Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Minggu, 05 April 2009

SUARA MUALAF SABAH


Kepada,

Pusat Zakat Negeri Sabah

dan Menteri Berkaitan


Dimaklumkan bahawa pihak SMS telah menerima pesanan ringkas yang di tujukan kepada Suara Mualaf Sabah (SMS) untuk dirujuk kepada pihak Pusat Zakat. Jawaban segera tentang masalah tidak berpenghujung ini melanda mereka yang sedang belajar dan telah dijanjikan infak sesuai dengan hak mereka. Jumlah pelajar mualaf yang sedang meneruskan pengajian ketika ini dalam keadaan membimbangkan Butiran di bawah menunjukkan kehadiran terkini mereka:-


1. Daerah Matunggung: 100 lebih pelajar ( Pusat pengajian pertama di Kg. Hobut, kemudian diarah berpindah ke Kg. Pinawantai)


2. Kota Marudu: 400 lebih pelajar ( Pusat pengajian; Masjid Kota Marudu, Kg. Masolog, Kg. Marasinsim )


3. Ranau: 240 lebih pelajar ( Pusat pengajian; SUI Pekan Ranau)


4. Pitas: 100 lebih pelajar


Nota; semua tempat-tempat pengajian ini semakin berkurangan kedatangan pelajar. Kecuali Daerah Ranau dan Kg. Marasinsim.


Berikut merupakan salinan semula pesanan ringkas tersebut;


Mesej A:

Mesej pelajar: Pinsan kukuro noh it perkambangan dit zakat pelajar saudara kita sid masjid at-Taqwa kota marudu dirih ? ( Maksud; Bagaimana perkembangan zakat pelajar saudara kita di masjid at-Taqwa kota marudu )


Tarikh pesanan: 23.03.2009

Masa pesanan diterima: 19. 56


Jawaban SMS: Aik, aiso poh gaam notorima dikooh ? it nilaan ku selapas minangatag aku kenyataan akhbar tantang keadaan pelajar, waro pegawai zakat minongoi sid masjid at-Taqwa mari kie. ( Maksud: Aik, belum ada kamu terimakah ? setahu saya selepas saya buat kenyataan akhbar, ada pegawai zakat datang ke masjid at-Taqwa. Begitu perkembangan yang saya terima )


Mesej pelajar: Macam koh yokoi siti aisoh ih it masalah nga apabila kasambat oku dit pelajar dit baru memeluk agama Islam kebanyakan sebelah darat melahirkan rasa keciwa. Om waroh ih langsung amu diri mongoi balajar jadi rumosi okoi siti pasal dit kuam noh boleh melemahkan semangat om kepercayaan terhadap agama tokou ( Maksud: Kalau kami di sini tiada masalahlah, tapi bila jumpa dengan pelajar baru yang baru masuk Islam yang tinggal di bukit, kebanyakan mereka melahirkan rasa kecewa. Ada antara mereka yang langsung tidak datang lagi ke kelas pengajian. Kami risau pasal ni boleh melemahkan semangat dan keyakinan mereka terhadap agama kita )


SMS amat kecewa dengan keadaan yang dialami pelajar sekali gus tidak diambil perhatian oleh pihak berwajib sedangkan dalam waktu yang sama mereka selesa dan tidur nyenyak di tilam empuk, dan mungkin dalam bilik berhawa dingin. Kalau mereka murtad, siapakah yang akan dipersalahkan ? Saudara baru atau mereka yang telah dipertanggungjawabkan ? Jika ada masalah sekalipun, pihak pegawai atasan perlu turun padang dan tidak hanya menyerahkan tugas kepada pegawai-pegawai bawahan untuk memaklumi pelajar masalah yang dihadapi mereka. Silalah datang sendiri bercakap dengan para pelajar sekali gus menyelami masalah yang mereka hadapi.


Mesej B

Assalamualaikum abg. Nazri. Apa bah yang berlaku di masjid at-Taqwa tu? Elaun lama sudah belum keluar. Tidak ada orang tengah yang belotkah tu? Kelas makin merosot dan mungkin PADAM. Pengurusan pula SEPI.


Tarikh pesanan: 05. 04. 2009

Masa terima pesanan: 06. 56. 02 pagi.


SMS tidak menjawab pesanan ini. Pihak Zakat dan pengurusan pelajar mualaf, silalah jawab.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi