Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Senin, 31 Agustus 2009

Jangan Lupa 3




Jangan Lupa 3.


Malam ke-sepuluh Ramadhan: Allah Ta’ala mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh ikhlas serta mengikut tertibnya.



Dunia politik abad ini melakar sejarah apabila parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini, sekali gus menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.

Inilah catatan terkini politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad. Lantas, pelbagai teori dan andaian dibuat oleh peminat pentas politik melalui media elektronik termasuk TV, akhbar ,majalah dan blog. Kesemuanya menceritakan tentang sebab musabab kekalahan sebuah kerajaan yang telah menerajui negara Jepun selama 54 tahun yang kemudiannya tersungkur di hujung jari rakyat. Ternyata kuasa rakyat adalah mustajab dan punya super power mengubah sesuatu yang difikirkan mustahil.

Mungkinkah perubahan ini bakal menjadi suatu ingatan kepada para politikus bahawa mereka harus bersedia dan berhadapan dengan fenomena ini yang kemungkinan akan menular ke seluruh dunia. Apapun keadaannya, teori bukan lagi dianggap sebagai pencatur terbaik pada sesuatu perkara di dunia ini, apa lagi wang ringgit, martabat, empayar politik dan juga kuasa.

Negara Jepun sebuah negara maju serta antara kuasa penentu ekonomi dunia memberi gambaran bahawa faktor2 bersifat keduniaan semata2 bukanlah pencatur handalan menawan hati2 manusia. Kita wajar jadikannya sebagai iktibar dan cermin agar para politikus menyarung pakaian jenama ‘ jiwa hamba’. Sifat berjiwa hamba bukanlah seperti yang difikirkan kebanyakan kita bahkan sebelum ini telah disinonimkan sebagai pak turut, mudah dicucuk hidung, angguk-angguk, main yes tuan, penakut, membuntut, tidak pandai dan yang lebih teruk lagi, berjiwa hamba dipandang sebagai pencacai tanpa maruah.

Berjiwa hamba menurut ahli tasauf adalah kelompok manusia yang kebergantungan jiwa dan raganya ( zahir dan batinnya ) hanya pada Tuhan-Nya. Cintanya juga hanya pada Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Pentas dunia baginya hanya sebagai pentas ujian menuju akhirat. Lebih dari itu, mereka merupakan abid ( ahli ibadah ) pada malamnya tetapi singa di siang hari. Singa dimaksudkan bukanlah singa liar, tapi mengambil sifat berani singa sebagai raja hutan. Penjiwa hamba, tidak takut dengan perkara-perkara bersifat dunia bahkan mereka turut disifatkan sebagai Ahlul-Haq atau orang-orang soleh yang jiwanya dekat dengan Tuhan.

Persoalannya, wujudkah lagi orang2 seperti ini ? Ke mana kita cari mereka ? Jawabnya, mereka ini pasti ada dan cara mencari adalah dengan melihat sifat-sifat seperti dikhabarkan. Namun, mencari mereka bukan semudah yang kita fikirkan kerana mereka ini tidak terkenal di dunia tapi terkenal di langit. Bacalah sejarah Uwais al-Qarni, seorang wali ALLAH dalam sejarah Islam. Kalau kita tidak menjadi wali ALLAH cukuplah kita menjadi pengikut mereka yang berjuang dan menurut langkah-langkah perjuangan mereka. Ingatlah, iman tidak dapat diwariskan daripada seorang ayah kepada anaknya. Untuk mencari iman, setiap individu kena usaha sendiri.

ALDUSUNI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi