Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Kamis, 31 Desember 2009

Noktah Terakhir


Dalam sekejap waktu lagi tahun 2009 bakal kita tinggalkan. Pelbagai peristiwa pahit manis yang pernah kita lakar, tangisan dan senyuman, kebencian dan kerinduan akan tinggal jadi kenangan peristiwa dan pasti di sebaliknya ada hikmah-hikmah tersembunyi. Kepastian dan kebenaran yang harus kita sentiasa ingat adalah usia kita. Usia yang dipinjamkan semakin memendek setiap saat dan detik. Uban-uban pada rambut kita kini semakin menumbuh banyak dan liar dan dalam senyap tanpa suara menyatakan bahawa tuanku sudah hampir pada noktah akhir iaitu KEMATIAN.

Saat menanti pertukaran tahun, sambutan sana sini biasanya akan diadakan . Biasanya ramai yang menyambut pertukaran tahun dengan mengadakan perhimpunan di kelab-kelab malam , di pantai-pantai, di perkarangan rumah dan di mana sahaja tempat pilihan sambil minum-minum, mengadakan BBQ , mandi-manda, berkaraoke, dan sebagainya disertai dengan semangat dan azam baru tahun 2010. Ikhtibar lalu memperlihatkan kesibukan mengadakan pelbagai acara seperti ini adakalanya mengundang peristiwa tragis akibat kecuaian dan kelalaian kita dalam sambutan seperti ini.

Kepada umat Islam, SMS ingatkan agar menjauhi sambutan tahun baru yang mencampuradukkan fahaman-fahaman KHURAFAT seperti mandi buang sial di sungai dan menghayutkan segala seluar dan baju yang kononnya mengharapkan peristiwa-peristiwa 2009 yang sial-sial hanyut bersama tahun 2009. Perbuatan ini bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali bahkan mengundang dosa. Sebaiknya, marilah kita imbas semula diari 2009 kita sambil kita lihat sudut mana yang wajar ditambah dan dikurangkan pada tahun 2010 nanti.

Kita sedar sebagai insan, manusia sanggup berbuat apa sahaja jika tidak mengawal hawa nafsu. Sanggup membunuh, sanggup memfitnah, sanggup berbuat di luar batasan dan sanggup segala-galanya kerana kepentingan peribadi. Inilah yang akan terjadi jika tidak ingat Allah. Ayuh, pada dosa-dosa yang pernah kita lakukan, kita mohonlah keampunan dari Allah. Kita taubatlah dengan taubat nasuhah usah berhenti memohon rahmah Allah. Pun kesalahan yang telah kita lakukan kepada sesama manusia berupa fitnah dan seumpamanya, kita wajib meminta kemaafan daripada manusia-manusia terlibat.

Akhir sekali, SMS mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat melangkah ke tahun 2010. Semoga tahun ini amal kita pada ALLAH lebih baik dari tahun 2009.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi