Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 14 April 2009

SMS Tidak Betul ...?


Memeluk Islam pada Ramadhan 2008. Tidak pernah mendapat apa-apa sumbangan dari PZS



Wanita bertudung bunga-bunga menerima Islam kerana perkahwinan. Dalam masyarakat Dusun, kes-kes ini terlalu banyak. Namun, sebahagiannya kembali ke agama asal apabila berlakunya penceraian.





Tanyalah dia ( Masudin Lumatun ) . Kenapa dirinya buta ajaran Islam? Kenapa sewaktu mengejar cita-cita politik dulu dia dipelawa manis memeluk Islam, namun ditinggalkan seperti perahu tidak berkemudi setelah cita-cita politik mereka tercapai? Kes-kes ini terlalu banyak di Sabah tapi ada pihak cuba menyembunyikannya. SMS akan terus membongkar agar mereka terbela di dunia dan selamat di akhirat.


PZS sepatutnya bertanya kepada orang ini ( Pn. Ramina ) . Pernahkah dia mendapat haknya daripada PZS kerana dia mualaf, atau pihak SMS ( Nazri Abdullah ) saja-saja membuat tuduhan tidak berasas sekali gus mencemar nama baik PZS? Tuan-tuan yang lebih arif, janganlah jadikan prosedur-prosedur yang berputar-putar itu sebagai sebab dan alasan kenapa orang-orang seperti dia ini belum mendapat hak mereka, hinggakan Islam itu dilihat sukar menyelesai masalah.. Pihak-pihak berkaitan termasuk menteri-menteri persekutuan dan negeri, tolong ambil serius hal ini. Jika dibiar lagi lama, ia bukan setakat kudis tapi bakal bernanah dan berbau busuk. Hubungi SMS dan jumpalah para mualaf yang diabai ini.

Lihat petikan kenyataan PZS di bawah ketika pihak SMS cuba membangkit perkara sebenar berkaitan mualaf. Sehingga hari ini pun, pelajar-pelajar mualaf di masjid at-Taqwa belum mendapat elaun dari pihak PZS ( menghairankan ). SMS melihat PZS cuba mempolitikkan kenyataan akhbarnya.




ARKIB : 07/03/2009 - Utusan Malaysia

PZS tidak pernah abai kebajikan mualaf

KOTA KINABALU 6 Mac - Pusat Zakat Sabah (PZS) menafikan dakwaan kononnya pusat itu mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikan mualaf sehingga menyebabkan golongan berkenaan tidak menerima wang bantuan sejak enam bulan lalu.

Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah PZS, Mohd. Zaratkhan Abd. Rahman berkata, pihaknya telah bertindak secara proaktif dalam memastikan wang bantuan zakat diterima oleh golongan yang layak termasuk mualaf.

"Pada tahun lalu sahaja PZS telah membelanjakan kira-kira RM1.5 juta bagi membayar zakat kepada golongan mualaf di negeri ini.

"Malah, bagi tahun ini kita sasarkan peningkatan bantuan untuk mualaf kepada RM2.45 juta melibatkan bantuan hari raya sebanyak RM500,000, bantuan kelas bimbingan (RM200,000), pendidikan saudara baru (RM1 juta) dan skim raikan saudara baru (RM750,000).

"Jadi dakwaan yang mengatakan PZS melambatkan pembayaran dan sebagainya adalah tidak benar sama sekali dan kemungkinan dibuat oleh individu yang mempunyai niat tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar ini baru-baru ini mengenai gesaan Penyelaras Program-program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah supaya PZS mempercepatkan bayaran zakat kepada beberapa mualaf di negeri ini yang masih tidak menerima wang bantuan itu sejak enam bulan lalu.

Mohd. Nazri berkata, pembayaran itu perlu disegerakan kerana ramai di kalangan saudara baru terdiri daripada mereka yang miskin.

Menurut Zarathkhan, antara bantuan yang diberi kepada saudara baru pada masa ini ialah skim meraikan saudara baru sebanyak RM500 dan pendidikan saudara baru sebanyak RM200 sebulan.

Selain itu katanya, golongan tersebut juga menerima bantuan semasa hari raya selain turut mendapat bantuan sekiranya mereka tergolong dalam kategori miskin.

Dalam pada itu, beliau berkata, kelewatan sesetengah pihak menerima wang zakat mungkin berpunca daripada kegagalan mereka menghantar laporan terus kepada PZS untuk diproses.

"Kita sudah buat yang terbaik dan saya berharap dia (Mohd. Nazri) tidak mengelirukan keadaan lagi dengan memberikan satu gambaran buruk. Saya juga hairan bagaimana dia boleh menggunakan nama penyelaras program-program mualaf.

"Jadi saya harap dia menghentikan perkara ini dan jika sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang masalah boleh datang menemui kami di pejabat PZS," katanya.

1 komentar:

  1. Salam, Saya amat bersetuju dengan saranan pihak PZS yang sekiranya ada masaalah lebih baik terus rujuk pada pihak berkenaan.

    Saya rasa, itulah yang terbaik daripada terus membuat kenyataan2 yang belum tentu benar dari segi peraturan dan adab2 sebagai seorang muslim yang berakhlak.

    So, pada saya Brother Nazri yang mendakwa menjadi penyalaras program mualaaf wajar benar jumpa dengan pihak berkenaan utk merungkai permasalahn yang di maksudkan. Bukan bertanya dan mengemukakan masalah dengan lensa kameranya yang canggih manggih.

    Sebagai seorang muslim, wajarlah teguran yang dibuat dengan hikmah dan betul.

    Sekadar lontaran idea dari hamba Allah.

    www.pustakaalghazali.wordpress.com

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi