Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 08 Juni 2010

Lalu, dimanakah kedudukan kita ?



Mari kita raikan 12 orang saudara dari perbukitan yang akan bersaksi ‘ Tiada Tuhan kusembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ‘ pada petang esok. Merekalah antara jutaan manusia yang Allah buka pintu hati mereka menerima hidayah. Beruntunglah mereka ini meskipun bukan emas, berlian atau kekayaan dunia yang mereka terima. Beruntunglah juga mereka2 yang telah memberi sumbangan kerana Allah telah janjikan pahala untuk mereka. Inilah kemenangan sebenarnya. Malanglah bagi yang tidak melihat program ini sebagai pelaburan akhirat. Apa yang sepatutnya kita sorakkan dengan hati yang gembira dan sedikit pengorbanan, tidak berlaku, bahkan kata-kata dan pertanyaan seperti ini kita terima; Siapa wakil rakyat yang datang dalam program ini? anjuran siapa? kawasan mana? Dan paling banyak ucapan,  Alhamdulillah. Syukurlah.

Sepatutnya, sebagai seorang muslim kita harus merasakan  tanggungjawab ini sebagai tugas yang mesti dipikul bersama. Sebagai muslim, Kita harus akur akan tanggungjawab kita sesama saudara,  mendidik mereka, mengajar mereka dan  membantu mereka sedaya kita kerana kita semua bakal berhadapan dengan pertanyaan Munkar dan Nangkir di alam kubur “ wahai Pulan bin Pulan siapa saudaramu? Sentiasa diingatkan oleh Imam yang menalkin bahawa jika ditanya soalan ini, maka jawablah dengan lurus bahawa saudaraku adalah MUSLIMIN. Nah, bagaimana mungkin soalan bocor ini dapat kita jawab dengan lurus jika kita tidak melaksanakan tanggungjawab sesama saudara semasa hayat kita di dunia?

Tersimpul dalam pengalaman, agama kini punya kelas dan kedudukan. Lihat kenyataan yang ada, mana2 pentas kebajikan yang Pak Menteri atau wakil2 rakyat ada,  Si Pemurah yang kaya raya biasanya akan berduyun-duyun naik ke pentas dengan senyum lebar memberi cek jutaan, ratusan dan puluhan ribu seolah olah berkata ‘ AKU BAH NI.. ‘ Tapi,  kalau pembesar tiada, berpuluh-puluh pemberitahuan sekalipun,  sukar sekali kita terima jawabannya. Entah iya, entah tidak. Malang, agama ini tidak terbela di  tangan2 mereka .Sesungguhnya,
Islam ini tertegak  atas 4 perkara;

  1. Ilmunya ulamak yang  memberi ilmu
  2. Adilnya umarak yang memerintah
  3. Pemurahnya orang kaya
  4. Doa orang fakir.

Lalu, dimanakah kedudukan kita ?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi