Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 26 Desember 2008


20 September, 2008 21:41 PM
Jakim Peruntukan RM15 Juta Setahun Bayar Elaun Guru Kafa Di Sabah
TAWAU,
20 Sept (Bernama)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukan sebanyak RM15 juta setahun kepada Jakim Sabah bagi membayar elaun kira-kira 2,400 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh Sabah.Penolong Pengarah Jakim Sabah Saiful Mukharrom Mohd Tahrir berkata jumlah berkenaan tidak termasuk peruntukan RM500,000 setahun untuk menjalankan pelbagai aktiviti untuk murid-murid Kafa serta program peningkatan profesionalism guru-guru Kafa."Pada masa ini, jumlah murid yang mengikuti kelas Kafa ialah seramai 56,000 orang di 34 daerah di seluruh Sabah," kata Saiful Mukharrom kepada Bernama ketika menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak-anak yatim di sini hari Sabtu.Sementara itu, Saiful Mukharrom juga berkata Jakim kini dalam proses meningkatkan mutu pendidikan Kafa di seluruh negara."Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang mencadangkan kepada kerajaan supaya semua guru Kafa dibayar gaji minimum RM1,050 sebulan.Menurut Saiful Mukharrom sekiranya cadangan itu diterima kerajaan, sudah tentu masalah menghantar guru-guru Kafa untuk berkhidmat di kawasan pedalaman sedikit sebanyak akan dapat diatasi.-- BERNAMA
ulasan; SMS selalu masuk Kampung keluar Kampung tapi guru2 Kafa jarang SMS berjumpa mangkali awal pulang ...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi