Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Minggu, 26 Desember 2010

Murtad Di Sabah


Petang semalam, ekor berita Undang-undang  Murtad di Sabah  yang  dipaparkan sebentar  dalam berita terkini TV3 menguasai fikiran SMS. Rasa ingin tahu lebih lanjut tentang berita ini terbit semata-mata mahu mengesahkannya kerana  ia berkaitan  hal  yang SMS perjuangkan selama ini. Isu murtad; perkara yang kerapkali  SMS perkatakan  dalam mana-mana pertemuan  dengan pihak-pihak  berkaitan termasuk jugalah penulisan. Acapkali SMS ditempelak  justeru sebahagian kelompok Islam di Sabah tidak sependapat dengan SMS dalam memperkatakan isu  ini . Label  ‘tidak berhikmah’, ‘terlalu berterus-terang’ dan pelbagai istilah yang menunjukkan ketidaksetujuan, tidang asing bagi SMS. Terima kasih. SMS terima ia seadanya.

Alhamdulillah,  pagi ini berita   tentang  isu murtad  SMS dapatkan  dari Utusan Online . Benarlah, ia telah diperkatakan Pengarah JHEAINS, Datuk Amri A. Suratman (berita dilampir), orang yang selayaknya menjawab dan memutuskan.  Setelah puluhan tahun ia dibingitkan dan diperkatakan  pelbagai pihak, secara terbuka atau sebaliknya, akhirnya, disimpul dengan kenyataan akhbar ‘ Undang-undang Murtad di Sabah’. Pujian wajar diberikan kepada JHEAINS dengan kenyataan pengarahnya  kerana  ini  menunjukkan pihak mereka sudah punya pendirian dalam isu murtad.  Harapan SMS , moga usaha ini bakal bersambung dan berkekalan.

Syukurlah, Pusat Pemulihan Akidah Kinarut  dijangka siap pada pertengahan tahun 2011. SMS  yakin pihak-pihak berkaitan telah bersiaga dengan pengisian-pengisian  wajar dan sesuai untuk penghuni-penghuni pusat ini kelak. Sudah tentulah semua pihak jabatan agama negeri dan persekutuan telah atau bakal menggabungkan tenaga untuk memikirkan sekali gus menderaf modul-modul  berkaitan untuk menjadikan bakal-bakal penghuni pusat ini insaf, sembuh dan pulih sepenuhnya daripada keterpesongan mereka sebelumnya. 

Sebagai cadangan, tidak rumit kiranya, pihak JHEAINS  mengadakan pertemuan dengan para pemikir , pendakwah-pendakwah bebas, para blogger dan seumpama mereka  sekadar mendengar pandangan pelbagai sudut punca pemurtadan dan penanganannya, agar penawar yang benar-benar memberi kesan dapat dimurnikan lagi setelah mengambilkira pelbagai sudut; bermaksud, perawatan para penghuninya  bukan hanya mempraktikkan teori-teori  perawatan dalam kitab , malah mengambilkira kaedah-kaedah  rawatan lain selagi ia berfokus kepada penyembuhan dan paling penting tidak bertentangan dengan sumber hukum Islam.

Harus kita  ingat bahawa, pemurtadan yang berlaku khususnya di Sabah berpunca  dari pelbagai elemen penyumbang  selain  kejahilan . Setiap mereka  yang terjerumus  dalam  isu ini pasti  punya sejarah masing-masing.  Antaranya yang dianggap remeh tapi benar adalah perceraian.  SMS  bersedia berkongsi fikiran  dalam hal ini, bila-bila waktu.

Undang-undang murtad di Sabah

TAWAU 25 Dis. - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) akan menguatkuasakan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan sebaik sahaja pusat pemulihan akidahnya di Kinarut siap pertengahan 2011.
Pengarah Jheains, Datuk Amri A. Suratman berkata, pada masa ini jabatan itu lebih menekankan pendekatan mendidik kepada pesalah syariah dan akidah berbanding mengambil tindakan undang-undang.

"Pelaksanaan undang-undang ini merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik untuk lima tahun akan datang," katanya kepada Bernama selepas menangguhkan Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Jheains 2010, di sini malam tadi.

Isu saudara baru kembali ke agama asal sering menjadi bahan perbincangan pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan pada perhimpunan baru-baru ini, Usia Bahagian Ranau mendedahkan ratusan saudara baru di daerah itu kembali murtad.

Usia mendakwa antara punca saudara baru kembali ke agama asal ialah kerana mereka terabai dan tidak mendapat bimbingan sewajarnya tentang Islam selepas mereka menganut agama suci berkenaan.
Amri berkata, semua imam di Sabah akan telibat secara langsung untuk memberi penerangan dan kaunseling kepada masyarakat, khususnya saudara baru di kawasan masing-masing terutama generasi muda bagi memastikan mereka memahami undang-undang syariah.

Mengenai usaha dakwah, beliau berkata, Jheains akan memberi tumpuan kepada kawasan strategik dan luar bandar terutama kawasan yang mempunyai bilangan saudara baru yang ramai.
"Pegawai-pegawai dakwah kita akan memfokuskan kepada masalah ibadah. Perkara ini akan dilaksanakan secara berterusan," katanya.

Persidangan itu antara lain membincangkan usaha mempertingkatkan pengurusan hal ehwal Islam melalui budaya kerja berasaskan prestasi dan berkaitan pelaksanaan undang-undang Syariah dan Dakwah.
- BERNAMA



2 komentar:

  1. Assalamualaikum...Masalah mengapakah berlaku isu murtad di Sabah dan Malaysia amnya kerana ianya berpunca kegagalan isi rumah (ibu bapa) dalam mentarbiah anak-anak dalam memberi pendidikan dlm agama Islam yang secukupnya d peringkat lingkungan keluarga..berdasarkn pemerhatian sy ibu bapa skrng lebih kpd corak pendidikan yg dikatakam modern spt anak-anak mereka lebih didedahkan kpd mbljrn bahasa ingers yg kononnya memberi masa depan yg jauh lbih baik..soalnya jepun x belajr inggers tp no 1. jwn anda pasti thu.. mengenai isu murtad, bagi saya tak perlu memperbesarkan isu spt ini krna ianya akn mberi kesmptn kpd pihak2 trtentu d mn mereka akn mengambil kesmptn trhadap umat Islam d mn umat islam asyik menghabiskan masa leka brtengkar dlm meyelsikan masalah ini...krn ada perkara yg lebih besar n jauh lbih pntig hndk di laksanakan d luar sana.. Iman itu bkn urusan makhluk2-Nya tetapi ianya adalh urusan ALLAH S.W.T.. Orang bkn islam khususnya mereka yg menganuti agama kristian akan mempersoalkan keadilan dalam agama.. Mengapakah orang Kristian masuk Islam senang saja tdk ada yg mengadu sana sini ttpi mengapa orang Islam keluar dlm agama islam orang islam sibuk sana sini menghebohkan prkara ini sehingga sampai ke hukuman bunuh..apa persaan kita sekiranya ada saudara baru tetapi tiba2 pula hendak dihukum bunuh? sedangkan orang bukan Islam yang tidak membuat kerosakn di bumi islam wajib dilindungi selagi mana mereka mematuhi peraturan islam.. jadi dengn hanya bertukar agama ttpi dalam masa yg sama masih lagi mematuhi peraturan2 islam apakah hukuman bunuh? dimana keadilan dalam beragama?


    Iman itu adalah urusan ALLAH S.W.T, ALLAH S.W.T lebih mengetahui setiap isi hati hambah2nya.. "patah tumbuh hilang berganti" insyallah islam akan terus berkembang krn ALLAH S.W.T telah meyediakn azab bagi mereka yg keluar drpd agama Islam.. yg penting ialah tindakan drpd stiap jabatan @ persatuan2 yg brkenaan dlm membentras aktiviti yg menjauhi agama spt tmpt2 maksiat, memperbanyakkan aktiviti kebajikan membantu mereka dlm kessahn.ramai lagi golonga mualaf Islam spt Nabawan,sook,Tulid,nandagan yg tidak terbela yg memrlukan pembelaan drpd setiap sudut genersi Islam di Malaysia.... terima kasih..

    BalasHapus
  2. Pendapat sdra ada kebenarannya, pd sya membincangkan isu ini bukan memburukkan keadaan .. pd sya dengan perbincangan seperti ini membolehkan pihak berwajib berkerja habis2an

    BalasHapus

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi