Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 08 September 2009

Jahil?

Ulasan SMS; Kejahilan ilmu adalah faktor utama umat Islam menjadi lemah serta mudah tertipu dengan cabang-cabang ilmu selain longgarnya pengamalan. Ramai umat Islam hari ini mendabik dada mengatakan "aku Islam" tapi sikap dan peribadinya langsung tidak menampakkan ciri-ciri Islam dalam kehidupan. Contoh paling mudah, dari segi pengamalan harian. Hanya sedikit antara penganut Islam yang solat dan puasa jika dibandingkan dengan yang tidak melakukan solat dan puasa. Jika solat sebagai tiang agama diremehkan sebegini, apatah lagi amalan-amalan lain dalam Islam. Justeru, Islam perlu dihayati dan diamalkan ajarannya dan bukan sekadar anutan atau lambang semata-mata. Namun, faktor dan penyumbang kejahilan perlu dikaji penyebabnya seperti ketiadaan guru dan ketiadaan kelas pengajian di beberapa tempat. Sepatutnya, kes seperti ini tidak berlaku kerana pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana kepada jabatan-jabatan agama negeri untuk menjaga kepentingan umat Islam. Persoalannya, sejauh manakah agensi ini melaksanakan tugas mereka dengan baik, telus dan bersungguh-sungguh




Menjaga Keteguhan Aqidah
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan “la ilaaha illa Allah”.”
Riwayat al-Hakim


Mati Dalam Iman
Hadith :

Dari jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar rasulullah s.a.w bersabda:” Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.”
( Muslim )





Kisah Mariam dijadikan iktibar - Nooh Gadut




JOHOR BAHRU 7 Sept. - Kisah hidup wanita kelahiran Johor yang terkandas selama 64 tahun di Korea Selatan, Mariam Johari, 88, dan meninggal dunia di sana wajar dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua pihak.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam khususnya generasi muda sepatutnya meletakkan akidah dan agama melebihi segala-gala daripada cinta dan kasih sesama manusia.

Beliau berkata, ini kerana sayang kepada agama kekal di dunia dan akhirat manakala cinta kepada manusia hanya bertahan sementara waktu sahaja.

''Anak-anak muda jangan mengikut perasaan untuk melarikan diri dari rumah dan berhijrah ke luar negara walaupun tindakan itu mempunyai sebab.

''Sebelum membuat apa keputusan, ibarat pepatah Melayu, tepuk dada tanya iman dan bukannya tepuk dada tanya selera,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kematian Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang meninggal dunia ketika tidur pada Sabtu lalu selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.

Anaknya, Jelani Sonni, 72, mendakwa ibunya itu telah membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan agar dikebumi secara Kristian.

Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921 berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Ketika Perang Dunia Kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943.

Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila dia meluahkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor pada 23 Jun 2007.

Hasratnya bertemu semula tiga anaknya itu, Ramlah Sonni, 74, Jelani dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila Korea Broadcasting System (KBS) membawa Ramlah dan Jelani serta cucunya, Ahmad Onn, 43 dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.

Mengulas lanjut, Nooh berkata, golongan wanita dan gadis remaja tidak harus cepat termakan pujuk individu lain terutamanya yang bukan seagama kerana kebiasaannya terdapat 'udang di sebalik batu'.

Beliau berkata, sekiranya terdapat hasrat untuk berhijrah ke negara lain, golongan itu sepatutnya memastikan negara tersebut memiliki persamaan daripada segi agama, budaya dan makanan dengan Malaysia.

''Bagi keluarga yang ditakdirkan kehilangan anak, isteri atau suami, saya menasihatkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengesan ahli keluarga walau di mana mereka berada.

''Jangan sesekali mereka berputus asa dan jika terdapat kesilapan daripada pihak keluarga, perkara itu patut diperbetulkan dengan segera dan jangan lupa merujuk kepada Allah SWT dan melakukan solat hajat setiap malam,'' katanya.

Nooh turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu saluran khas bagi rujukan kes yang dihadapi oleh keluarga yang kehilangan anak gadis terutamanya ke luar negara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi