Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 08 September 2009

1 Malaysia


Aldusuni ISU MEREKA JUGA HARUS DI PANTAU OLEH PIHAK ATASAN....TERIMA KASIH, SALAM RAMADHAN 2009-09-08 1:54 PM

Aldusuni UNTUK MENGATAHUAI KISAH DAN SUARA HATI MEREKS SILA BACA POS PERTAMA DAN TERKINI... 2009-09-08 1:52 PM

Aldusuni SALAM ZETI ...SILA MASUK DI BLOG SAYA DAN BUAT KAJIAN PERMASALAHAN PARA MUALAF... 2009-09-08 1:50 PM


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Lihat dan baca pos saya di ruangan mesej ' Suara Anak Marudu ' yang saya tujukan kepada salah seorang pengunjung bernama ZETI. Menurut sahabat2 saya di SAM , ZETI adalah antara orang penting di Putera Jaya yang sekian lama membuat pemantauan blog SAM atas dasar ketelusan paparan berita dan gambar-gambar yang SAM entrikan selama ini. Kewujudan ZETI ini mendapat tempat di hati pengulas2 SAM termasuklah seseorang yang mengelarkan dirinya 'INGIN TAHU'. Secara peribadi, apabila saya merujuk kepada rasional pertanyaan ‘INGIN TAHU’ , saya berpendapat, pertanyaan beliau tidak salah dan tidak melanggar perundangan mahupun peradaban.


Bagaimanapun, ada juga di kalangan pembaca melihat pertanyaan itu tidak wajar. Saya sedar perkara sebegini timbul dikeranakan hak memberi respon para pembaca dan saya hormatinya . Saya kemudiannya menghantar cadangan kepada ZETI agar turut memantau blog saya kerana isu mualaf juga sebahagian tanggungjawab kerajaan. Mereka wajar mengetahui sekali gus membantu menyelesaikan masalah saudara-saudara baru. Inilah sebenarnya harapan saya mempelawa ZETI memantau blog SMS melalui ruangan mesej SAM .


Namun, tanpa disangka tindakan saya mendapat reaksi pelawat ( saya percaya beliau turut mengikuti blog saya) yang bersikap menikam saya tanpa memberi peluang atau sekurang-kurangnya ‘duduk berbincang’ mengikut adab perbincangan yang sepatutnya dengan saya. Beliau tanpa tapisan melempar pelbagai andaian dan kata2 kurang sopan seolah-olah saya selama ini telah menconteng arang ke muka pembaca. Hukuman yang saya terima membuatkan rakan2 yang mengikuti blog saya (SMS) membelasah 2 orang pelawat ini tanpa pengetahuan saya. Mereka bukan seagama saya tapi membela apa yang telah saya perjuangkan...Ringkasnya, pada pengamatan saya, mereka melihat apa yang telah saya buat selama ini sedikitpun tidak membawa mudarat atau virus pada mereka malah membawa kebaikan...


Apa yang saya perjuangkan untuk golongan mualaf ini adalah hak2 mereka yang selama ini terlepas pandang oleh pihak2 berwajib....( lihat pos pertama saya dan terkini di Suara Mualaf Sabah ). Sila lihat gambar dan baca setiap artikel yang saya poskan. Wujudkah unsur mudarat atau gangguan terhadap peradaban kehidupan manusia sejagat ?


Kenapa saya berjuang habis-habisan untuk golongan ini ? Pandangan yang mengatakan saya berkepentingan untuk melobi atau untuk mendapatkan anugerah dan jawatan SENATOR atau YB itu jauh sekali kerana sah saya tidak punya sijil akademik berjela jika itu diletak sebagai prasyaratnya. Saya hilang kelayakan. Tapi ingat, saya masih layak bercakap dan berjuang. Sejarah sebelum ini membuktikan bahawa Tun Datuk Mustafa, bapa kemerdekaan Sabah bukannya seorang tokoh akademik tapi, beliau seorang tokoh pejuang berjiwa rakyat. Jadi, yang sakit hati pada saya dan melemparkan kata ejekan dan penghinaan itu, sekarang terjawab....Mungkin juga andalah yang layak mejawat jawatan itu..


Seperkara lagi, jika kata-kata anda lemparkan pada sifat peribadi saya, saya tiada halangan dan akan sentiasa maafkan anda. Namun, jika kata2 berbaur prejudis itu dilemparkan sebagai menghalang usaha2 dakwah yang saya buat maka, saya lemparkan anda kata2 seperti sdr. Sonsogon katakan pada anda dan selayaknya anda dapat kata2 itu....Benar , yang memburukkan Islam adalah golongan yang FASIK ' menzahirkan Islam tapi tidak beramal pada ajarannya'..

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui, saya menerima Islam di tengah-tengah keluarga lain saya beragama Kristian dan Pagan, tapi saya tidak pernah putuskan hubungan keluarga saya hanya kerana perbezaaan agama. Begitu juga sikap saling hormat menghormati dan tolong menolong antara sesama kami. Untuk makluman anda di kalangan mereka yang membalas cakap2 anda itu adalah keluarga saya yang bukan Islam. Selama ini, tidak pernah ada api sengketa antara kami. Mujur mereka berhati lurus dan bersikap terbuka. Jauh dari itu, mereka sentiasa mengasihi sesama saudara..


Akhir sekali, sila keluarkan fatwa berkaitan kesalahan saya di kandang pengadilan, jika saya bersalah atas cadangan saya pada pihak atasan



Islam Yang Sebenar Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”

Riwayat Bukhari

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi