Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumat, 26 Februari 2010

Salammun Salam




Selamat menyambut Maulidurrasul kepada muslimin dan
muslimat yang dirahmati Allah.Semoga kita sama-sama mengambil
ikhtibardaripada peristiwa2 yg pernah dilalui oleh Rasulullah SAW.DNA
juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua kerana sama2 menjayakan DNA setiap kali ke udara. Semoga usaha kecil kita dalam menyampaikan dakwah kelak menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita adalah sebahagian daripada para pejuang kebenaran.Ikuti siaran DNA pada setiap hari bermula jam 4.00 - 6.00 di http://utarasabah.netTerima kasih,DNA


Sabtu, 20 Februari 2010

Dapatkan Segera.

Anda sedang mencari jalan menyelesaikan masalah? Dapatkan segera buku ini dengan menghubungi kami di nombor 019-8827449.




Terima kasih kepada semua pendengar yang setia mendengar utarafm dalam segmen Dunia Nasyid Anda ; Bual Bicara dengan ustaz Abdul Halim Abbas.Semoga bual bicara tersebut membawa kebaikan kepada kita semua..Teruskan bersama utarafm.

Jumat, 19 Februari 2010

Bual Bicara Bersama AHA

Bual bicara bersama ustaz Abdul Halim Abbas (AHA) akan berlangsung petang ini 19 Februari 2010 di radio onlinbe sabahan Utarafm; http://utarasabah.net jam 4 -6pm dalam segmen Dunia Nasyid Anda bersama DJaldusuni. Luangkanlah masa mendengar kupasan buku tulisan AHA bertajuk Menyelesai Masalah dari Kaca Mata Rohani.

Kamis, 18 Februari 2010

DUNIA NASYID ANDA DI UTARAFM





Radio Online Sabahan Utarafm, satu-satunya radio online di Malaysia yang telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah, kini maju setapak dengan mengendalikan satu lagi segmen berbentuk dakwah iaitu segmen Dunia Nasyid Anda.

Menurut pengendali segmen DNA saudara Nazri Abdullah @ DJaldusuni, sudah tiba masanya para penggiat dakwah seluruh dunia mengambil peluang atas keterbukaan sistem internet terkini. Dakwah memerlukan pelbagai cara untuk disampaikan kepada lapisan-lapisan masyarakat, justeru, tidak salah jika keterbukaan ICT yang ada digunakan secara optima untuk maksud ini. Tidak dinafikan para tokoh, ilmuwan dan pakar-pakar dalam bidang agama telah menceburkan diri dan bersama-sama menjadikan ICT sebagai salah satu medium dakwah tetapi masih tidak dapat bersaing dengan pengguna-pengguna lain yang tampil jauh lebih maju dengan pelbagai bentuk persembahan semata-mata ingin menarik para pengguna ICT untuk bersama-sama mencapai misi mereka justeru mereka sedar, mahu atau tidak, masyarakat seluruh dunia bertumpu ke dunia ICT untuk mendapatkan apa jua maklumat.

Demikian, utarafm mengambil peluang yang ada dengan mengendalikan DNA yang berunsur hiburan dan dakwah sekali gus mengisi kehendak mereka yang gemarkan hiburan dan informasi berunsur dakwah. Antara sisipan dalam segmen ini ialah petikan-petikan tafsir alQuran, hadis, ceramah-ceramah pendek dan soal jawab agama. Bagaimanapun, sisipan-sisipan ini bakal ditambah dari masa ke masa mengikut kesesuaian.

Harapan DNA agar komitmen, teguran dan buah fikiran pelbagai pihak khususnya Jabatan Agama dan pakar-pakar ilmuwan Islam dapat diberikan dari masa ke masa kerana ia bakal amat membantu segmen ini tampil lebih baik. Utarafm khasnya DNA dalam rangka mempertingkatkan lagi kualiti penyampaiannya amat berbesar hati jika ada di antara penyumbang di luar sana yang sudi membiayai program-program kelolaan DNAdan utarafm. Semoga kemunculan DNA dalam radio online bakal menyemarakkan dunia dakwah Islam khususnya di Sabah.

Senin, 15 Februari 2010

Program Ziarah Dakwah Muallaf, Kampung Pitas, Kota Marudu, Sabah.



Rakaman di atas merupakan sebahagian program yang dijalankan bermula tahun 2004 sehinga ke hari ini. Program ini melibatkan kampung-kampung di pedalaman Sabah dan dilakukan oleh pendakwah bebas Hj. Abdul Halim Abas yang berasal dari Kedah bersama beberapa rakan lain. Ada ketikanya, program seumpama ini hanya didatangi oleh beberapa orang sahaja. Namun, itu bukanlah penghalang bagi pendakwah ini. Beliaulah antara yang banyak membantu gerakan dakwah dalam masyarakat pedalaman selama ini,



Semoga paparan ini membuatkan kita bertambah yakin terhadap nikmat iman dan Islam yang kita terima. Rakan2 lain mendapatkan Islam dengan melalui liku2 pahit beserta tangisan air mata kerana berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran. Sebahagian mereka berjaya melepasi cabaran ini manakala yang lain masih terhalang niat mereka sehingga hari ini. Lalu, siapakah yang harus dipersalah ? Mungkin juga kita kerana tidak memberi jalan keluar bagi permasalahan mereka, sekali gus gagal membantu mereka. Ingatlah, tidak cukup hanya sekadar kasihan sahaja pada nasib mereka ini. kita harus bertindak dengan apa cara sekali pun.



Rabu, 03 Februari 2010

Kelantan


Sudah sampai masanya perbezaan politik antara muslimin di negara ini tidak dijadikan sebagai penghalang untuk memperjuangkan Islam. Islam adalah agama Allah, milik semua yang mengaku agamanya adalah Islam. Namun, pengakuan saja tidak cukup kerana ia wajib disertakan dengan amalan sekali gus dijadikan sebagai cara hidup. Kegagalan pengamalan menyebabkan sebahagian mereka yang mahu berjinak-jinak dengan Islam memilih untuk menolak Islam atas dasar perilaku sebahagian muslimin yang menampakkan sikap buruk dalam kehidupan seharian.


Kelantan adalah antara negeri di semenanjung yang banyak mendirikan pondok2 pengajian Islam. Tidak hairanlah kalau negeri ini digelar sebagai 'Serambi Mekah' . Masjid dan surau yang ada di sini diimarahkan dengan pengajian ilmu dan zikir. Amat wajar jika perkara ini diambil contoh oleh negeri2 lain di Malaysia. Apalah erti jika Islam sekadar bermain di mulut saja walhal yang lebih penting adalah perjuangan pengamalan Islam dalam kehidupan seharian . Agar nanti, umat manusia merasai nikmati kebenaran Islam .