerja sebagai penoreh getah berkata, sepatutnya kediaman mereka itu sudah lama dirobohkan dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk dibina baru.
Katanya, ini kerana bukan sahaja tangga dan tiangnya sudah rosak tetapi juga bahagian atap dan dinding banyak yang sudah bocor.
“Jika keadaan ini dibiarkan, lama-kelamaan setiap kali musim hujan semua yang tinggal di rumah panjang ini akan basah dan kelengkapan rumah akan turut rosak,” katanya.
Suri rumah sepenuh masa, Watin Jepel, 37, pula meminta kerajaan menyediakan kemudahan asas di situ kerana sehingga kini bekalan elektrik dan air yang bersih masih tidak ada.
Katanya, bekalan air paip memang sudah disalur ke setiap rumah tetapi air yang diperoleh tidak bersih dan kadang-kadang suri rumah di situ terpaksa mengambil air dari tempat lain.
“Mengapa penempatan kami ini yang sudah 24 tahun didirikan tetapi masih lagi tidak memperoleh air yang bersih. Sepatutnya masalah ini tidak wujud lagi masa sekarang,” katanya.
Justeru Watin berharap, semua masalah di situ dapat diselesaikan secepat mungkin meskipun secara berperingkat kerana keadaan tersebut sudah dibiarkan untuk satu tempoh masa yang lama.
Seorang warga emas, Rombion Kinuk, 72, berkata, sekiranya rumah itu dibina semula, dia meminta kerajaan menggantikan dengan rumah batu kerana struktur itu akan tahan lebih lama.
Harapannya yang sudah tinggal di situ sejak rumah itu dibina, kerajaan akan membina rumah yang selesa dan lebih besar daripada rumah yang ada sekarang ini.
“Kalau boleh biarlah bukan rumah panjang lagi tetapi sebuah rumah, ini adalah untuk keselesaan kami yang sudah terlalu lama tinggal di sini dalam keadaan sesak,” katanya














Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi