Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 18 Agustus 2010

Percikan Minda 4




Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini dapat kita tunaikan bersama meskipun menempuh pelbagai ujian . Pun, kita dikejutkan dengan pendedahan berita bahawa segelintir umat Islam langsung tidak menghormati bulan yang penuh barakah ini. Tidak apa kalau bukan di kalangan orang Islam kerana kita tahu mereka bukannya diwajibkan berpuasa sebagaimana orang Islam. Apa yang kita tonton dalam berita TV3 semalam, individu Islam bukan sahaja tidak menghormati bulan Ramadhan tapi mereka dengan berani melakukan perbuatan HARAM ( minum arak bersama pasangan mereka ). Sungguh memalukan. Namun, inilah hakikat yang harus kita terima dengan hati yang terbuka betapa iman ini tidak dapat diwarisi dari seorang ayah atau ibu yang soleh dan soleha.


Sedar atau tidak juga, di kalangan umat Islam yang secara tahu atau tidak semakin berani melontarkan bahasa mereka dalam tulisan dengan nada sumbang, seolah-olah menafikan keindahan Islam. Kalau tidak tahu apalah salahnya bertanya atau merujuk kepada yang tahu perkara yang samar2 dalam pengetahuan kita. Contohnya, dalam memperkatakan pakaian Islam. Kita perlu bersikap tegas dan berkata benar menyatakan serban, jubah dan purdah itu cara berpakaian Islam, meskipun kita tidak berbuat atau memakainya. Bukankah Islam itu syumul bermula urusan hidup sampai kepada saat mati seseorang? Janganlah kita meletakkan diri dan bahasa kita dalam lingkungan seperti nada menafikan perkara ini. 


kita sedar bahawa kita bukan layak memperkatakan perkara ini berdasarkan ilmu pengetahuan yang amat cetek. Namun, wajar setiap kita menyatakan yang haq berdasarkan ilmu yang kita tahu. Bukankah kita sering dengar ayat ini ‘sampaikan olehmu walau sepotong ayat’. Oleh itu, sempena bulan yang mulia ini, tidak salah kita berazam dan memulakan pemikiran baru kita terhadap Islam. Siapa lagi yang mahu menyatakan Islam ini kalau bukan kita yang bernama Islam? Pemikiran kita seharusnya tidak terperangkap oleh bahasa-bahasa budak-budak nakal dalam memperkatakan Islam. Kalau kita bersikap demikian, maka jelaslah bahawa kita sudah terjebak ke lingkungan itu. Pun, masih ada masa untuk kita berpatah balik dan memohon ampun kepada Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi