Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 15 Mei 2009

JHEAINS, Kota Marudu

Akuan sumpah mesti daftar lewat, bawah umur.

Surat akuan sumpah tiada yang original.

' Klik untuk dapatkan imej yang lebih jelas'


Inilah antara permasalahan para mualaf di Sabah. Antaranya, borang pengislaman mereka sering dijadikan bahan alasan tidak dapat menyiapkan kerja pada masanya oleh segelintir pegawai JHEAINS ( yang berkaitan). Borang pengislaman tidak lengkap diisi oleh pemohon, surat itu dan ini tidak ada, dan berbagai-bagai punca yang kesemuanya seolah-olah menunjukkan si pemohon atau si mualaf inilah yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka walhal, kerja-kerja sebegini layaknya dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan. Setakat manalah ilmu dan pengetahuan orang-orang mualaf ini berkaitan prosedur dengan borang-borang jabatan jika dibandingkan dengan pegawai-pegawai sedia ada... Jika difikir-fikir semula, kalau pihak pemberi akuan ( yang masuk Islam ) tidak melengkapkan borang-borang berkaitan itu, biasa berlaku. Rasionalnya,bukan semua mereka ini tahu hal-hal dan prosedur kemasukan Islam. Peliknya,setelah menyemak dan meneliti borang-orang ini, ada pula pegawai-pegawai yang tidak melengkapkan borang-borang yang tidak lengkap ini, bahkan menghantar terus ke ibu pejabat di Kota Kinabalu.Beginikah etika kerja pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini? Dua contoh borang pengislaman ini telah ditolak oleh ibu pejabat atas alasan seperti catatan pada borang tersebut, anda lihat dan fikirlah sendiri. Hal ini bukan pertama kali berlaku tetapi sudah berulang kali. Hairannya, pegawai-pegawai berkaitan masih boleh relaks macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Akhirnya, segala urusan mereka ( saudara baru ) tergendala. Ada di antara mereka turun naik ke pejabat untuk melengkapkan sekali gus cuba menutup segala kelemahan yang mereka ( pegawai ) lakukan. Tidak cukup keterlaluankah sikap mereka ini ? Seolah-olah Islam itu menyusahkan padahal sikap orang Islam yang tidak masuk ajar inilah yang menyesakkan keadaan. SMS minta pegawai-pegawai seperti ini berhenti kerja sebagai pegawai jabatan agama kerana sikap seperti inilah yang memberi imej buruk kepada Islam. Sekiranya pihak JHEAINS memerlukan maklumat dan bukti berkaitan hal ini, sila hubungi SMS.

Bersambung ...



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi