Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Kamis, 23 Oktober 2008


A ssalammualaikum semua.

HARI minggu 31hb. Julai 2005, saya menunggu pancaran mentari yang ‘insya Allah’ muncul dari belakang pergunungan sambil menghirup secawan kopi panas yang saya buat sendiri. Melihat matahari terbit dan matahari terbenam merupakan kesukaan ramai orang. Berapa ramai yang mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah? Dan jika Allah berkehendak, Allah boleh mengubah matahari naik dari Barat dan terbenam di Timur. Allah juga yang Maha Kuasa. ‘Ittakullah’ maka taat dan berimanlah kepada Allah.

Saya duduk di anjung bilik no N2 Kinabalu Pine Resort sambil menikmati kedamaian dan ketenangan di kawasan berudara dingin yang segar dan nyaman. Resort yang pernah memenangi landskap nombor satu di Malaysia ini dihiasi dengan pohon pine dan tumbuhan yang tumbuh di kawasan tinggi.

Sementara menunggu kedatangan adik angkat saya Cikgu Wahid, orang Dusun yang akan membawa saya bertemu dengan YB Datuk Masidi Manjun, Adun Ranau. Saya percaya anda tak kenal dia seperti anda meminati Felix dan Marsha Londuh dari Akademi Fantasia. Saya terfikir biarpun ada Menteri-Menteri memperkatakan negatifnya AF dan Mentor namun kita tak dapat nafikan rancangan hiburan ini telah memberikan banyak ruang untuk anak muda yang berbakat yang mahu mencipta nama dan menjadikan ‘entertaiment’ bidang profesional.
Memang seronok bermeditasi ‘muhasabah’ diri ketika melihat gunung yang masih gelap samar-samar oleh pancaran cahaya dari ufuk timur yang menapak, merayap perlahan-lahan, sebelum makhluk yang bernama matahari naik menggalah hingga semakin lama semakin jelas. Gelap malam yang pekat sudah bertukar menjadi siang, hilang gelap timbul terang. Dengan demikian Felix dan Marsha menjadi cemerlang dan gemilang mengangkat nama Dusun menjadi terbilang.

Nikmat

Cuaca pagi begitu dingin sekali, angin gunung yang berhembus segar menyerap ke kulit, terima kasih Tuhan, terasa seperti di musim dingin ‘autum’ di Eropah, cuma daun-daun kuning tidak berguguran. Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang mahu kita dustakan dan kenapa manusia tidak pandai bersyukur?

Di mana juga kita berada kita wajib mengingati Allah, juga mengingati mati, dua perkara yang perlu dalam hidup kerana ‘kiamat sudah dekat’, tanda-tandanya sudah begitu ketara dan dua perkara yang mesti kita lupakan ialah segala kesilapan dan kejahatan orang dan kebaikan kita terhadap sesama manusia supaya jiwa menjadi tenteram. Biarpun suasana masih gelap, saya sudah membuka pintu bilik untuk menghirup bau wangi dari bunga ‘Queen of the night’, salah satu dari kesukaan Nabi Muhammad SAW adalah ‘wangi-wangian’, ‘solat’ dan ‘kasihkan wanita’. Kenapa agaknya orang Melayu memanggilnya ‘bunga sundal malam’? Mungkin kerana ‘sundal’ yang memberikan seteguk air kepada anjing dan berjaya menyelamatkan nyawa anjing di masukkan ke syurga, selain dia wangi dan hatinya mulia. Selaku makhluk yang diberi otak dan akal fikiran, saya suka ‘berfikir’ kerana Al-Quran itu untuk manusia yang mahu berfikir. Hidup di dunia ini ada yang pro dan yang kontra, ada syurga ada neraka.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun tugas tetap tugas, untuk menyampaikan ‘hatta sepotong ayat’ itulah kewajiban kita sesudah kita mengucap ‘dua kalimah syahadah’. Ayat pertama yang Saidina Jibrail sampaikan pada Muhammad SAW ialah ‘ikraq’ baca, baca. Didik, educated, ajar supaya manusia tidak hidup dalam kejahilan. Hanya mereka yang ‘jahil’ mudah disesatkan. Manusia disembah jadi Tuhan ‘ampun Tuanku’ dengan raja, dengan Tuhan tak minta ampun. Tuhan suka kepada ‘kebenaran’ biar pahit bagaimanapun mesti disampaikan. ‘Jihad’ terbesar adalah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.

Segala risiko yang diambil sebelum mendaki gunung dengan jalan yang berliku dan gunung yang curam, merbahaya jika berlaku kemalangan, hilang macam itu aje, bila memikirkan nikmat jika dapat ‘menyampaikan’, mengajak manusia ‘membaca’ berjaya dilakukan sebagai satu ibadah. Kita kena ‘bertawakkal’ serah diri bulat-bulat pada Allah. Hanya wartawan yang pernah merasai liku-liku keperitan yang dialami semasa mahu mencari ‘berita’ saja yang tahu nasib penulis yang terpaksa meninggalkan anak isteri untuk mencari berita terkini untuk didokumentasikan. Bayangkan jika pesawat terhempas di hutan belantara? Namun selagi hidup selagi melawan. Berpantang ajal sebelum maut hendak takut apa? Di rumah pun mati juga, seperti Razali Hassan jatuh dari helikopter di Bukit Batu Tiben, Kapit Sarawak masih hidup biarpun yang lainnya sudah maut.

Penulis

Memang orang tengok seronok jadi penulis ‘jet set’ di dunia tanpa sempadan, di era globalisasi, sarapan pagi di Kuala Lumpur, makan tengahari ‘di udara’ di atas pesawat, minum petang sambil menikmati matahari terbenam dari Hotel Promenade di Kota Kinabalu. Menjamu selera di Teluk Likas. Seterusnya di pagi hari, KK ditinggalkan untuk makan tengahari di Kota Belud, kampung lama almarhum Tun Said Keruak (Tan Sri) ayahanda kepada YB Datuk Salleh. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama dan jasa. Sukar untuk berjumpa seorang lagi pemimpin politik seperti Tun Said Keruak.

Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman. Ingat mudah ke menjadi penulis siber di agendadaily.com dan Buletin Demokrasi di mana pembaca mahu mengadakan anjakan paradigma untuk memahami apa itu Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri? Tapi menteri-menteri kabinet yang lain berpeluk tubuh berdiam diri, bila cakap pasal Islam Hadhari tak peduli cabut lari.

Bukan saya saja yang sedang memerhati munculnya warna merah pada permukaan pergunungan, pandangan sekumpulan pelancong juga sedang tertumpu pada Gunung Kinabalu yang tiba-tiba muncul berdiri megah sebagai paku alam yang sukar disembunyikan oleh kegelapan malam. Sama seperti cerita AP Rafidah dan AP Ayah Pin dan terbongkarnya rahsia Osu Sukam kaki judi. Orang-orang Dusun di kampong sudah tahu. Bangkai gajah tak boleh disembunyikan, inikan pula dosa-dosa pemimpin, bekas Ketua Menteri yang berjudi ratusan juta di luar negara yang menanggung penderitaan dan kemiskinan adalah rakyat jelata, lepas tu ceritanya senyap macam itu saja.

Hidup ini mudah saja, berdosa bertaubat, sakit berubat, sesat di hujung jalan kembali ke pangkat jalan. Jangan terus menerus buat dosa hingga ke akhir hayat hingga tak sempat bertaubat. Itu dosa dengan Tuhan, bagaimana dosa dengan manusia boleh dilupakan macam itu sajakah? Kenapa JAKIM diam membisu bila timbul rasuah mega Osu? Mana lebih merbahaya, orang murtad dengan pemimpin yang rasuah?

Kebenaran mesti ditimbulkan. Bukan hendak mengada-adakan cerita yang tak baik, bukan hendak ‘menfitnah’ bukan. Rakyat mahukan keadilan, selagi tidak ada keadilan tidak akan ada keamanan. Bila timbul yang hak, yang batil akan gugur dengan sendirinya. Kenapa cerita Osu dan AP Rafidah disorokkan? Di mana kebebasan akhbar?

Permit

Tiga puluh dua ribu permit yang dikeluarkan bukan sikit, kalau satu bernilai tiga puluh ribu saja, Rafidah berjaya melahirkan Pemuda ‘the towerings Malays’ menjadi billioner. Adilkah skandal sebesar Gunung Kinabalu ini disembunyikan? Mulut manusia bukan macam mulut tempayan. Jika Rafidah dan Osu hidup di zaman Abu Bakar jadi khalifah, Abu Bakar akan mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap mereka, hukum pancung kerana mereka menjadi pengkhianat pada bangsa macam Rasulullah akan memerangi siapa saja yang memerangi para ‘wali Allah’.

Sejak Pak Lah jadi Perdana Menteri satu persatu rahsia terbongkar. Pak Lah suruh Rafidah terangkan segala-galanya. Bukan rahsia lagi Rafidah bergaduh dengan dua Perdana Menteri, Pak Lah dan Tun Dr Mahathir. Hebat ‘the iron lady’, ‘towering Malay’ jugakah dia ini? Patutlah kedua-dua Perdana Menteri kekalkan manusia munafik macam ini dalam kabinet.

Tuhan suka kepada ‘kebenaran’ dan ‘keadilan’? Ini yang cuba saya lakukan bila menjalankan tugas selaku penulis, saya perlu perjelas dan menterjemahkan apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri kita dengan ketelusan, orang yang ‘dayus’ tidak akan mencium bau Syurga. Sebab itu manusia hari ini terasa hidup seperti dalam neraka, bahang panas matahari seperti sejengkal di atas kepala. Manusia sudah jauh dari Tuhan, terlupa kekayaan itu ‘amanah’ yang mesti dikongsi bersama anak yatim, fakir miskin, mereka yang menuntut ilmu, yang berhutang tak mampu bayar, jaga keluarga ‘ahlul bait’, yang disebutkan ‘humus’ hak lima atau 20 peratus.

Sedih orang yang berilmu menyembunyikan ‘kebenaran’, takut berkata benar, ayat Al-Quran dan hadith diselewengkan, cinta dunia, takut mati. Berani membuli orang yang tidak berdaya melawan. Kasihan Pak Lah terkapai-kapai seorang diri, kebanyakannya hanya pandai kutuk Islam Hadhari, kutuk Akademi Fantasia, kutuk Mentor, kutuk Malaysian Idol, melihat dari sudut negatif. Siapa punca yang menyebabkan orang Melayu sesat, murtad? Dari siapa anak-anak belajar ‘membuli’ kalau bukan dari kelakuan ketua-ketua? Kelakuan pemimpin lebih buruk dari rakyat, itulah tanda-tanda kiamat sudah dekat, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. akan muncul sebagai penyelamat.

Keindahan

Mereka yang ‘buta’ matanya tidak dapat melihat keindahan dunia. Sabah terkenal dengan keindahan alam semula jadi diliputi hutan dan gunung-ganang yang kaya dengan flora dan fauna. Mereka yang mata hatinya ‘buta’ tidak dapat melihat ‘kebenaran’. Apa bezanya orang ‘munafik’ dengan orang yang ‘murtad’? Pemimpin yang rasuah dipilih untuk menjaga kepentingan rakyat tapi jadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi seperti haruan makan anak. Mereka menjadi pemburu, membunuh ayam itik dalam reban sendiri. Perompak, penyamun, pencuri berselindung di sebalik topeng pemimpin pembela rakyat yang marhein. Kalau hendak ikut Quran ikut semua, tidak boleh pilih isi Al-Quran dan hadith yang menguntungkan diri dan puak seperti Muawiyah.

Penulis politik mesti turun padang berjumpa rakyat macam mana mahu menceritakan kisah benar seperti yang tersiar di rancangan Bersama Mu dan 999 di TV3 atau Edisi Siasat di NTV7 mesti berani membongkar penderitaan dan kepincangan pemimpin kalau UMNO mahu selamat. Sabah sebuah negeri yang kaya raya. Datuk Musa Aman, Ketua Menterinya tersenarai antara orang yang terkaya, dulu Almarhum Tun Mustapha adalah orang yang ke 8 terkaya di dunia. Rakyat di pendalaman terutama petani dari kaum Dusun hidup serba kemiskinan. Mengenai perkara murtad di Mentugung ada 4,000 orang mualaf yang sudah murtad. JAKIM buat apa? TV3 juga patut siarkan istana-istana dan mahligai-mahligai kepunyaan wakil rakyat, Timbalan Menteri, Menteri-menteri dan bekas wakil rakyat yang bernilai berjuta ringgit, macam manalah rakyat tak jadi miskin, papa kedana, makan pun susah, baru adil, jangan tunjuk kesilapan Ayah Pin saja untuk mengaburi mata masyarakat

Bukankah makhluk yang bernama manusia diberi ‘akal’, supaya kita mencari ‘kebenaran’? Kebenaran sama seperti cahaya yang boleh menghilangkan kegelapan. Sejak manusia mendapati diri mereka berada di atas muka bumi, mereka tidak serik untuk cuba memahami asal-usul dan mengapakah mereka berada di atas muka bumi? Kenapa takut dengan ilmu mistik Islam? Untuk apa Tuhan cipta kita? Ke mana kita akhirnya? Dan bolehkah manusia lari dari dosa-dosanya? Inilah yang selalu difikirkan oleh mereka yang dizalimi yang hidup serupa ayam, kais pagi makan pagi yang penderitaan dan seksaan mereka tidak sampai kepada Perdana Menteri kerana adanya pagar-pagar besi yang sukar untuk ditembusi.

Kebenaran

‘Fitrah’ manusia untuk beragama dan mencari ‘kebenaran’ tidak dapat dihalang. Kenapa banyak sangat buku agama diharamkan? Hanya Islam saja yang dapat memberikan kepuasan kepada jiwa. Islam adalah cara hidup yang paling sempurna. Kejahilan serta jiwa yang kosong saja yang boleh menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan ajaran ‘sesat’. Apakah Ayah Pin dan para pengikutnya saja yang sesat dan patut menerima hukuman seperti Tan Sri Isa Samad yang dijadikan kambing korban? Bagaimana dengan lembu-lembu suci? Bagaimana Rafidah boleh ada ‘immuniti’? Apakah orang politik lebih takut hilang undi? Bukan semua wanita UMNO sukakan Rafidah. Pelik! Lebih takut tak popular dari takutkan Allah SWT? Hidup ini tidak matikah? Dunia ini sementara, tumpang lalu saja, mana lebih baik, mati hina atau mati mulia? Tak nampakkah kebanyakan pemimpin turun dalam kehinaan, lebih hina dari sampah masyarakat.

Jangan ‘double standard’ bila menghukum. Bagaimana dengan yang lain yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya? Mereka yang makan harta anak yatim, yang joli, menghabiskan wang fitrah dan zakat, mereka yang selewengkan wang tabung haji? Kenapa terlepas macam itu saja? Patutlah ramai yang takut dengan Islam Hadhari, takut dengan ketelusan yang dibawa oleh Pak Lah.

Mereka menghukum Ayah Pin murtad seperti yang pernah dilakukan terhadap Arqam. Ashaari dan Ummu Jah yang ambitious kenapa marahkan nyamuk kelambu dibakar? Kejadian yang sama pernah dilakukan terhadap Abu Talib rakyat Singapura yang punya 10 isteri dan 28 anak, bubuh bapak dan 10 ibu dalam penjara. Anak dari dua bulan hingga 5 tahun dibiar macam itu saja. Islam ke tu? Islam ikut Muhammad SAW atau Islam Muhammad bin Abdul Wahab? Shiah Wahabi? Jangan jadi macam Amerika suka menghukum, hancurkan Afghanistan dan Iraq, pura-pura cari Osama bin Laden dan Al-Qaeda, sebenarnya tujuan mahu dunia membenci dan memusuhi Islam, itu saja.

Tak bolehkah JAKIM tunjukkan jalan ‘siratulmustaqim’, jalan yang sebenarnya? Islam agama kedamaian, agama kasih sayang. Islam menganjurkan musyawarah ‘dailog’ bukan berlagak macam Firaun. Tuhan bersifat Pengasih lagi Pemurah. Al-Quran adalah Rahmantalilamin, begitu juga Muhammad SAW memberi rahmat kepada sekelian alam bukan berlagak macam Bush laknatullah. Pukul ular, ular tak mati, tongkat patah, tanah rosak, ayam terlepas, tangan bau tahi, gunalah ‘fatanah’ dalam menyelesaikan masalah.

Kita minta pada Allah tunjukkanlah jalan yang lurus. Siapa kalau bukan Allah yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, 17 kali kita ulangi dalam solat 5 waktu sehari. Selaku ulama pewaris Nabi tunjukkan jalan yang lurus, bukan hukum dulu, buka aib orang, menjadikan rakyat tambah marah pada Pak Lah di era umat Islam di label sebagai terrorist. Kita bersatu bermaafan menyambung silatulrahim. Selesaikan masalah dengan musyawarah, ini baru Islam Hadhari.

Ilmu

Kejahilan disebabkan tidak adanya asas agama, ada ilmu tanpa ‘iman’ dan ‘taqwa’ menyebabkan bukan saja para pengikut mudah mempercayai apa juga yang disampaikan pengasas ajaran yang sesat.

Para pengikut yang berfahaman jumud, aku dengar dan aku taat apa saja keputusan ulama. ‘Samek na wa atokna’ sepatutnya untuk Allah dan Rasul saja. Disebabkan ada kuasa di tangan mereka, maka mereka bermaharajalela, apakah tidak ada mahkamah di akhirat nanti? Itulah susahnya bila hidup tidak memikirkan mati, ritual tanpa spiritual.

Begitulah saya bila berada seorang diri di pergunungan, memohon agar Tuhan akan memberikan ‘inspirasi’. Saya perlukan ‘ilham’, bukan mudah mahu menyampaikan ‘wasilah’ biarpun kita berada di peringkat ‘postman’, sekadar sampaikan saja. Tapi saya takut saya akan ditanya di akhirat nanti, apakah kamu tidak tahu yang Tuhan telah menyeru kamu supaya mengajarkan amar makruf nahi mungkar? Ingat mengingatkan mereka yang lalai? Jika ada 313 mukmin yang tak cinta dunia dan tak takut mati seperti tentera Badar, bukan saja suasana dunia tapi peta dunia juga akan berubah bila munculnya Imam Mahdi maka kenapa masih tidur lagi jika kamu benci pada kemungkaran?

Hanya Allah yang boleh memberikan ‘hidayat’, ini kata-kata Allah kepada Muhammad SAW. Tidak ada paksaan dalam beragama. Katakan kepada orang-orang kafir. Engkau sembah apa yang engkau sembah dan aku sembah apa yang aku sembah. Agama mu agama mu, agama ku agama ku. Suka hati engkaulah jika kamu mahu kekal di dalam kekufuran. Siapa pun tak boleh berbuat apa-apa, Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri. Ini adalah isi Al-Quran. Apa hukum orang yang menolak Al-Quran?

Apa hukum mereka yang menokok tambah Al-Quran dan Sunnah serta menunjukkan keangkuhan, kekejaman dan kezaliman terhadap orang yang tak berdaya dan berupaya? Keadilan bererti beri juga peluang kepada kafir sekali pun untuk membela diri tapi sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah, sendiri punya kubur dalam, sendiri mahu jawab.

Ulama

‘Wahyu’ Tuhan berikan kepada Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul yang terakhir. Jika kita sanggup menjadikan diri kita sebagai ulama pewaris Nabi tapi jangan pula kita mengaku diri kita nabi Melayu nanti ditangkap oleh JAKIM dan apakah JAKIM ingat pesan Pak Lah supaya mengikut Al-Quran dan Sunnah? Amanah Rasul SAW di Haji Wadaq; ‘Sesudah aku wafat, kembalilah engkau kepada Al-Quran, sunnahku atau ahlul baitku’. Menuduh orang ‘sesat’ ikut ‘bidaah’ sendiri ini apa hukumnya? Apakah kerana kita berkuasa maka kita mesti benar? Atau kebenaran itu adalah kuasa yang sebenarnya? Dengan Allah jangan nak tunjuk keangkuhan dan kezaliman. Ingat bagaimana anak yang dihanyutkan di sungai boleh menjatuhkan kerajaaan Firaun?

Saya teringat kata-kata Profesor DiRaja Engku Aziz kepada saya, orang yang mencintai falsafah suka duduk di tepi pantai kerana rumah Pak Engku di tepi laut, mereka yang minat dengan mistik dan alam kerohanian akan memilih kawasan pergunungan untuk ‘bersuluk’ mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sampai bila hendak hidup di alam ‘syariat’ saja, bila mahu merasakan ilmu hakikat, tarikat dan marifat? Kita berada di zaman langit terbuka, zaman IT, zaman kekuasaan yang ghaib di mana manusia boleh berkomunikasi dengan manusia di penjuru alam dengan sentuhan jari saja.

Kehadiran Internet boleh memudahkan pencarian ‘ilmu’, ilmu penting. Orang Islam mundur kerana mereka menolak Al-Quran selain dari tidak mahu melayari laman-laman web yang beribu-ribu jumlahnya. Seseorang akan dapat sesuatu penerangan bagi masalah yang sedang difikirkan dengan menggunakan hujung jari saja, atau pun kita hendak mengharapkan lengan dan jari pun mesti mendapat subsidi?.

Telefon genggam tak perlu bubuh di telinga untuk mendapat berita, SMS, MMS, kenapa mesti mahu hidup dalam perigi buta? Sudah terlalu lama hidup di alam ‘ritual’ bila mahu mendekati alam ‘spiritual’? Kerana kita ini makhluk spiritual yang boleh naik ke langit, hidup di dasar laut, tak hangus dibakar. Jibrail pun sekadar boleh naik ke langit ke empat membawa Nabi Muhammad SAW bertemu Tuhan di malam Israq Mikraj.

Dari segi kemajuan teknologi sudah ada LRT, komuter, monorail, perkataan ‘Keretapi Tanah Melayu’ masih tak bertukar. Mana ada kereta pakai api? Manalah Melayu tak mudah kena tipu, diperdaya oleh pemimpin yang kaki merapu, menipu? Apakah anda tak tahu boleh kena tangkap jika gunakan lokomotif yang mengeluarkan asap yang boleh mengotorkan udara di musim jerebu. Jerebu itu pun tanda-tanda kiamat dah dekat juga. Kita hidup dalam dunia yang ‘macam-macam ada’. Kasihan kita apa-apa pun tak ada. Merdeka... Merdeka... Merdeka. Tanah air kita siapa yang punya sesudah 48 tahun merdeka? Dan kita masih war-warkan cerita ‘Melayu sesat’ dan ‘Melayu murtad’, merdekakah kita?
SYED HUSSEIN AL- ATAS
( AGENDA DAILY )
18. OGOS 2005

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi