Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 11 Juli 2009

Nazrey kini tauke minyak



Nazrey bersama produk minyak keluaran syarikatnya, Titan Power.


DALAM diam, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid terkenal Raihan, Nazrey Johani kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak pelincir.

Memulakan operasi perniagaan di bawah syarikatnya, Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd., selain bertindak sebagai pengarah dia juga merupakan duta kepada minyak berjenama Titan Power Motor Oil (Titan Power).

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Nazrey sebelum ini juga bergiat aktif dalam perniagaan produk kesihatan. Bagaimanapun perniagaan baru ini merupakan satu lagi cabang buatnya mengembangkan sayap sebagai usahawan.

Bertemu Nazrey baru-baru ini, yang masih lagi mengekalkan konsep dakwah memberitahu, perniagaan tersebut diusahakannya demi menyahut cabaran menjalankan perniagaan yang kurang diceburi oleh orang Islam.

"Syarikat saya (Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd.) baru sahaja ditubuhkan pada 6 April lalu dan operasi jualan produk Titan Power dimulakan pada 15 April.

"Apa yang boleh saya katakan, sambutan untuk produk ini amat menggalakkan malah di luar jangkaan apabila baru sebulan dipasarkan, telah mengumpul lebih 500 orang agen di negara ini.

"Daripada pemerhatian saya, perniagaan sebegini seolah-olah tidak diterajui langsung oleh orang Melayu khususnya orang Islam.

"Jadi kekosongan itu saya cuba isi untuk membantu saudara sesama Islam yang berminat menjalankan perniagaan dengan membuka peluang mereka sebagai agen pemasaran," katanya.

Berteraskan formula MAS (Metal Treatment, Additive dan Synthetic), antara manfaat yang diterima ialah pemanduan kereta yang lebih lancar, lebih penjimatan petrol dan enjin menjadi lebih senyap.

Selain itu, penggunaan Titan Power juga mampu memberi perlindungan tambahan dan peningkatan prestasi enjin sejauh 15,000 kilometer. Produk tersebut dijual pada harga RM136 sebotol.

Mahu bina kampung tahfiz

Rupa-rupanya, di sebalik usaha membantu ramai masyarakat Islam menjalankan perniagaan tersebut, Nazrey menyimpan hasrat tersendiri untuk membangunkan sebuah kampung tahfiz bermodalkan keuntungan perniagaannya.

Merancang mendirikan kampung tersebut di sebuah tapak di Ranau, Sabah, kata Nazrey, kemungkinan besar akan diusahakan pada hujung tahun 2010.

"Ini salah satu perancangan dan hasrat saya dari dahulu lagi. Di Sabah, boleh dikatakan 0.1 peratus sahaja sekolah agama dan untuk tahfiz hanya ada di Kota Kinabalu itu pun kurang sempurna daripada segi prasarana.

"Niat saya apabila kampung tahfiz siap dibina kelak, bolehlah lahirkan generasi-generasi yang jiwanya dapat diisi dengan 'kandungan' al-Quran," kata Nazrey bersemangat.

Menyingkap perihal kerjaya seni, kata Nazrey, Julai nanti dia bakal memasuki studio rakaman merakamkan album lagu-lagu asas solat dan wuduk terbitan Inteam Records.

Masih dalam proses penyusunan lirik, album yang dibuat khas untuk membimbing generasi muda tentang panduan sembahyang dan berwuduk itu bakal dijual dan diedarkan ke sekolah-sekolah seluruh negara.

"Insya-Allah jika tiada aral, selain album asas tersebut saya juga bakal merakamkan single terbaru, Muslimah, di Bandung, Indonesia.

"Lagu tersebut adalah ciptaan seorang guru vokal di sana iaitu Haji Esa Putra. Sasaran saya, kalau boleh dapat siapkan lagu album dan single terbaru saya sebelum bulan puasa," kata Nazrey mengakhiri perbualan.

Kepada yang berminat menjadi agen jualan produk Titan Power Motor Oil, hubungi talian 019-4568490 (Md. Noor) atau 012-3971566 (Md. Azman).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut, sila layari laman sesawang www.titanloyal.com.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi