Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Minggu, 12 Oktober 2008

SUARA MUALAF 1


Assalamualaikum, salam ukhwah dan salam aidilfitri.Suka duka masyarakat mualaf berketurunan Dusun di Sabah sejak sebelum merdeka dikuburkan oleh para penjajah sehingga fakta-fakta penting mengenai masyarakat Dusun yang memeluk Islam masih belum ditemui ketepatannya.Bagaimanapun, usaha-usaha ke arah ini telah mula dilakukan oleh para penulis Sabah. Masyarakat Dusun telahpun menerima Islam secara gemilang sekitar awal tahun 80-an sehingga nama mualaf kian dikenali oleh golongan bukan Islam apabila pengislamam secara beramai-ramai dibuat oleh pihak pemerintah ketika itu. Ketika itu juga, gelombang putih memenuhi padang-padang umum di seluruh daerah-daerah Dusun yang memeluk Islam sehingga tidak hairanlah masih ramai orang-orang Dusun sehingga hari ini masih menggunakan nama Islam ( tapi mereka bukan Islam ).Dalam menghayati ajaran Islam, masyarakat Dusun telah melalui pelbagai rentetan dan perstiwa pahit manis yang sebahagiannnya ditulis oleh individu Islam Dusun begitu juga mengikut kacamata politik di kalangan pemerintah yang juga menulisnya sebagai sebuah kejayaan di mata dunia Islam.Hakikatnya, ia merupakan sebuah kesalahan besar yang mereka lakukan serta tidak boleh dimaafkan. Membiarkan mereka tanpa memberi didikan lanjutan dan tanaman keimanan sehingga menjadikan Islam sebagai “ cara hidup " merupakan suatu kesilapan yang nyata dan dilihat pincang. Bagaimanapun, usaha-usaha jabatan agama tidak dapat dinafikan kerana kita melihat usaha-usaha mereka semakin terancang dan teratur . Hasilnya, muncul tenaga baru anak-anak Dusun yang hafiz, ilmuan dalam bidang agama Islam yang bergelar ustaz dan ustazah sekali gus ditempatkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah.Usaha dan tenaga-tenaga ini bagaimanapun tidak cukup untuk menyumbang keperluan para mualaf yang kian hari kian dahagakan ilmu pengetahuan. Kekangan hidup serta ketiadaan kemudahan juga antara penyebab mereka terpaksa berpayah untuk menghilangkan kedahagaan ilmu Islam. Apa tidaknya, mereka ini tinggal di kampung-kampung berbukit dan sebahagiannya sukar dihubungi oleh alat-alat perhubungan termasuk kenderaan dan telefon. Hal ini telahpun kami lalui pada tahun 1983 . Kini, kami jejaki lagi mereka dengan kisah realiti mualaf Dusun bersama rakan-rakan daripada semenanjung.
Nazri ( Lebon )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi