Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Minggu, 26 April 2009

kekeliruan ?



Ini tugu orang Cina di tepi jalan berhampiran pekan Ranau, Sabah. Tugu seperti ini biasa kelihatan di tepi-tepi jalan di Sabah. Menurut yang dimaklumkan kepada SMS, tugu seperti ini menunjukkan kematian pernah berlaku di sini disebabkan kemalangan jalan raya. Masyarakat Cina biasanya akan mendirikan tugu seperti ini ( seperti kuburan ) selepas berlaku satu-satu tragedi. Peliknya, pada tugu ini, tertera tulisan Jawi yang bermaksud "Allah Selamatkan Perjalanan Kami ", sebuah harapan agar si mati berada dalam keadaan selamat atau doa untuk sekalian manusia yang lalu lalang? Apa pula maksud tulisan-tulisan Cina yang turut ditulis? Seperkara lagi, maklumkah Majlis Daerah Ranau dan JKR tentang hal ini? Adakah binaan-binaan tugu yang tetap seperti ini di tepi-tepi jalan mendapat kebenaran dan kelulusan pihak mereka seperti papan-papan tanda lain, sedangkan kain-kain rentang@banner yang direntang sementara pun perlu mendapat kelulusan dari pihak berkaitan? Bagaimana nanti jika orang Dusun yang tidak tahu mengeja tulisan Jawi menganggap tugu ini kepunyaan orang Islam apalagi perkataan Allah ditulis di tugu ini. Apa peranan pihak Jabatan Agama dalam hal ini?


Antara fahaman ajaran Mandur Syariff yang dikatakan ajaran sesat.



Namun, ketika pameran gerakan Islam di Ranau yang dibuat oleh USIA, Kota Kinabalu seperti yang pernah SMS poskan sebelum ini, Mandur Syariff mereupakan seorang tokoh pendakwah yang diberi pengiktirafan badan USIA. Perkara ini mengelirukan umat Islam di Sabah. Bagaimana sebenarnya kedudukan ajaran Mandur Syariff? Mengapa sebahagian pihak memberi pengiktirafan dan sebahagian lagi melatakkan ajaran Mandur Syariff sebagai ajaran sesat? Pihak terlibat sewajarnya membetulkan fakta-fakta yang melibatkan aqidah agar tidak timbul kekeliruan.

Klik peta Sabah untuk mendapatkan taburan ajaran sesat di Sabah. Baru-baru ini SMS berkunjung ke galeri Tamadun Islam di Kota Kinabalu, di samping mendapatkan bahan-bahan rujukan dalam rangka penulisan Suka Duka Mualaf di Sabah. Menurut salah satu info, kes murtad di Sabah merupakan antara yang paling ramai akibat pengislaman 2 pemerintah; USNO dan BERJAYA. Bagaimanapun, fakta ini tidak pernah dibongkar oleh mana-mana penulis. InsyaAllah SMS sedang membongkar kes ini demi kebaikan.


Pandang serius isu murtad

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR-Utusan Malaysia
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 22 April - Orang Melayu di negara ini digesa memandang serius isu murtad di kalangan mereka termasuk penganut agama Islam daripada keturunan lain.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Ann Wan Seng berkata, antara faktor utama berlaku kes murtad ialah kurangnya penekanan solat di kalangan anak-anak Melayu terutamanya di bandar besar.

"Masih ramai yang tidak tahu membaca al-Fatihah sedangkan surah itu ialah bacaan wajib dalam solat,'' katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku beliau bertajuk Murtad-Jangan Pandang Sebelah Mata di Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Buku tersebut dilancarkan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Wan Seng berkata, sikap orang Melayu terhadap penghayatan Islam juga merupakan salah satu sebab mengapa saudara baru Islam di negara ini murtad kerana mereka terasing, tidak dididik dan dipinggirkan.

Selain itu katanya, terdapat gerakan terancang yang beroperasi untuk menarik umat Islam bagi melepaskan pegangan akidah mereka.

"Konsep kebebasan beragama telah disalah tafsir oleh segelintir pihak. Kebebasan beragama difahami sebagai kebebasan untuk keluar daripada mana-mana agama dan kebebasan untuk menyampaikan agama kepada orang lain termasuk Islam.

"Ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang tertakluk pada Perkara 11(4) iaitu tidak boleh dikembangkan kepada orang Islam," ujarnya.

Beliau yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor 2009 berkata, sudah masanya isu murtad tidak lagi disembunyikan.

Menurutnya, isu murtad ialah satu isu yang sangat sensitif bagi umat Islam dan jarang dibicarakan secara terbuka.

''Ia seharusnya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memelihara pegangan akidah umat Islam yang lain. Dalam soal akidah, kita tidak boleh ada kompromi,''" katanya.

Wan Seng berharap buku tersebut dapat mencetuskan kesedaran terhadap bahayanya murtad khususnya kepada anak-anak Melayu dan Islam.

4 komentar:

  1. syabas sdr!

    gejala murtad memang satu tsunami yg paling besar dlm dunia. kita x salahkan yg telah murtad kerana mereka tidak berilmu. pemimpin masa itu yg harus dipertanggungjawabkan.

    inilah yg dinamaka `islam politik`. mereka gagal mentarbiyah sdr2 baru. Islam juga 1 agama yg x pernah memaksa mana2 orang utk memasukinya. Islam mahu orang masuk Islam kerana ilmu & keyakinan mereka. ya, berasaskan penyelidikan.

    bukan masuk semborono saja. sebutir intan di dasar laut lebih disukai Islam drp berjuta buih di atas lautan. teruskan... Islam adalah rahmat utk sekalian alam! yg berbakti secara adil tidak kira apa agamanya..

    BalasHapus
  2. Seorg rakan saya terkejut bila melawat sebuah kg di pedalaman sabah.Rata2 penduduk disitu mengaku mereka org islam dan mereka mengadakan kenduri doa selamat.Rakan saya langsung tidak memahami doa yang dibaca kerana apa yg kedengaran hanyalah 'bismillahi rahmani rahim....emm..emm..emm...emm. naaasii...emmm...emmm....naaasii...emm..emmm... naaasii".Inilah akibatnya bila tidak ada follow-up selepas pengislaman.

    BalasHapus
  3. sdr.Umar al-longobi kes murtad di sabah bukan lagi satu cerita. Namun perkara ini di sembunyikan, sebagai contoh di Ranau. Pihak JHEAINS telah memberi maklumkan pada SMS tahun lalu sahaja hampir 300 surat telah di terima oleh JHEAINS untuk memohon murtad, atas sebab menukar nama islam kepada bukan Islam. Kebanyakan mereka ini menerima Islam atas politik...Bagai mana di daerah lain ? daerah dusun terutamannya tentu lebih ramai.. kerajaan sepatutnya membuat kajian dan tindakan segera, agar Islam tidak di lihat sebagai agama politik..

    BalasHapus
  4. Kyro .. semoga dengan terbongkarnya kisah2 para mualaf ini pihak jabatan Agama lebih aktif masuk di kampung2 pendalaman

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi