Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Kamis, 10 September 2009

Suara Hati 2


SONSOGON: tapi saya terkejut bila melihat sikap mualaf & sdr.baru yang kasi bodoh2 sama Aldusuni 2009-09-08 6:38 PM

SONSOGON : tapi belum sampai masanya saya mau menganut agama ini kerana saya mau lihat dulu dgn lebih mendalam 2009-09-08 6:36 PM

SONSOGON: minta maaf kerana org kafir pula yang bagi nasihat..tapi saya sangat berminat dengan agama Islam,saya mempelajari Islam 2009-09-08 6:35 PM

SONSOGON: sia2 saja kamu berdua besaksi TIDAK ADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH 2009-09-08 6:32 PM

SONSOGON: sentiasa ada hasrat dengki tidak keterlaluan kalau sya cakap kamu berdua adalah MUNAFIK 2009-09-08 6:31 PM

SONSOGON: sepatutnya sdr.mualaf & sdr.baru tunjukkan kepada kami 1 sifat2 mulia sebagai sdr baru muslim..ini tidak,sikap tak ubah macam golongan kafir.. 2009-09-08 6:30 PM

SONSOGON: saya baru saja mau buat angan2 mau masuk Islam tapi bila terbaca komen2 sdr.mualaf dan sdr.baru..bagus saya duduk2 diam jadi kafir.. 2009-09-08 6:29 PM

SONSOGON: saya yang kafir pun sangat menghormati sdr.Aldusuni dgn perjuangan beliau membela nasib mualaf 2009-09-08 6:27 PM

SONSOGON: tiada guna ni 2 org.masuk Islam tapi perangai macam binatang..hati busuk..talampau dangki 2009-09-08 6:47 PM

SONSOGON: sdr.mualaf & sdr.baru.. kamu lebih bagus jadi KAFIR balik lah..sia2 saja kamu masuk Islam tapi hati kamu lebih busuk dari kafir macam saya 2009-09-08 6:25 PM


Semalaman saya merenung dan menangis melihat sikap sesetengah kita orang Islam yang mengecewakan. Pedih dan terguris hati ini membaca kenyataan sdr. Sonsongon. Kata-kata yang jujur dari seorang manusia yang mengaku dirinya kafir. Betapa nanti di akhirat persoalan ini akan diajukan pada saya. Pasti nanti saya tidak punya jawaban dan alasan yang bakal saya jawabkan. Pada masa itu juga, pastinya niat Sonsogon akan menghambat saya ke neraka berpanjangan.


Saudaraku seIslam… Benarlah sikap kita selama ini amat buruk dilihat malah tidak mampu menjadi cermin yang baik pada orang lain kerana sikap kita, kata2 nista kita dan sebagainya. Tolonglah kita sedari perkara ini. Usah kita melatah atau menidakkannya. Meski tidak semua antara kita yang bersikap sedemikian namun ia tetap jelas di depan mata kita bahkan berlaku setiap hari. Dulu, saya pernah menjadi seperti SONSOGON. Kafir tidak beragama. Lebih teruk lagi bila timbul rasa meluat bila saja mendengar Islam. Waktu itu, saya melihat sendiri keadaan masyarakat Islam di depan mata saya. Ia tidak secantik yang digambarkan..Akhirnya, saya benci Islam dan saya takut menghampiri Islam. Persepsi saya tentang Islam ketika itu hanya berdasarkan sikap dan tingkah laku rakan2 Islam sekeliling saya. Namun, ALLAH Maha pengasih pada hamba-hambaNya. Setelah agak lama saya menyimpan dan memendam rasa prejudis dengan Islam, akhirnya saya jatuh cinta dengan Islam bukan kerana pelawaan dari siapa2, bukan juga kerana gerakan dakwah atau tarikan rakan2 Islam ketika itu. ALLAHlah yang telah melemparkan hidayahNya kepada saya. Benarlah jika Allah mengkehendaki sesuatu, ia pasti terjadi walau mustahil di mata manusia. Hanya melalui beberapa detik dalam mimpi, hati saya dibukakan seluas-luasnya untuk menerima Islam hingga akhirnya saya menjadi penganut Islam dalam keadaan serba kekurangan. Apa tidaknya, saya tidak pernah mempelajari agama ini, saya juga tidak pernah dikhabarkan oleh sesiapa tentang agama ini. Seingat saya, untuk sampai kepada agama ini, saya hanya berbekalkan segunung pertanyaan dan persoalan. Bayangkanlah keadaan saya ketika itu. Saya disarati dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak pernah terjawab. Kepada siapa saya hendak bertanya? Saya dikelilingi masyarakat Islam yang pentingkan diri, nafsu-nafsi…Yang memandang jijik terhadap orang tidak beragama seperti saya. Sungguh saya berasa amat kerdil ketika itu, menghampiri mereka saja, saya tidak mampu.


Dipendekkan cerita, selepas saya menganut Islam, saya mula merangkak-rangkak mencari ilmu agama. Betapa usaha mencari ilmu amat susah ketika itu. Bertambah payah lagi kerana saya tidak punya harta untuk membiayai apa2 jenis pengajian yang saya perlukan. Terpaksalah saya menggunakan sepenuhnya tulang 4 kerat untuk mendapat sedikit upah buat belanja ketika menuntut ilmu. Saya belajar dan terus belajar. Akhirnya, saya melepasi tahap asas Fardhu Ain. Saya amat bersyukur. Waktu itu, fahamlah saya mengapa sebelum menganut Islam, saya tidak sukakan bahkan amat takut menghampiri Islam. Semuanya dikeranakan Islam dan individu Islam itu terpisah dari ajaran Islam. Apa yang saya lihat sebelumnya ialah individu2 yang mengaku dirinya Islam tapi tidak mengamalkan ajaran2 Islam. Islam itu sebenarnya indah, padanya ada kedamaian, persaudaraan, tolong menolong, perpaduan dan kasih saying. Tapi, ramai individu Islam sendiri tidak mengetahui perkara ini kerana tidak mendalami dan mempelajarinya. Akhirnya, Islam diterima sebagai keturunan.. Islam pada nama, Islam pada kupiah dan songkok. Sungguh memilukan...


Saudaraku Sonsogon, LM, Nong dan Tompinai, juga Tulunbunou dan rakan2 SAM yang saya muliakan. Terimakasih saya ucapkan kerana membela saya ketika diterajang oleh seorang individu yang bergelar mualaf dan saudara baru. Mungkin mereka tidak melalui pengalaman seperti yang saya lalui, justeru, perjuangan saya membela hak mualaf disalahertikan sebagai strategi menyasar pangkat senator. Mungkin mereka tidak pernah melalui jalan kusut, terdampar di persimpangan dengan persoalan-persoalan yang amat sukar untuk dicari jawapannya ketika hati mandambakan jawapan tulus dan benar lalu mereka sifatkan saya sebagai sesat di hujung jalan dan perlu kembali ke pangkal jalan. Jika mereka pernah lalui apa yang telah saya lalui, bagaimana sukarnya melepaskan diri dari kejahilan ilmu Islam, mereka tidak sampai hati membuat pelbagai tuduhan pada saya. Saya bukan memperjuangkan hak saya kerana saya telahpun terlepas tahap minimum fardhu Ain. Saya mahu di kalangan mualaf ada seorang senator untuk memudahkan urusan2 para mualaf. Jika ada terpesong niat, saya mohon keampunan dari Allah kerana hanya Dia yang layak mengampunkan saya. Jika permintaan saya kepada pihak-pihak berkaitan, melukakan perasaan anda; mualaf dan saudara baru, sila khabarkan kepada saya, di sudut mana pincangnya permintaan saya sehingga melukakan hati anda berdua. Jika ada kepincangan itu, saya mohon sama-samalah kita betulkan. Usah bimbang, saya sudah maafkan kesilapan dan pertuduhan anda kepada saya. Namun, demikian saya cadangkan pada anda agar dalamilah ajaran Islam agar di lain waktu, anda tidak bakal mengulangi kesilapan anda yang boleh merosakkan dunia Islam.


Pada Sonsogon, saya doakan agar saudara mendapat taufik dan hidayah langsung dari ALLAH. Ingin sekali saya berjumpa dengan saudara meskipun hanya sesaat semasa raya nanti. Akhir sekali, saya berseru kepada diri saya dan kepada umat Islam agar mengamalkan ajaran Islam yang anda terima dan janganlah Islam pada namanya sahaja. Mohon dimaafkan andai ada kata2 saya mengguris hati-hati yang membacanya.


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

Riwayat at-Tabrani

Huraian

i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.
ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh.
iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap ‘tidak mengambil endah’ ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain.
iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.


1 komentar:

  1. Salam,saudara apa yang berlaku ini adalah hanya sekelumit daripada perjuangan agama yang suci ini. Baca dan hayati kembali perjuangan Nabi bagaimana baginda telah diancam bunuh,dipulaukan,dihina,diganggu,dimalukan hanya kerana ingin mengajak manusia menyembh Allah yang Esa. Bila ditawarkan jawatan,baginda menjawab dengan penuh tegas walau bulan diletakkan diatas tangan kananku,dan matahari diletakkan ditangan kiriku,yakinlah tidak akan sekali aku akan berganjak daripada tugas ini. Perjuangan saudara mencari agama Allah ini,tak ubah seperti sahabat Salman Al-Farisi dan Abu Zar Al Ghifari. Walau apa pun yang berlaku,aku bangga punya sahabat seperti anda!

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi