Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Minggu, 15 November 2009

KONVENSYEN PENDAKWAH NEGERI SABAH KALI KE - 4

SMS - bersama Lim Jooi Soon



Lim Jooi Soon
Pembentang kertas ' salah tanggapan dalam Islam & dakwah satu kewajipan '




Us. Issraq Bin Haji Ramli
Pensyarah UMS & Ketua Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid UMS






S.S Datuk Hj. Ahmad Alawi Bin Hj. Adnan
Mufti Kerajaan Negeri Sabah.






KONVENSYEN PENDAKWAH NEGERI SABAH KALI KE - 4 bermula 11 - 14 Nov 2009 anjuran (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM ) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS ) harus diberi pujian meskipun masih terdapat ketidakseimbangan yang sepatutnya tidak berlaku disebabkan konvensyen seumpama ini bukanlah kali pertama dianjurkan. Tema konvensyen kali ini ialah KE ARAH MEMBANGUN GENERASI PEWARIS DAKWAH . Antara kertas kerja yang dibincangkan termasuklah; 1. IKHTIBAR DAKWAH oleh Muhammad Fitri Abdullah (Bright Future Training) 2. DAKWAH SATU KEWAJIPAN oleh Lim Jooi Soon (Pegawai Dakwah MACMA 3. METODOLOGI DAKWAH, PENDEKATAN DI NEGERI SABAH oleh Ust. Issraq bin Haji Ramli (Pensyarah UMS & Ketua Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid UMS) 4. SALAH TANGGAPAN DALAM ISLAM oleh Lim Jooi Soon (Pegawai Dakwah MACMA ) 5. TRANSFORMASI PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MENERAJU GAGASAN 1 MALAYSIA oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir bin Haji Baharom ( B ) (nota sahaja).

SMS turut dijemput atas kapasiti sebagai individu yang terlibat secara langsung mengurus dan menganjur program dakwah di negeri Sabah serta memfokuskan pendidikan mualaf. SMS melihat beberapa perkara yang masih boleh ditambah baik dalam penganjuran konvensyen pendakwah ini;

1. Majoriti peserta terdiri daripada kakitangan JAKIM dan JHEAINS . Hanya segelintir peserta datang dari badan-badan NGO dan individu2 bukan warga JAKIM & JHEAINS.

2. Pembentangan kertas kerja hanya pembentangan semata-mata serta tidak memberi ruang kepada peserta untuk memberi soalan dan pandangan terhadap isu yang dibangkitkan,

3. Sasaran konvensyen kurang jelas kerana peserta remaja turut dipanggil.

Persoalannya;

1. Mengapa kakitangan JAKIM dan JHEAINS tidak dihadkan penyertaan mereka, sedangkan mereka sememangnya terlibat langsung dengan dakwah? Seminar khas atau kursus dakwah untuk kakitangan JAKIM dan JHEAINS wajar dibuat dalam program berasingan agar lebih banyak ruang untuk orang awam yang terlibat dengan dakwah dapat menyertai program ini. Sebaiknya, perbanyakkan penyertaan badan-badan NGO dan orang perseorangan agar terpandu dan terpimpin ilmu-ilmu dakwah mereka.

2. Mengapa remaja dilibatkan dalam konvensyen pendakwah negeri Sabah ? Tidak menjadi kesalahan konvensyen ini dianjur sekali gus dijadikan sebagai wadah ke arah membangunkan generasi pewaris dakwah. Tapi, seyogialah jika diadakan satu lagi program khas untuk mereka agar fokus konvensyen lebih tertumpu serta tidak kelihatan bercapur aduk. Mungkinkah kertas kerja yang dibentangkan oleh pembentang dapat difahami oleh mereka ? Rasanya, aras bahasa dan isi kertas kerja agak kurang sesuai untuk remaja seusia mereka. Oleh itu, sasaran konvensyen perlu jelas agar isi kandungan dalam mana-mana kertas kerja dapat disampaikan terus kepada kumpulan sasaran dengan jelas dan tepat.

3. Mengapa ruang dan peluang tidak diberi kepada peserta-peserta untuk bertanya dan melontarkan pandangan mereka terhadap isu-isu dakwah ? Sedangkan merekalah yang berhadapan dengan isu dan masalah masyarakat sekeliling berbanding pegawai-pegawai yang kadang-kadang hanya terlibat dalam pentadbiran, perancangan dan tindakan di peringkat negeri , daerah dan kampung. Penyelesaian isu atau masalah pegawai-pegawai kadangkala lebih berlandaskan teori berbanding mereka yang benar-benar duduk di tengah-tengah masyarakat kampung dan desa.



Cadangan SMS kepada JAKIM dan JHEAINS Negeri Sabah;


1. AJK masjid dan surau seluruh negeri sabah dilibatkan dalam satu seminar khas kerana merekalah antara orang-orang yang dekat dengan masyarakat serta lebih faham tentang permasalahan setempat. Namun, sebilangan mereka masih ‘kosong’ dalam bidang ilmu dakwah. Pemilihan mereka sebagai AJK biasanya disebabkan kedudukan ekonomi, pendidikan dan pengaruh mereka di tempat sendiri.

2. Orang- perseorangan yang aktif dengan dakwah di setiap kampung dipanggil ke satu seminar sebagai contoh seminar penunjang dakwah atau sebagainya. Tujuan seminar adalah untuk meluruskan fahaman-fahaman Islam yang mereka terima dari guru-guru agama kampung. Dalam masa yang sama, badan-badan agama perlu memberi mereka penghargaan kerana sikap membantu usaha-usaha dakwah secara sukarela.

3. Badan-badan NGO Sabah dipanggil dalam program muzakarah terbuka. Pun demikian, pihak jabatan agama wajar meletakkan adab-adab atau peraturan ketika muzakarah agar ia berjalan seperti yang dikehendaki serta tidak menjadi medan kemarahan bagi pihak-pihak yang emosi semata-mata tanpa fakta dan kebenaran.

4. Program seperti seminar, kursus dan yang berkaitan diadakan di kampung-kampung pedalaman Sabah agar pendakwah-pendakwah ini melihat sendiri keadaan masyarakat Islam juga menyelami sendiri permasalahan mereka serta dalam masa yang sama pendakwah-pendakwah ini diberi tugas langsung untuk mempraktikkan isi kandungan ilmu-ilmu yang mereka terima. Pihak-pihak berkaitan boleh menjadikan rumah-rumah kampung dan rumah keluarga para peserta sebagai agar wujud hubungan ukhwah dakwah secara langsung. Penjimatan kos kewangan pasti akan berlaku. Bajet hotel, makan dan minum yang mewah boleh disumbangkan kepada masyarakat di kampung tersebut.

5. Gabungkan tenaga semua badan-badan dakwah di Sabah; Jabatan-jabatan kerajaan, NGO-NGO dan orang perseorangan untuk mengadakan Pesta Dakwah selama 1 bulan secara berperingkat dan berterusan. Antara peringkat-peringkat sasaran adalah;

i. Masyarakat bandar

ii. Daerah

iii. Kampung dan desa

iv. Lain –lain peringkat yang difikirkan wajar.

Cadangan-cadangan SMS masih boleh diperhalusi. Harapan SMS agar pihak-pihak berkaitan mengambil langkah-langkah proaktif untuk kemaslahatan umat di Sabah khasnya dan Malaysia amnya.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi