Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 24 April 2009

Sambutan Maulidur Rasul SAW

Kepada muslimin dan muslimat pengunjung blog SMS, SMS dengan ini memohon supaya pelajar mualaf ini ( Pipi Dewiana Jukin ) diberi bantuan segera. Beliau kini sedang belajar di Perkim, Kuala Lumpur. Menyumbanglah ke akaun pelajar ini; BSN 1299529000033967 ( sumbanglah seberapa ikhlas,usah menyumbang atas dasar paksa atau simpati kepada kemiskinan pelajar ini kerana sesungguhnya perbuatan itu tiada nilai di sisi Allah )

Antara tenaga pengajar kepada pelajar mualaf daerah Kota Marudu. Ustaz Jamrus ( memegang buku hijau ) merupakan orang Dusun pertama di daerah Kota Marudu diangkat sebagai imam daerah. Beliau kemudiannya beralih tugas sebagai guru agama di Sekolah Ugama Islam Sabah, Kota Marudu.


Sebahagian ahli mesyuarat yang menghadiri mesyuarat sambutan Maulidur Rasul yang ditentatifkan pada 8 hingga 9 Mei bertempat di Kampung Salimandut, Tandek serta
melibatkan 6 buah kampung di sekitar Tandek.

Dijangkakan seramai 500 orang mualaf akan menghadiri sambutan ini. Kemuncak sambutan akan disajikan dengan ceramah agama. Masyarakat bukan Islam turut dialu-alukan datang ke majlis ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana terdapat sebilangan anak-anak mereka telah pun beragama Islam. Tema sambutan ini lebih menjurus kepada hubungan kekeluargaan sebagai wadah dakwah kepada keluarga mualaf yang belum Islam.

Sambutan Maulidur Rasul SAW ini merupakan program pertama yang dibuat khusus untuk para mualaf di daerah Kota Marudu . SMS hanyalah sebagai pencetus idea memandangkan kaum mualaf ini agak tersisih dalam program sambutan seumpama ini khususnya di kampung-kampung pendalaman Sabah. Program seumpama ini akan diperluaskan lagi dari masa ke samasa

SMS merakamkan ucapan terima kasih kepada JAKIM cawangan Sabah kerana bekerjasama menjayakan program ini serta membiayai segala kos yang melibatkan kewangan. Tidak lupa juga kepada semua pihak individu yang terlibat secara langsung atau tidak . Hanya Allah yang akan membalas segala sumbangan anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi