Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 27 April 2010

Bukalah Minda.





Bukalah minda kita sewaktu kita masih diberi masa dan ruang oleh Allah, ketika tubuh badan kita masih diberi kesihatan, ketika kesempatan masih berpihak pada kita dan ketika kita masih punya segala-galanya. Ingatkan diri kita biar berkali-kali agar jangan leka dengan buaian dunia sehingga lupa Allah, lupa Rasulullah dan perjuangannya bahkan lupa segalanya tentang kebenaran hidup kita yang sebenar.

Saat ini, tanyakanlah diri kita. Apa solat sudah kita tunaikan? Berapa banyak zikir dan selawat telah kita buat? Berapa banyak harta telah kita sedekahkan? Berapa ramai anak2 yatim telah kita hiburkan dengan memberi makan dan minum pada mereka? Berapa ramai para mualaf telah kita beri jalan2 keluar dari kemelut yang mereka alami. Tanyakanlah, pasti jawabannya ada dalam hati nurani kita. Pasti ada terdetik dalam akal yang sihat akan jawaban2 persoalan ini. Apa jawabnya?

Betapa kita jauh dari Allah hari ini. Sungguh lalai telah membaluti tubuh badan kita yang cantik. Lalai atas kesenangan yang kita miliki, lalai atas harta benda yang kita perolehi sehingga kita tidak sedar pakaian mazmumah yang kita pakai; sombong, ego, tamak, dan macam2 lagi. Jahanamlah diri yang sombong dengan segala sifat2 mazmumah. Kutuklah diri kita yang pelupa ini, hinakan diri ini yang tidak sedar2 sebelum Allah hina dan lempar kita ke neraka jahanam.

Wajib kutuk dan hina diri kita sendiri ? Ya, sebabnya kerana kita tidak tunduk pada ajaran Islam. Nama dan agama Islam, tapi perangai lebih iblis dari iblis. Nama dan agama Islam tapi aurat buka sana sini,minum arak, melanggan pelacur dan berbagai perbuatan2 terkutuk yang dilakukan...Kemudian, diri2 inilah juga yang diangkat pejuang ketika program keagamaan. Segak dengan baju Melayu dan songkok . MasyaAllah, tunggulah balasan Allah untukmu.

Ingatlah Islam bukan sahaja untuk bangsa Arab, Melayu, Jawa, Bugis , Berunai atau untuk suku2 tertentu. Islam adalah milik Allah. Sesiapa yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, maka sudah pasti Islam juga milik mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi