Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 25 Oktober 2008

SUARA MUALAF 3

Sudah sampai masanya pihak kerajaan Sabah dengan kerjasama Jabatan Agama negeri JHEAINS menyahut saranan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Dalam kenyataan akhbarnya pada 24 Oktober, beliau menyokong malah telah lama menyarankan kepada kerajaan tentang pentingnya kewujudan masjid Cina di Malaysia. Perkara ini juga telah disuarakan Ahli Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ( lihat petikan akhbar dalam blog saya) dalam parlimen baru-baru ini. Tahniah kepada mereka yang peka terhadap keperluan golongan ini .
Sebagai kumpulan minoriti Dusun mualaf, kami juga sebenarnya sudah lama menunggu suara-suara seumpama ini bergema di Negeri Di Bawah Bayu ini. Malangnya, pihak-pihak berkaitan lebih memilih untuk membutakan mata dan buat tidak peduli pada golongan ‘ Orang Dusun Mualaf ‘ . Memang benar, usaha dakwah dan membantu orang-orang Islam itu ada, malah jutaan ringgit pembiayaan untuk usaha ini diketahui umum kerana digembar-gemburkan melalui media massa. Nampak sekali tidak sepadan jika dikatakan kejahilan itu masih merata di bumi Sabah. Tetapi, inilah realitinya. Orang-orang Dusun Mualaf khasnya masih ramai yang terumbang ambing malah hanyut dibawa arus kejahilan. Kenapa ia berlaku ?
Mungkinkah usaha dakwah dan program ilmu tidak merata kepada setiap inci umat Islam di Sabah? Dalam pengamatan saya selama 20 tahun melihat keadaan ini, ada beberapa faktor penyebab berlaku suasana ini:

1. Perkembangan ilmu terhad di sekitar pusat bandar dan daerah ( pekan ).Penyertaan pula hanya dalam lingkungan orang-orang dalam atau lebih tepat, pihak-pihak penganjur, kakitangan-kakitangan kerajaan yang terikat kerana perintah majikan, pelajar-pelajar, orang-orang politik, dan mereka yang berkepentingan sahaja. Suasana ini menjadikan program-program ilmu dan majlis-majlis seumpamanya hanya mampu melahirkan ilmuan-ilmuan Bandar dan pekan saja. Orang-orang kampung, para petani, penternak, nelayan dan peladang dibiarkan buta ilmu. Mereka tidak mungkin menghadiri program di Bandar atau pekan kerana kerana pergerakan mereka terikat dengan tempat dan suasana program.

2. Pusat-pusat pengajian yang ada memerlukan syarat-syarat kelayakan tertentu untuk layak mengaji di dalamnya. Mereka yang tidak berkelayakan secara automatik tidak layak memasuki pusat pengajian yang ada. Oleh itu, pusat latihan sedia ada perlu dibuka kepada mereka yang tidak ada kelayakan akademik tanpa syarat. Jika tidak, kerajaan perlu memikirkan semula untuk membuka satu pusat khas untuk orang-orang kampung yang mahu menimba ilmu Islam khasnya untuk orang mualaf.


3. Guru-guru agama tidak masuk ke kawasaan pendalaman dan kawasan golongan sasar. Pelbagai alasan akan diberikan untuk menjawab soalan-soalan lazim. Masalah kereta, tuntutan perjalanan, tiada arahan dan jadual, peruntukan belum ada, dalam pertimbangan untuk diambil perhatian,bukan kawasaan jagaan kami, dan seribu satu lagi alasan dan ikatan yang biasa mereka kemukakan. Semua ini menyumbang kea rah pembantutan usaha dakwah di pedalaman.

4. Guru-guru kampung atau imam-imam kampung disekat mengajar dengan alasan mereka tidak punya kelayakan sijil, tiada kebenaran atau kelulusan daripada mufti dan sebagainya. Alangkah baik jika mereka ini dijadikan tenaga pengajar secara kontrak untuk mengatasi masalah ketiadaan guru di pedalaman? Mereka boleh dipantau oleh jabatan agama dari masa ke masa. Dengan cara ini, mereka akan lebih bekerja keras dalam menyampaikan dakwah. Dalam waktu yang sama juga, ilmu mereka harus ditingkatkan seperti guru-guru sandaran kerajaan ataupun, setiap 6 bulan guru-guru ini diwajibkan mengikuti pengajian ilmu berpusat.

5. Imam-imam yang di tugaskan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Biasanya, mereka yang ditempatkan di sekitar pekan, gajinya tidak mencukupi untuk sara hidup. Keadaan ini memaksa mereka membuat kerja sampingan untuk mendapatkan insentif tambahan. Oleh itu, gaji atau elaun mereka wajar dikaji semula. Jika tidakpun, mereka yang terpilih diberi kenderaan seperti motor dan seumpamanya sebagai galakan sekali gus memudahkan pergerakan dakwah mereka.

6. Campur tangan orang politik dalam menentukan dasar dan matlamat urusan agama secara langsung menyebabkan kesucian Islam tercemar oleh dasar-dasar yang dibuat mereka. Sebagai contoh, pengislaman beramai-ramai sekitar tahun 80-an atas dasar politik, itu semua, apa hasilnya? Siapa pula yang untung? Bagi pihak orang-orang Dusun, kesan program ini amat besar dan masih berbekas pada kami. Kami tahu bagaimana rasanya ditukar identiti dikelompokkan sebagai saudara baru kemudian ditukar pula kepada saudara kita. Seolah-olah kelompok kami ini, dijadikan ujikaji. Ditendang ke kiri, ke kirilah kami, ditendang ke kanan, ke kanan jugalah kami. .

7. Penterjemahan kitab-kita dalam bahsa Dusun perlu dipebanyakkan di samping bahasa-bahasa lain untuk memudahkan kefahaman orang-orang bukan Melayu terhadap Islam.

8. Tawarkan kepada guru-guru dan orang-orang mualaf yang berjaya meningkatkan ilmunya ke tahap yang ditentukan oleh jabatan agama untuk melakukan ibadah umrah dan haji.

9. Program-program agama yang melibatkan pemimpin perlu diperbanyakkan di tempat-tempat pendalaman atau kampung-kampung masyarakat mualaf agar mereka lebih bersemangat.

10. Penceramah atau pendakwah-pendakwah yang masuk ke kampung-kampung perlu menyampaikan ceramah menggunakan bahasa penduduk setempat.

11. Orang-orang yang dikenalpasti berkemampuan disaran untuk mengambil anak angkat dari kalangan mualaf secara bertempoh sepertimana golongan Ansor menyambut baik kedatangan kaum Muhajirin sekali gus dipersaudarakan oleh Rasulullah.

Rumusan

Agama Islam menjadi mulia apabila 4 golongan ini bersatu dalam menegakkan HUKUM ALLAH di muka bumi ini:

1. Pemerintah yang adil ( pemimpin )
2. Ulama dengan ilmunya
3. Orang kaya yang pemurah
4. Doa orang fakir





2 komentar:

  1. Pandangan, kupasan dan rumusan yang sangat bagus. Teruskan!

    BalasHapus
  2. t.kasi, dan sya percaya cikgu juga punya pandangan yg tajam terhadap isu2 mualaf ini. saya minta cikgu tulis isu mualaf ini .....

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi