Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 23 Mei 2009

JHEAINS, Kota Marudu Bhg; 2

SMS tidak akan berhenti membuat kenyataan meskipun ada pihak-pihak yang tidak senang hati sekali gus tersentuh dengan apa yang SMS perjuangkan. Lensa SMS akan terus merakamkan perkara-perkara yang wajar diperbaiki. Mudah-mudahan ia membawa kebajikan bersama.

Kerajaan Negeri Sabah diminta campur tangan atas kegagalan pihak berkaitan melunaskan elaun pelajar Mualaf di Kota Marudu dan beberapa tempat pengajian di Sabah. Pihak kerajaan sepatutnya sensitif tentang isu-isu seperti ini yang selama ini hanya didiamkan pihak individu berkaitan khasnya kelompok mualaf dan bukan hanya memberi ulasan media bila ada pihak-pihak berkaitan menyatakan rasa kecewa atau maklumbalas kurang memberansang mereka terhadap jabatan agama dan pegawai berkaitan.

JHEAINS, ZAKAT Negeri Sabah harus segera menyiasat perkara tersebut. Selama ini, SMS membuat pendedahan bukan berniat memburukkan sesiapa, jauh sekali menjatuhkan jabatan-jabatan yang melaksanakan perkara-perkara kebajikan. Namun, kerana perkara ini berlaku sekian lama, SMS terpaksa membongkar perkara ini untuk diperbaiki. Tidak mungkin jabatan agama yang dianggap BERSIH selama ini terus-terusan dititis warna hitam. Sudah sampai masanya pembersihan besar-besaran dilakukan agar Islam itu benar-benar dilihat sebagai satu cara hidup.

Surat pekeliling berkaitan sikap kakitangan JHEAINS dan MUIS meninggalkan pejabat ( bukan urusan rasmi ). Melalui pengalaman SMS berurusan di pejabat agama, suasana menunggu berjam-jam itu adalah perkara biasa . Bahkan, budaya kerja sebegini dilihat menjadi budaya segelintir individu dalam jabatan ini. Bagaimana agaknya pengurusan jabatan agama di daerah-daerah pedalaman Sabah. Mungkin lebih teruk lagi perangai kakitangan mereka. Jangankan di restoran, warung dan gerai turut dijadikan segelintir kakitangan sebagai pejabat kedua. Malangnya lagi, ada pegawai agama yang langsung tidak menampakkan ciri-ciri seorang pegawai agama .



Surat tulisan tangan ini bukan tulisan tangan SMS. Penulisnya memohon agar pihak SPRM menyiasat kedudukan wang RM 64, 500.00 ( Enam Puluh Empat Ribu Lima Ratus ) yang di potong salah seorang kakitangan JHEAINS Kota Marudu daripada pelajar mualaf. Seramai 215 pelajar mualaf terlibat dalam pemotongan ini berjumlah RM 50.00 setiap seorang ketika menerima elaun mereka selama 6 bulan. Kejadian berlaku selepas SMS mengeluarkan kenyataan di akhbar dengan bantuan seorang menteri prihatin pada 2008 sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Muka surat 2

Muka surat pertama : Surat pekeliling ini dikeluarkan pada 22 Okt 1998. Tanggunjawab pihak atasan jabatan dilaksanakan melalui pengeluaran surat ini. Bagaimana pula pelaksanaan maksudnya? ( Klik surat yang berkaitan untuk mendapatkan imej yang besar dan terang )

Keratan akhbar: Kenyataan SMS

Inilah antara permasalahan para mualaf di Sabah


Hadith : Dari Miqdam r.a, dari rasulullah s.a.w,:”Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang sekali-kali tidak, yang lebih baik daripada memakan makanan hasil dari usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya nabi Allah daud a.s makan dari hasil usaha tangan baginda sendiri.”


Hadith :
Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)”
(Muslim)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi