Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 03 November 2009

Pesta Dakwah Bila ?


Blogger sewajarnya mengamalkan sikap jujur dalam menyampaikan isu berkaitan di samping tidak membabi buta meski bebas menyuarakan apa juga perkara. Ingatlah bahawa apa sahaja yang ditulis pasti akan ditanya dan diadili di hadapan ALLAH bila tiba hari perhitungan kelak. Gambar di atas menunjukkan SMS sedang ditemubual oleh Pegawai Penerangan Daerah Ranau semasa pesta durian baru-baru ini.


SMS bersama DJ PP (salah seorang DJ Utara fm ) sedang mencari titik temu bagaimana radio online boleh berkerjasama dengan RTM dalam menyampaikan info-info semasa. Wanita berbaju hijau dan bertudung merupakan salah seorang DJ Radio RTM Kota Kinabalu.



Radio online Sabahan Utara fm sedang membuat liputan langsung di Pesta Kubis Kundasang dan Pesta Durian di Ranau. Meski tanpa peralatan canggih, namun berjaya memikat pendengar pelbagai lapisan seluruh negara malah dunia. Dengan melayari laman ini, anda bakal bersama-sama pendengar lain ( www.utaraborneo.net ) dalam portal komuniti Sabahan mantap yang hit bulanan mencecah hampir 4 juta dengan pelawat unik lebih dari 10 ribu masa ini. Pihak berkaitan sepatutnya mengambil bahagian dan membantu usaha mereka khasnya untuk usaha ke arah dakwah pula.



Kalau Kementerian Pelancongan negeri berjaya mengadakan pesta pelancongan yang bertemakan sayuran dan buah-buahan, mengapa pihak badan-badan dakwah di negara ini tidak mengambil inisiatif mengadakan pesta DAKWAH ?


Suara Mualaf Sabah; SMS banyak kali singgah di masjid Pekan Kundasang sejak 5t ahun kebelakangan ini, pada waktu malam. Amat mengecewakan bila sekitar jam 9 malam semua pintu-pintu masjid tersebut telah dikunci pihak pentadbir atas alasan dikhuatiri peralatan masjid di curi oleh penyamun. Akibatnya, ramai para musafir yang singgah melakukan solat di beranda luar masjid yang hanya berlantaikan mozek. Sangat sejuk dan kurang selesa ketika malam. Penjagaan kebersihannya juga kadang diabaikan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi