Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 28 Januari 2009

Salasilah Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi


1. Rasulullah Saiyidina Muhammad ibnu Abdullah, SAW

2. Saiyidatina Fatimah dan Saiyidina Ali ibnu Abi Talib

3. Saiyidina Hussin bin Ali

4. Ali Zainal Abidin

5. Muhammad Ali Al Baqir

6. Jaafar As Sadiq

7. Ali Al Aridhi

8. Muhammmad An Naqib

9. Isa Ar Rumi

10. Ahmad Al Muhajjir

11. Ubaidullah

12. Alawi Al Awwal

13. Muhammad

14. Alawi Ats Tsani

15. Ali Khali

16. Muhammad Sahibul Mirbat

17. Ali

18. Muhammmad Al Faqih

19. Ali

20. Hassan At Turabi

21. Muhammad Asadullah

22. Abu Bakar AsySyaibani

23. Ahmad

24. Ali

25. Hassan

26. Abdur-Razzak Al-Madani

27. Nuruddin

28. Muhyiddin

29. Abdul Karim

30. Abdur-Rahim

31. Umar

32. Abdullah

33. Muhammad

Muhammad dilahirkan di Kampung Sudagaran, daerah Wonosobo, Pulau Jawa pada 1259H. Ayahnya Abdullah seorang pedagang yang hidup senang, ibunya bernama Aminah. Beliau menambah gelaran ‘ AsSuhaimi’ di hujung namanya semasa belajar menahun di Makkah. Beliaulah orang yang pertama menggunakan gelaran ini di negeri2 sebelah timur.

Beliau juga digelar Kiyai Agung dan Embah Agung di kalangan murid-muridnya, kerana ramai bekas2 anak muridnya turut menjadi Kiyai. Orang-orang awam memanggil beliau Syeikh Suhaimi ataupun Syeikh Muhammad Suhaimi.

Dalam Majalah Ar Rabitah yang diterbitkan oleh golongan Sayid-Sayid di tanah Jawa, dalam juz 8-9, keluaran tahun pertama, bulan Rabiul Awal dan Rabius Sani 1347H, dan juga juz 9 keluaran tahun kedua, bulan Jumadas Sani 1348H, disebutkan bahawa Abu Bakar Asy Syaibani adalah keturunan ke 22 Rasulullah SAW. Anak cucu atau keturunannya digelar “ Ba Syaibani” dan masih banyak tinggal di tanah Jawa hingga sekarang..

PERKAHWINAN DAN PENGAJIAN

Isterinya bernama Nyaii Qaniah binti Kiyai Abdur Rahim dari Kg Kali Beber, Garung, daerah Wonosobo. Tidak lama selepas berkahwin, Muhammad berangkat seorang diri untuk mengaji ke Pesantren Sulu Tiang, Luwanuh, tetapi tidak lama, lantas mengaji pula di Pesantren Termas di Pacitan. Setelah belajar bertahun-tahun di Pesantren Termas beliau pulang ke Wonosobo, tetapi tidak lama kemudian berangkat ke Makkah untuk menunaikan haji dan menyambung pelajarannya. Beliau menetap selama 12 tahun di Makkah.

Pada awalnya, ayahnya Haji Abdullah menghulurkan wang kepada anak-anaknya untuk berniaga, namun Muhammad memohon untuk belajar di Makkah sahaja. Sebelum beliau berangkat ke Makkah, ayahnya bermimpi bahawa dirinya punya banyak layang-layang, hanya satu yang boleh naik ke udara..maka fahamlah ayahnya bahawa anaknya yang bernama Muhammad itu, akan menjadi orang yang masyhur suatu hari nanti. Setelah enam tahun Muhammad di Makkah baharulah beliau disertai isterinya sekali.

KEMBALI KE TANAH AIR

Setelah 12 tahun di Makkah dan Tanah Arab, maka Muhammad dan isterinya pun kembalilah belayar ke Nusantara tetapi memilih Tanah Melayu, lantas diam di Singapura dan tinggal di Kampung Dalam [ no 21 dan 23 Clyde Street, berhadapan Masjid Maaruf]. Tidak lama kemudian mereka pergi ke Tanah Jawa dan Muhammad membawa ibu dan bapanya Haji Abdullah dan Aminah ke Singapura.

Setelah beberapa lama mengajar di Singapura beliau telah membeli tanah di Kg Teluk Pulai, Kelang, Selangor Malaysia dan menetap di situ hingga tahun 1343H/1925M.

~ Dipetik [sebahagian kecil] dari Manaqib berbahasa Melayu yang diterjemah dari bahasa Jawa ~

Pengarang asal manaqib ini adalah anak kepada Syeikh Muhammad Suhaimi sendiri iaitu Syeikh Muhammad Fadhlullah bin Muhammad AsSuhaimi. Seorang ulama pada zamannya yang sangat terkenal, lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Pernah menjadi mudir di tempat2 pengajian agama berikut yang terkenal waktu dahulu.

1. Madrasah Al Junid, Singapura

2. Kulaitul Firdaus, Singapura

3. Madrasah Al Masyhur, Pulau Pinang

4. Jame’ Merbau [ Ma’ahad Muhammadi] Kelantan

5. Kulaitul Lughoh Waddin, Pahang

6. Ma’ahad Mahmud, Kedah

Juga menulis kitab2 Islam dan pendukung serta tokoh ulung Ahlussunnah Wal Jemaah sewaktu itu dalam menghadapi Hassan Bandung yang memperjuangkan fahaman Wahabi [Kaum Muda].

Manaqib lain edisi tulisan cucu Syeikh Muhammad AsSuhaimi, iaitu Almarhum Ustaz Muhammad Taha bin Muhammad Fadhlullah AsSuhaimi, telah dikemaskini dengan sedikit tambahan.

Ustaz Taha Suhaimi [gelaran masyhurnya] pernah menjadi Presiden Mahkamah Syariah Singapura. Beliau pernah membuat pengakuan yang ‘menggempar’ dan ‘membawa berita gembira’ [ di mana berkenaan] bahawa datuknya adalah bakal Imam Mahdi yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh umat Islam sedunia, yang disebut dalam hadis2 ‘ dengan istilah ‘disembunyikan’.

Pengakuan itu disiarkan dalam akhbar New Straits Times, Singapura pada 13 Julai 1986.

Manaqib Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi ini yang ditulis oleh anak dan cucunya itu [di mana mereka juga terdiri dari para ulama] telah diharamkan oleh para ulama rasmi kerajaan Malaysia pada tahun 1994, kerana didakwa mengandungi ajaran yang merosakkan akidah selaras dengan fahaman terpengaruh Wahabiah yang menolak konsep kedatangan Imam Mahdi serta menolak konsep kewalian serta konsep2 tawassul, istighasa, ilmu2 kasyaf serta ilmu2 kerohanian lain .

Dalam manaqib itu banyak diceritakan karomah2 Syeikh Muhammad Suhaimi samada karomah lahiriah mahupun karomah maknawiyah.Manaqib Saiyidi Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi

boleh didapati di PERIPENSIS, Singapura

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi