Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Minggu, 01 Maret 2009

“Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Suadara Kita) USIA



Kelas Mualaf Kg. Morisinsim, Kota Marudu anjuran USIA Baitun Nur bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 4.00 petang selepas Asar.


Bangunan KAFA Kg. Morisinsim
turut digunakan sebagai kelas pengajian para mualaf yang terdiri dari 51 orang pelajar lelaki dan wanita dari suku Dusun Kimaragang, Dusun Rungus dan Dusun Tombonuwo


Lihat di papan hijau. Wajarkah bagi seorang mualaf diberikan ilmu asas seperti ini walhal
mereka buta ilmu? Mampukah pendakwah dari kalangan mereka lahir dalam masa 6 bulan? Jawaban bagi persoalan ini harus dinyatakan dengan jelas. SMS ketika baru 1 tahun memeluk Islam, bacaan sembahyang pun masih lintang pukang. Sehingga hari ini pun, SMS masih buta ilmu. Apa lagi mereka yang masih baru ini....


Meskipun mereka sudah memeluk Islam puluhan tahun di tangan para pemimpin USNO dan BERJAYA satu masa dulu, mereka masih merangkak-rangkak mencari ilmu Islam. Semuanya berpunca dari keciciran dan ketiadaan guru .


Mereka diberi minum pagi dan petang juga makan tengahari. Mereka juga diberi tambang oleh pihak USIA


Ketika SMS merakamkan gambar mereka, SMS sempat memberi perangsang kepada pelajar.
Buku rujukan, Iqra dan buku-buku Fardu Ain amat diperlukan sebagai bahan bacaan mereka dalam membina asas ilmu Islam.


Mereka bagaikan kolah yang kosong. Terima apa sahaja yang mereka dengar, lihat dan yakin. Mudah bagi para pendakwah ( Murabbi ) menyampaikan Islam dalam masyarakat ini.


Mereka baru mengenal huruf-huruf al - Quran


Meskipun berkongsi muqaddam, ia bukan menjadi halangan mereka untuk mereka terus belajar.


ULASAN SMS

Kelas pengajian mualaf sepatutnya dihebahkan secara meluas ke kampung-kampung. Masa dan hari perlu diwar-warkan lebih awal agar mudah bagi para mualaf mendatangi kelas yang di anjurkan oleh pihak berkenaan. ( lihat petikan di bawah ) Dalam masa 6 bulan ,SMS tidak yakin pelajar-pelajar ini mampu menguasai Fardu Ain dan bacaan-bacaan solat dengan betul. Begitu juga dengan membaca al-Quran. SMS mencadangkan agar kelas ini di panjangkan tempoh pelaksanaannya sekurang-kurangnya 1 tahun. Selain itu , pengambilan pelajar tidak wajar dihadkan seperti sekarang. Sukatan pelajaran perlu diteliti semula agar ia benar-benar sesuai dengan tahap dan keperluan mereka . Penekanan sukatan pelajaran utama untuk pelajar-pelajar ini perlulah menjurus kepada ilmu-ilmu asas dalam amalan harian seperti mandi wajib, perkara halal dan haram, Rukun Iman, Rukun Islam, kepentingan solat dan seumpamanya. Sekiranya setiap pelajar menguasai pengetahuan asas , barulah mereka dapat beramal dengan cara hidup Islam.




Tarikh: 25 Febuari 2009 - Sabah Times




KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan terus membantu saudara saudara baru (mualaf) di negeri ini melalui pelbagai program yang disediakan oleh pertubuhan tersebut khususnya dalam mempertingkatkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.


Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, melalui program “Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Suadara Kita) yang telah dan akan akan terus dilaksanakan merupakan pendekatan (USIA) bagi membantu golongan mualaf di negeri ini untuk mendalami kefahaman mereka terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.


“ Program ini telahpun berjalan sejak tahun lepas setakat ini kita telah diadakan di beberapa buah daerah iaitu Papar, Keningau ,Tengod,Kota Marudu dan akan menyusul di Bangi Kudat pada Bulan April akan datang” katanya ketika ditemui disini selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (USIA) di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.


Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua Datuk Nasir Tun Sakaran,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua Penerangan Haji Salsidu Ibrahim


Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penyelaras Program Program, Mualaf Sabah Mohd.Nazri Abdullah yang mendakwa kebajikan golongan ini terabai dan menjadi punca segelintir saudara baru kembali kepada agama asal mereka.


Sebagai salah sebuah pertubuhan Islam di negeri ini, (USIA) mengambil makanisme serta turut memainkan peranannya bagi membantu golongan ini agar mereka lebih dekat dan memahami ajaran Islam melalui bimbingan program yang berjalan selama enam bulan yang merangkumi bimbingan aqidah,syariah,akhlak dan pengajian Al Quran” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan Ahli Parlimen Beaufort itu juga yakin kerajaan melalui jabatan dan agensi yang berkaitan turut membantu golongan ini termasuklah dari segi bimbingan,bantuan termasuklah pemberian zakat.


Beliau juga turut meminta golongan ini agar tidak meminggirkan diri dari program program yang disediakan oleh kerajaan termasuklah program-program dakwah yang dianjurkan oleh pertubuhan pertubuhan Islam agar mereka tidak terpinggir.


“ Diperingkat (USIA) selain program program keilmuan yang disediakan oleh pertubuhan ini kita juga mempunyai pegawai pegawai dakwah yang sedia membantu dari segi kefahaman beragama dan adalah lebih baik mereka memohon menjadi ahli (USIA) dimana kita akan dapat selaraskan program program yang sesuai mengikut bahagian masing-masing” tambah Lajim.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi