Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 23 April 2010

Cahayafm 1


Salam jumaat pada semua ikhwan, semoga hari ini merupakan hari terbaik yang pernah kita lalui. Cahayafm dari hari ke hari belum menampakkan keberhasilan mencapai matlamat utamanya. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat termasuk memperkenalkan Cahayafm kepada semua halaman dan kumpulan di samping orang perseorangan di kalangan pelayar2 maya ditambah dengan pos2 yang kita war-warkan agar setiap rakan Cahayfmmengambil kesempatan membuat pos berkaitan petikan2 ilmu, hadis ataupun terjemahan al-Quran, namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Jika demikian, hasrat Cahayafm untuk menjadikan radio online ini sebagai medan info dan ilmu bagi dunia islam tidak akan tercapai.

Sempena hari yang mulia ini, azan dan khutbah2 Jumaat berkumandang di sana sini semata2 memberi ingatan pada muslimin dan muslimat agar menunaikan solat . Namun, lebih ramai individu Islam yang tidak melakukan kewajiban2 seperti solat 5 waktu dan seumpamanya. lebih berani, antara mereka bersenda gurau pula memberi bermacam2 alasan namun jauh di sudut hatinya menyedari tuntutan tersebut, sayangnya tewas oleh bisikan syaitan sehingga alpa sealpa-alpanya. Subuh, Zohor, Asar,Maghrib dan Isyak berlalu begitu saja tanpa berasa bersalah dan berdosa meninggalkannya.

Bangunlah para muslimin agar sama2 bertanggungjawab sebagai seorang Islam. Malu kita para ikhwan melihat surau2 dan masjid yang hampir2 kosong di beberapa tempat. Pusat2 siber pula penuh hampir setiap malam. Jika begitu, bukankah lebih baik kita semua umat Islam memberi sokongan dan mengaktifkan diri di web Cahayafm?

Selamat berjuang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi