Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 20 Desember 2008

Buta Al-Quran

Hj. Abdul Halim Abbas - Penasihat: Yayasan Insan Kamil Kuala Lumpur

Masih ramai umat islam khususnya di Sabah dan Mindanao yang buta al-quran. Jika digabung semua umat islam di dua negeri ini jumahnya tidak kurang dari 6 juta orang. Sepatutnya mereka mempunyai 6000 orang hafiz quran dan 4 juta daripada mereka yang dapat membaca dan memahami al-quran dengan baik.

Untuk mencapai target ini perlu ada program membasmi buta al-quran. Untuk itu kita perlu melahirkan guru-guru al-quran dan menyediakan mushaf al-quran sebanyak 4 juta buah. Selain itu perlu kepada madrasah-madrasah al-quran yang canggih dengan persediaan alat-alat belajar yang terdiri daripada komputer yang memiliki software al-quran. Bukan masanya lagi murid-murid yang belajar al-quran hanya bergantung kepada muqaddam al bagdadi tetapi mereka perlu alat pandang dengar yang dapat menggiring mereka membaca dan menulis dengan tepat.

Oleh itu diperlukan dana yang besar untuk mencapai target ini yang bertujuan untuk merubah pemikian umat yang tertinggal menjadi kaum yang penguasaan al-quran dalam jiwa mereka melebihi segala-galanya. Akibat dari minimanya fahaman mereka terhadap al-quran maka hidup mereka menjadi tak tentu arah. Perjuangan menuntut hak bagi diri mereka hanya menjadi kekacauan dan pertumpahan darah. Orang lain melihat mereka sebagai kaum yang tidak terpelajar. Kita ingin bawa mereka keluar dari kemelut ini dan mengangkat mereka dengan darjat ullumul quran.

Manakala di Sabah masih ramai mualaf-mualaf yang tidak kenal al-quran dan bertatih-tatih membaca al-quran. hitungan yang menguasai al-quran sangat kecil bahkan bukan itu sahaja muslim keturunan pun ramai yang tidak dapat menguasai al-quran malah ada yang langsung tidak mengetahuinya.

Oleh itu kempen menghapus buta al-quran hendaklah digiatkan dengan
sungguh-sungguh. Kalau tidak kita akan mempunyai umat yang hanya mempunyai kad pengenalan beragama islam tetapi tidak mengerti islam sebenarnya. Tidak hairanlah kalau muncul banyak ajaran yang menyeleweng daripada ajaran islam dan menyeleweng daripada al-quran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi