Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 08 Mei 2009

Aktiviti Sambutan 1


Solat Jumaat masyarakat Kampung Salimandut dan pelajar SK. Tumunda, Salimandut. Khatib jemputan dari Kedah Ust. Abdul Halim Abas yang juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau banyak membantu SMS dalam mendampingi saudara baru di sabah sejak tahun 2004 hingga hari ini.

Hadith


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”


Riwayat Muslim


Masyarakat Islam Kg. Salimandut, bersama pelajar. Seluar dan warna baju tidak menjadi keutamaan sah dan batalnya solat. Apa yang penting adalah menutup aurat serta melaksanakan rukun-rukun solat .


Mengambil Air Sembahyang.


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu melancarkan program gotong-royong membersihkan sekitar masjid kampung dan jalan utama masuk ke masjid.


Ketua Pemuda UMNO mencantas pokok tanda pelancaran program.


AJK Masjid Kg. Salimandut bergambar bersama Saudara Jemsoh Majalin, Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Marudu.


Pelajar yang mengambil bahagian dalam acara mewarna, hafazan dan membaca Iqra, bergambar bersama AJK masjid Kg. Salimandut dan pemuda UMNO





Kerja-kerja meratakan kawasan persekitaran masjid, sehari sebelum hari kemuncak sambutan


Batu sungai



Kerja-kerja akhir pemasangan atap pondok sempena sambutan Maulidur Rasul SAW pada pagi hari Sabtu




Pelajar SK. Tumunda sedang diberi taklimat oleh ustazah mereka berkaitan program


Pelajar perempuan menanti diuji bacaan mereka


Asyik menulis tulisan khat sehingga baring di lantai... Hadiah bukan rebutan utama tapi ilmu itulah yang menjadi keutamaan setiap mukallaf.


TABIKA kemas

Pelajar TABIKA bukan beragama Islam turut menyertai peraduan mewarna. Seorang pendakwah hendaklah bijak berhadapan dengan keadaan dan suasana agar syiar Islam sampai ke masyarakat bukan Islam seluruhnya. Ibarat mencurah warna pada lukisan agar kelihatan cantik, tangan jangan kotor oleh warna. Pendakwah juga, jangan lidah sahaja yang bercakap, perbuatan juga haruslah kelihatan cantik







Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi