Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 30 Desember 2008

Komentar SMS terhadap 110 orang guru yang bakal dihantar ke kampung-kampung mualaf

1. Guru-guru yang bakal dihantar ke kampung-kampung di pedalaman Sabah disarankan agar bukan sahaja menjadi penyampai ilmu dan kemahiran amali Fardhu Ain kepada golongan mualaf malah sebagai pembanci bilangan para mualaf yang belum menerima bantuan daripada pihak zakat. Bagaimanapun, bancian tersebut hendaklah disahkan oleh Ketua Kumpulan Pelajar dan Ketua Kampung atau JKKK setempat bagi mengelakkan penyelewengan.

2. Guru-guru ini hendaklah sentiasa mengimarahkan surau serta menjadikannya sebagai pusat pengajian berterusan sehingga dapat melahirkan pelapis-pelapis dakwah serta mesyarakat setempat yang boleh melakukan solat dan sebagainya.

3. Bagi mengelak ketidakhadiran guru-guru ke kampung-kampung terpilih ini, ketua kumpulan pelajar dan ketua kampung atau pengerusi JKKK masjid atau surau perlu menandatanganii pengesahan kehadiran setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Begitu juga komponen-komponen pembelajaran perlu dicatat setiap sessi.

4. Menghidupkan surau-surau yang mati dan terbiar selama ini kerana ketiadaan imam serta menjadikan keluarga-keluarga mualaf setempat sebagai keluarga angkat mereka agar tidak berlaku tembok taraf antara mereka sekali gus menghilangkan perasaan takut dan tersisih para mualaf.

5. Pihak Suara Mualaf Sabah sedia memberi kerjasama kepada pihak jheains dan pihak-pihak berkaitan bagi mengenalpasti tempat-tempat atau kampung-kampung pedalaman yang keperluan guru- gurunya mendesak.

6. Pihak atasan perlu memikirkan semula nasib guru-guru agama bebas yang selama ini mendidik masyarakat setempat tanpa bayaran. Jika dilihat dari sudut akademik, mereka mungkin tidak layak tetapi keikhlasan mereka menyampaikan ilmu yang sedikit ada pada masyarakat selama ini perlu diberi penghargaan dan tidak salah jika mereka diberi latihan sekali gus dilantik menjadi guru agama di pedalaman.

7. Kenyataan berkaitan hak-hak para mualaf perlu diperjelaskan secara menyeluruh. Pihak –pihak berkaitan perlu memikirkan semula cara terbaik agar bukan sahaja golongan mualaf di kawasan bandar yang mengetahui akan hak-hak seorang mualaf, bahkan ia juga perlu sampai ke pengetahuan seluruh masyarakat mualaf di pedalaman.

8. Masalah ketiadaan kediaman guru perlu dititikberatkan untuk mengelakkan ketidakhadiran guru ke kampung-kampung berkaitan disebabkan ketiadaan tempat tinggal serta kewujudan pelbagai alasan disebabkan masalah pokok ini. Surau berkaitan perlu dinaiktaraf secepatnya dengan penambahan ruang bilik dan dapur untuk kemudahan guru yang bakal ditempatkan. Pemilihan surau yang tidak aktif walhal masyarakat Islamnya ada juga perlu diambil perhatian.

( Sisipan Gambar )


Rombongan SUPERB( Sukarelawan Perubatan ) bersedia bertolak ke Pulau Banggi, Kudat, Sabah.


SUPERB beramah-mesra dengan penduduk Pulau Banggi


Pondok pengajian Al-Quran yang dulunya bagaikan reban ayam, kini berwajah baru setelah mendapat sumbangan daripada seorang individu prihatin dari Kuala Lumpur


Beberapa orang doktor dan pembantu perubatan ( SUPERB ) bersantai di gerai masyarakat Pulau Banggi


Kelengkapan perubatan untuk program berkhatan melibatkan 80 orang anak-anak dan remaja Pulau Banggi


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi