Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 15 Desember 2009

Selamat Pengantin Baru


SMS Mengucapkan Selamat Pengantin Baru
buat Rejim dan Rinawati


Rejim bin Majinau
Dengan satu kali lafaz menerima lafaz ijab daripada jurunikah JHEAINS Kota Marudu pada 12 Dis 2009 bertempat di rumah pengantin perempuan di Kampung Salimandut, Tandek, Kota Marudu.


Danil bin Masidul melafazkan wakalah kepada jurunikah untuk menikahkan anak sulungnya Rinawati Danil di rumah kediamannya.

Akhirnya, Mahkamah Syariah Kota Kinabalu menolak keraguan yang ditimbulkan oleh pihak JHEAINS Kota Marudu sekali gus juga menolak permohonan agar pernikahan pasangan ini bernikah berwalikan hakim. Peristiwa ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak jabatan-jabatan agama agar ia tidak berulang dan tidak lagi berlaku kecuaian dalam bab-bab wali pada masa-masa akan datang. SMS melihat perkara ini sebagai sesuatu yang merumitkan bahkan menyusahkan mana-mana pasangan dan keluarga terbabit. Tidak apalah kalau pasangan dan keluarga terbabit berkemampuan untuk berulang alik menyelesaikan masalah yang timbul akibat kecuaian kakitangan jabatan terbabit. Tapi, bagaimana jika pasangan dan keluarga bakal pengantin hanya cukup-cukup bajet atau tinggal nun jauh di pendalaman? sudah tentu mereka dibebani dengan pelbagai tanggungan . Oleh itu, SMS menyarankan agar pihak berwajib meneliti semula perkara-perkara ini demi memudahkan bakal-bakal pasangan yang akan berkahwin, antaranya;

1. Mana-mana pasangan yang kurang berkemampuan dikecualikan daripada bayaran kursus perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung di samping bayaran pemeriksaan kesihatan di mana-mana hospital kerajaan.

2. Pihak Pusat Zakat Sabah membiayai mana-mana pasangan yang tidak berkemampuan dengan cara menaja segala pembiayaan perkahwinan mereka terutamanya para mualaf.

3. Setiap masjid daerah di Sabah menyediakan tabung khas untuk perkahwinan. Dengan wang tersebut, AJK masjid boleh membantu pasangan yang daif ini melangsungkan perkahwinan atau meringankan sedikit tanggungan mereka. selain itu, wujudkan juga tabung-tabung lain yang difikirkan wajar untuk kemaslahatan masyarakat setempat.

1 komentar:

  1. Selamat Pengantin Baru kepada RINAWATI & REJIM.
    Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi