Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 13 Agustus 2010

Ramadhan 2

Kampungku.

Togomongis atau Kg. Salimandut , iniah kampung kelahiranku. Pelita minyak dari tin susu sahabat setia di kala malam di kampung ini. Perjalanan Ramadhanku bertambah usia setiap hari. Kelapa tua yang ditinggalkan pakcik kuintai  saban hari. Puasa saban hari membuatku ternanti-nanti akan kematangan buah kelapa itu. Aku tidak sabar menunggu saat air kelapanya membasahi tekakku kerana itulah saatnya aku akan dapat berbuka dengan air manis.  Kuih, buah-buahan atau minuman sirap jauh sekali dapat kurasa waktu itu kerana aku sedar keluargaku tidak mampu membeli makanan tambahan seperti itu. Terasa untung nasib jika kuih keras yang dipanggil kuih Telinga Gajah  oleh orang-orang kampung dengan harga 10 sen sekeping bersinggah sekali di piring plastikku sepanjang Ramadhan. Begitu jugalah  gula dan kopi bungkus. Tiga benda ini bukan senang orang kampung seperti kami membelinya kerana masih ada keperluan lain yang lebih mendesak untuk dibeli.

Kampung ini, hanya ada 4 orang muslim. Antaranya, akulah orang ke- 3 memeluk Islam. Walaupun diikat dengan kepercayaan yang sama,  kami jarang bertemu kerana masing-masing ada rutin hidup sendiri. Antara kami, hanya aku yang tidak meneruskan pengajian ke sekolah. Aku berjuang di pentas sawah ibu bapaku justeru, anutanku hanya kebal pada nama tapi ilmuku sangat sedikit malah hampir tiada. Waktu solatpun aku tidak tahu,  apalagi perlakuannya dan bacaan-bacaannya. Puasa yang kutunai pun sekadar  yang aku tahu sahaja. Aku buat ikut pemerhatianku semasa bersama keluarga angkatku ketika aku masih bersekolah. Buku panduan solat berwarna merah dan bergambar,  menjadi guruku yang setia.  Aku sedar kefahamanku terhadapnya tidak sempurna dalam serba serbi kerana aku tidak mampu bersoaljawab dengan buku. Namun itu sahajalah dayaku tika itu. Kuselak helaian demi helaian ketika mengambil air sembahyang dan ketika solat, kusangkutkan buku panduan itu ke dinding bambu agar dapat kucapai untukku buka bab demi bab. Ada masanya, kualihkan pula buku itu ke  tempat sujudku, dan begitulah yang kulakukan setiap kali aku solat.
Aku berkiblat pada matahari terbit, kerana aku tidak tahu di mana arah kiblat sebenarnya. Ilmuku hanya sekitar buku merah bergambar.  Tidak dapat kutanyainya di mana arah kiblat yang sebenar lalu kucari arah matahari terbit dan itulah yang kujadikan arah kiblatku. Waktu solat pula ikut keringanan hati. Bacaan-bacaan solat, hanya Bismillah dan Assalamualaikum yang kutahu. Jahilnya aku waktu itu.  Dua ayat itupun kudengar dan kuhafal sebelum berhenti sekolah . Selebihnya, tiada. Kualihkan niat berpuasa dan berbuka ke bahasa Dusun walaupun tika itu, masyarakat kampungku yang bukan beragama Islam menggelarku SAMA’ SILAM ( mereka menyinonimkankan SAMA’ iaitu Orang Bajau dengan Islam )

Sering aku ditanya;  Kenapa kau masuk Sama’/Silam? Aku tiada jawapan untuk soalan ini waktu itu kerana aku memeluk Islam bukan disebabkan mengikut atau terpengaruh dengan mana-mana pengaruh atau ajakan kawan-kawan, jauh sekali kerana usaha dakwah mana-mana badan dakwah ketika itu. Aku peluk dan percaya dengan Islam ini kerana kehendakku sendiri selepas melalui kejadian luar biasa.

( Bersambung .... )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi