Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 26 Juni 2009

Rawatan Gangguan Makhluk Halus ...

Gambar: Sesi ceramah dan rawatan dalam siri pertama lawatan di Masjid Kg. Salimandut & Surau SMK. Mat Salleh Ranau


SIRI LAWATAN, CERAMAH & RAWATAN

PROF. DR. ABDUL RAHIM SALAM

Ke-Sabah,
Anjuran Bersama Yayasan Ithmam Malaysia

dengan Suara Mualaf Sabah ( SMS )

& Suara Anak Marudu ( SAM )

DAERAH KOTA MARUDU & RANAU




DR. ABDUL RAHIM SALAM


Mendapat pendidikan ijazah pertama dalam pengkhususan Fizik (BSc) dari Universiti Malaya dan ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Fizik Gunaan dari University of Ducham, England. Bermula kerjaya sebagai tutor, pensyarah sehingga ke jawatan Profesor Fizik di Universiti Malaya. Di situ beliau telah mengasaskan makmal penyelidikan dalam bidang Fizik Semikonduktor yang terlibat dengan penyelidikan bahan elektronik maju. Turut terlibat secara langsung dengan kegiatan saintifik dalam penyelidikan, penerbitan dan pembentangan kertas di peringkat antarabangsa, serta melatih mahasiswa sehingga ke peringkat PhD. Pernah menjadi Pemeriksa Luar ijazah diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran kepada beberapa buah universiti dan institusi, dan juga Ketua Pemeriksa Fizik kepada Cambridge Examination Board dan Majlis Peperikasaan Malaysia. Beliau adalah Fellow Malaysian Institute of Physics, Member Institute of Physics (UK) dan Member of Institute of Electrical & Electronic Engineers (USA).


Di antara pengalaman pentadbiran beliau adalah sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya dan Ketua Saintis Kementerian Pertahanan Malaysia. Pernah menjadi Ahli Lembaga, Panel Penasihat dan Pakar Runding kepada SIRIM, MIMOS, Dewan Bahasa & Pustaka, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan Malaysia, Institute Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Bank Dunia. Dalam industri, beliau terlibat dalam Teknologi Komunikasi & Maklumat, Sistem Ketenteraan dan Pesawat Penerbangan.


Minat terkini beliau adalah untuk memahami kewujudan entiti-entiti Alam Fizik dan Alam Metafizik, iaitu Fizik Dwi-Alam (Dual-Universe Physics), sifat-sifat jirim, gelombang dan bentuk-bentuk tenaga dalam kedua-dua alam ini. Juga bagaimana entiti-entiti tersebut berupaya melintasi sempadan Fizik Dwi-Alam sehingga berlakunya interaksi di antara entiti-entiti tersebut. Akhir sekali, bagaimana ilmu ini boleh digunakan untuk membantu memahami unsur-unsur penyakit dalam alam zahir dan ghaib supaya boleh dimanfaatkan manusia.


CERAMAH


Perubatan Fizik & Metafizik: Kewujudan Konflik Kefahaman Tentang Unsur-Unsur Penyakit ,Pesakit & Rawatan


TAMRINUL THABIT (SENAMAN STATIK)


Senaman jasad dan pernafasan yang melibatkan posisi tertentu. Tujuan senaman ini adalah untuk membina kesihatan jasad zahir, kelancaran prestasi nafas dan kelancaran pergerakan otot-otot dan perjalanan darah. Manafaat utama adalah untuk meringankan serangan tekanan dikepala, sakit kepala dan migraine. Boleh dilakukan oleh semua peringkat umur, tetapi amat digalakkan bagi warga tua dan wanita.


THAQATUL SHU’A (TERAPI PERUBATAN)


Diagnosis yang menggunakan kaedah imbasan pancaran tenaga (aura) untuk mengesan jenis-jenis kecederaan, sama ada pada jasad zahir atau tersembunyi atau sakit yang wujud dalam bentuk zahir atau dalaman. Rawatan ke atas pesakit adalah secara kaedah saintifik dan kaedah rohaniah.


Tarikh & Tempat:

1. 2hb - 3hb Julai 2009( Masjid Kg. Lingkudau, Ranau)

2. 6hb - 7hb Julai 2009 ( Kota Marudu. Tempat akan diberitahu 2 hari sebelum program )


Tentatif Program:
- 9.30 Pagi- 10. 30 pagi: Pendaftaran.

- 10. 30 Pagi- Zohor: Ceramah Perubatan Fizik & Metafizik;

Kewujudan Konflik Kefahaman Tentang Unsur-Unsur Penyakit.

- 2.00 petang-Isyak: Sesi Rawatan.

- Solat Maghrib berjemaah & ceramah agama (selepas Maghrib)

disampaikan oleh Hj. Abdul Halim Abas

Pendakwah BEBAS dan Penulis Buku Bagaimana Menjadi Wali


Perhubungan:

1. Ranau-Suara Mualaf Sabah (SMS);

Nazri Abdullah/ Aldusuni 019-8827449

2. Kota Marudu-Suara Anak Marudu (SAM);

Androd/ Sanguru 019-5339378


Nota: Sesi rawatan terbuka kepada semua pesakit gangguan jin, makhluk halus, saka dan pelbagai penyakit yang tidak dapat dikesan perubatan moden ( berkaitan batin ). Para pesakit diminta membawa air ( satu botol) dan limau kapas ( 3 biji).






Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi