Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 06 Maret 2009

Kata Anda, Kata Pelajar...

Mohd Nazri Abdullah

Sejak kebelakangan ini Suara Mualaf Sabah ( SMS ) banyak memberi kenyataan akhbar antaranya dalam Utusan Malaysia, Sabah Times dan Utusan Borneo. Kenyataan yang diberikan adalah berkisar tentang kepentingan para mualaf khasnya di daerah Kota Marudu dan amnya di Sabah. Pihak- pihak berkaitan telah memberi respon. Seperti yang kita baca dalam petikan akhbar, kata mereka ....



Menurut pelajar mualaf, wang ihsan daripada Pusat Zakat Sabah seperti yang dijanjikan tiap-tiap bulan Rm 200 telah diberikan kepada mereka ini seminggu sebelum Hari Raya Idulfitri tahun 2008. Mereka mendapat bayaran 6 bulan setelah SMS membuat kenyataan akhbar tentang keadaan pelajar mualaf yang sedang belajar di masjid Pekan Kota Marudu. Namun sehingga hari ini ( tamat pengajian 1 tahun ) baki 6 bulan selebihnya, belum mereka terima lagi. Yang layak menjawab kenyataan ini adalah pihak Zakat Sabah ...


Tanyalah pelajar-pelajar ini, apa betul atau tidak mereka ini sudah mendapat elaun pendidikan daripada pihak anda .... Pagi Sabtu esok, mereka akan berkumpul seperti biasa, belajar di Masjid pekan Kota Marudu. Silakanlah datang dan tanya mereka. Jangan tanya kakitangan JHEAINS Kota Marudu, kerana kalau anda tanya, pasti anda menerima jawaban 'ok' semuanya. Jangan tidak datang bos... Oh ya, hari itu, SMS ada cakap pasal udang di sebalik batu. SMS tutup dululah udang dan batu ni. Nanti, bila elaun pelajar mualaf dibayar, barulah SMS beritahu bos ... ( klik gambar untuk mendapatkan imej yang jelas )

Pusat Zakat Sabah sasar kutipan RM21j

KOTA KINABALU: Pusat Zakat Sabah menyasarkan kutipan zakat harta RM21 juta tahun ini daripada masyarakat Islam yang layak untuk membayar zakat harta mereka di negeri ini.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Mohd Zaratkhan Abd Rahman, berkata pihak-nya berharap sasaran itu dapat dicapai dengan peningkatan tahap kesedaran dan keyakinan orang ramai terhadap institusi zakat itu.

“Kesedaran orang ramai terhadap institusi zakat ini semakin bertambah dan ini jelas dapat di lihat dengan jumlah mereka yang layak membayar zakat terus bertambah dari tahun setahun,” katanya kepada New Sabah Times di sini, kelmarin.

Katanya, pada tahun lalu Pusat Zakat Sabah telah berjaya mengutip RM16.4 juta untuk zakat harta daripada lebih 11,000 orang pembayar zakat harta, ini jauh lebih baik daripada tahun 2003 iaitu hanya RM2.6 juta daripada hanya kira-kira 300 orang yang membayar zakat harta.

“Sejak 2003, jumlah pembayaran zakat harta sentiasa meningkat dari tahun ke setahun di mana RM2.6 juta pada 2003, diikuti 2004 (RM3.5 juta), RM7 juta (2005), RM12 juta (2006) dan RM12.4 juta pada tahun 2007 dan RM16.4 juta tahun lalu,” katanya.

Manakala, bagi zakat fitrah pula katanya, ia juga turut meningkat bermula daripada 2003 sejumah RM3.9 juta berjaya dikutip daripada umat Islam di negeri ini dan ia meningkat kepada RM7.3 juta pada tahun lalu daripada lebih 900,000 pembayar zakat fitrah.

Mohd Zaratkhan berkata, pada tahun ini, pihaknya masih meletakkan sasaran untuk mengutip RM7 juta zakat fitrah daripada kira-kira 1 juta pembayar zakat fitrah di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Islam yang layak membayar zakat harta mereka supaya tampil ke hadapan untuk membayar zakat daripada harta mereka kepada Pusat Zakat yang kemudiannya akan diagih-agihkan kepada golongan yang layak menerima wang zakat berkenaan.

Jelasnya, tahun lalu sahaja daripada RM23.8 juta wang zakat harta dan fitrah yang diterima oleh Pu-sat Zakat Sabah, sebanyak RM19.4 juta sudah diserahkan kepada seluruh penerima zakat yang layak.

Dalam pada itu, Mohd Zaratkhan juga berkata, pada tahun ini pihaknya dijangka akan memperuntukkan RM2 juta.

Sementara itu, beliau berkata, Pusat Zakat Sabah juga telah membelanjakan RM1.5 juta tahun lalu untuk tujuan meraikan dan pendidikan untuk pengurusan kelas bimbingan agama Islam untuk saudara baru (mualaf)

Tahun ini, katanya, jumlah peruntukan itu dijangka akan bertambah dan pihaknya meletakkan sasaran peruntukan RM2 .3 juta untuk tujuan itu.

Selain itu, Pusat Zakat juga turut membantu untuk memberikan bantuan bulanan maksimum RM200 kepada lebih 5,000 penerima yang terdiri daripada golongan miskin tegar di negeri ini termasuk saudara baru.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan bahawa golongan mualaf di negeri ini diabaikan termasuk soal pembayaran zakat yang didakwa lambat dibayar kepada golongan terbabit.

“Kita kena ikhlas dan telus dalam membantu sesiapa sahaja termasuk saudara baru, jangan membuat tohmahan yang tidak berasas … ini kerana akan menjejaskan keyakinan terhadap mereka yang membayar zakat yang pada masa ini pencapaian institusi zakat sudah bertambah baik,”katanya.

Baru-baru ini Penyelaras Program-Program Mualaf Sabah, Mohd Nazri Abdullah, meminta Pusat Zakat Sabah supaya mempercepat bayaran zakat kepada beberapa mualaf di negeri ini yang didakwanya tidak memperolehi wang itu sejak enam bulan lalu.

Sabah Times 6 Mac 2009

3 komentar:

  1. Saya adalah salah seorang (berasal dari Kelantan) yang baru sahaja mengikuti SMS blog ini, Saya amat tertarik dengan blog saudara ini, Memang baca dugaan yang terpaksa dihadapi oleh SMS atau sesiapa saja yang baru mengenal Islam, tapi yang saya tabik adalah, semangat Islam dalam diri mereka melebihi mereka yang lahir Islam itu sendiri. Saya berniat ingin menghulurkan sumbangan;wang (bukan lah masa terdekat ini - kerana saya sekarang tidak bekerja), bagaimana caranya saya boleh menghulurkan sumbangan itu. terima kasih...

    BalasHapus
  2. Sebagai salah seorang yang setia mengikuti perkembangan blog ini,saya merasa amat simpati dengan nasib anak-anak mualaf ini. Mengapa birokrasi masih lagi mahu dipraktiskan dalam menghulurkan bantuan yang merupakan hak mereka sebagai anak-anak mualaf!.
    Eloklah jika sekiranya mereka yang menyandang jawatan rasmi tersebut turun padang@setidak-tidaknya berhubung terus dengan pihak yang mengendalikan mereka seperti SMS,agar saluran dan bantuan pada mereka dapat disalurkan dengan cepat demi untuk kebaikan mereka.

    BalasHapus
  3. assalamualaikum... saya ingin memberi pandangan ttg pusat zakat sabah... bagi saya, kita tdk boleh menyalahkan langsung pusat zakat sabah (PZS) berhubung kelewatan menyerahkan bantuan... ini disebabkan oleh orang yang diamanahkan itu tdk amanah... tdk semestinya warga PZS... masalah lain, masyarakat sabah yg beragama Islam, banyak yang kaya... tapi yang sedihnya, hanya berapa sahaja yang bayar zakat... zakat harta (pendapatan, wang simpanan, emas perak, saham, dll) kita jangan salahkan PZS... tapi.. Kita MAJUKAN ZAKAT SABAH DEMI ORANG ISLAM DI SABAH... ALLAHU AKHBAR!!!

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi