Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 19 Agustus 2009

SMS Bersama YB


SMS sedang mewawancara YB. Puan Anita Baranting Wakil Rakyat N.5 Tandek ketika Utara fm sebuah radio online Sabahan No. 1 di Malaysia mencipta rekod bersiaran 48 jam. rekod bersiaran 48 jam dikendalikan bersama DJ2 Utara fm antaranya; Dj. Rumput, Dj.PP, Dj. Aldusuni, DJ Kupang, Dj.Siput, Dj. Mka, Dj. Tom dan Dj. Nong ( sekadar menyebut nama ) bertempat di hotel Marudu Inn, Sabah.

Antara isu dibincangkan adalah berkaitan kewujudan blog-blog di Kota Marudu, kerjasama badan-badan NGO, isu kemiskinan tegar dan politik semasa.


SMS berbincang dengan YB. Anita ketika minum sejurus selepas ON AIR. Antara topik perbincangan termasuklah jadual berbuka puasa anjuran ADUN dan perkembangan terkini Utara Fm yang semakin mendapat tempat di hati pendengar.


SMS bergurau dengan YB Anita. Antara sikap pemimpin yang baik adalah mesra rakyat tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan fahaman politik.


Dj. Rumput di sebelah kiri YB. Anita, Sdr. Androd Sadian berjaket hitam, Setiausaha Bahagian PBS dan Dj.Tom bertukar-tukar fikiran selepas sesi wawancara.


Suara Mualaf Sabah - Individu Islam di semua peringkat perluh merapatkan diri dengan pemimpin-pemimpin politik. Tujuan utamanya agar suara-suara akar umbi dapat didengar oleh mereka. Perlu diingat, bukan semua isu-isu kampung mereka tahu bahkan mungkin tidak disampaikan oleh orang-orang kanan YB yang dipertanggungjawabkan kerana orang-orang ini kadangkala lebih menjaga kepentingan peribadi. Hasilnya, indah khabar dari rupa .


Zakat fitrah Sabah RM6.60 - utusan malaysia

KOTA KINABALU 18 Ogos - Bayaran zakat fitrah di Sabah pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM6.60 berbanding RM7.70 pada tahun lalu.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, kadar yang ditetapkan oleh MUIS itu adalah berasaskan kepada satu gantang atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk Sabah.

"Kadar zakat fitrah bagi tahun 1430 Hijrah bersamaan tahun 2009 adalah berharga RM6.60 atas setiap orang Islam yang bermastautin di negeri Sabah.

"Jumlah kutipan yang disasarkan untuk zakat fitrah pada tahun ini adalah sebanyak RM6.6 juta daripada kira-kira sejuta orang manakala, sasaran bagi zakat harta adalah RM20 juta," katanya pada sidang akhbar sempena majlis taklimat amil negeri Sabah 2009 di Wisma MUIS dekat sini hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Zaratkhan Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Public Bank Kota Kinabalu yang diwakili oleh Penolong Pengurusnya, Muhammad Tolling, turut menyerahkan wang zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2008 sebanyak RM20,000 kepada Syed Abas.

Menurut Syed Abas, seramai 35 amil dan 2,000 pembantu amil telah dilantik oleh MUIS untuk memungut zakat fitrah di seluruh negeri Sabah sepanjang Ramadan ini.

Dalam pada itu, katanya, MUIS berjaya merekodkan kutipan zakat tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak RM23.8 juta, berbanding RM17.5 yang direkodkan pada 2007.

"Jumlah ini merupakan yang tertinggi pernah direkodkan oleh MUIS sejak ia ditubuhkan pada 1972 di mana kutipan zakat fitrah pada tahun lepas adalah sebanyak RM7.3 juta manakala kutipan zakat harta pula adalah sebanyak RM16.4 juta," katanya.

Sementara itu beliau berkata, pada bulan Ramadan ini, MUIS memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta untuk diagihkan kepada golongan yang layak.

"Peruntukan itu akan diagihkan kepada asnaf fakir, golongan miskin dan mualaf bagi menggembirakan hati para penerima dan sebagai persediaan mereka menyambut 1 Syawal," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi