Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Senin, 23 November 2009

Metodologi Dakwah.. Terlupa ?


SMS sedang berbincang dengan Pegawai Pembangunan Daerah Kota Marudu berkaitan kewujudan Utarafm dan segmen yang dikemudi SMS setiap hari; Jangan Lupa Bah dan Dunia Nasyid Anda. Ketika berlangsungnya Pesta Jagung di Kota Marudu, dan sebelumnya 2 pesta lain iaitu Pesta Kubis dan Pesta Durian di Ranau, SMS tertanya-tanya ke mana perginya gerai pameran Jabatan Agama Negeri dan Persekutuan serta badan NGO muslim sedangkan badan-badan lain berebut-rebut mengambil peluang ini semata-mata mahu bertemu masyarakat. Mereka kelihatannya amat bersemangat mengadakan gerai pameran. Mungkinkah pihak berkaitan merasakan segala pesta ini tidak relewan untuk dijadikan pentas dakwah ? Jika inilah jawabannya, maka jelas pihak berkaitan masih JUMUD dengan method dakwah. Nampaknya, ribuan manusia yang berkunjung, berkunjung dan bersantai begitu sahaja saja sedang inilah peluangnya untuk kita mempamerkan ' Islam sebagai Cara Hidup ' kepada mereka yang bukan Islam. SMS memerhatikan pengunjung-pengunjung yang berada di ketiga-tiga pesta yang dihadiri Utarafm kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Islam yang ke hulu ke hilir mencari sesuatu. Alangkah baiknya, jika peluang begini diambil oleh jabatan-jabatan agama untuk turut serta mempamerkan bentuk-bentuk khidmat dan info-info ilmu kepada pengunjung.


UtaraFm bersama-sama dalam Pesta Jagung 2009 dengan membawa pelbagai bentuk hiburan dan info-info semasa sepanjang pesta berlangsung. Pada pandangan SMS, pihak-pihak berkaitan sewajarnya membantu mereka serta menyokong usaha murni mereka untuk menjadikan media elektronik online sebagai penyampai ilmu dan info semasa.


Dj. PP, Dj. Rumput dan Dj. Siput sedang bergambar dengan salah seorang pendengar setia radio online Utarafm. Kalau orang lain boleh melihat fungsi radio online, mengapa pihak jabatan agama tidak melihat dan mengambil peluang ini untuk berkerjasama?

Sebahagian pengunjung di Pesta Jagung. Alangkah baik jika pesta-pesta yang diadakan di Malaysia ada gerai pameran ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP. Biar gerai pameran seperti ini tampil dengan imej mesra masyarakat serta memberi info-info berkaitan kepada para pengunjung.
SMS mencadangkan beberapa perkarauntuk diperhalusi oleh jabatan-jabatan agama;
1. Mana-mana radio online di Malaysia, diberi laluan untuk membuat siaran langsung pelbagai program jabatan seperti khutbah jumaat, perayaan sambutan maulidrasul dan sebagainya. 2. mengadakan ceramah-ceramah agama , soal jawab agama, forum dan sebagainya melalui radio online.

1 komentar:

  1. Salam tuan.Saya sangat setuju dengan pandangan tuan.Saya juga berkesempatan ke pesta jagung tempoh hari dan tercari-cari gerai yang berkaitan dengan dakwah islamiah.Akhirnya pada hari ahad saya terjumpa sebuah gerai yang baru dibuka yang menjual berbagai jenis buku termasuklah buku2 agama islam.Sayangnya penjual buku ini bukan orang islam....

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi