Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 19 Juni 2010

Wahai Pemerintah.


Wahai para pemerintah yang dikasihi, berilah kami ( para mualaf) ruang untuk bercakap di hadapan kalian. Dengarkanlah degup jantung dan suara-suara hati kami. Betapa sekian lama kami tertanya-tanya kenapa dan kenapa kami tidak dibela? Kenapa dalam banyak hal kami dipinggir? Kenapa kami dilihat hanya dengan sebelah mata? Kenapa kami tidak dianggap penting dalam urusan negara, perjuangan dan sebagainya? Wahai para pemerintah yang dikasihi, bukalah pintu-pntu untuk kami ceritakan derita sebahagian kami. Dengarkanlah suara kami tanpa orang tengah yang tidak jujur mengkisahkan keadaan kami sebenarnya. Wahai pemerintah, manakah janji kamu yang mendahulukan rakyat di samping mengutamakan pencapaian?

Fook Sin




Fook Sin @ Zakaria Bin Apat 58 tahun berasal dari Kg. Dandun, Pitas memeluk Islam pada tahun 1984. mempunyaii 5 orang adik beradik dan 2 daripada mereka adalah Islam. katanya kepada rombongan kami, sejak masuk Islam sehingga hari ini, dia tidak pernah mendapat apa2 bantuan daripada mana2 pihak termasuklah dari jabatan agama. Ketika saya tanyakan pada beliau ‘ apakah kamu masih yakin dengan agama Islam?’, beliau menjawab ‘ya saya yakin agama saya adalah Islam’. Saya bertanyakan soalan ini semata-mata ingin tahu suara hatinya, meskipun saya tahu beliau ini masih tidak tahu serba serbi tentang Islam. Kebarangkalian amat besar bagi orang2 seperti ini berada di pelusuk2 kampung seluruh Sabah. Mereka ini diislamkan oleh kerajaan BERJAYA atas tujuan tertentu dan selepas itu, dibiar bagaikan kain buruk tidak berguna. Inilah nasib para mualaf. 9 Jun lalu ketika ke majlis pengislaman di Kg. Solimpodon, beliau sempat saya temui dan memohon agar pihak2 berkaitan datang ke tempat beliau dan melihat sendiri keadaannya yang memerlukan tempat tinggal. Buat masa ini, beliau hanya menumpang di rumah adiknya sahaja. Beginilah antara keadaan orang2 mualaf yang agak terpinggir. Di mana2 tempat pun pasti ada orang2 seperti ini datang mengadu . Air mata ini sudah kering dengan suara2 para mualaf yang mengalami pelbagai sejarah hitam. Mengatasi masalah mereka ini amat mudah jika umat Islam asal mengambil sikap seperti kaum Ansor yang menyaudarakan diri mereka dengan kaum Muhajirin. Inilah yang dilakukan Rasulullah lakukan pada masyarakat Madinah sehingga kejahilan, kemiskinan dan segala masalah dapat diatasi. Ketika suara2 ini saya paparkan, pelbagailah ulasan dari masyarakat Islam antaranya, teruskan perjuangan, syabas, tahniah atas usaha yang kamu lakukan, saya sokong dan macam2 lagi. Manakala yang lainnya cuba melempar pada pihak2 berkaitan dengan kata2 ikut sedap mereka. Semua itu baik, namun kita lupa yang terbaik dari itu sebenarnya adalah kita muhasabah diri kita sendiri apakah sumbangan kita pada kelompok ini? Berapa banyak ilmu telah kita curahkan pada mereka ? Berapa banyak masa dalam hidup kita telah kita wakafkan untuk mereka? Ingatlah, tanggungjawab ini terletak di bahu kita semua yang mengaku Allah sebagai tuhan dan Muhammad sebagai rasul. Saya secara peribadi menyeru diri saya dan semua individu Islam agar membantu mereka mengikut upaya masing2.

Kamis, 10 Juni 2010

Mualaf Pitas,






Dapatkan gambar lebih banyak FB atas

8hb Jun 2010 , hari kedua saya ke pejabat JAKIM, Kota Kinabalu untuk mendapatkan kelengkapan ibadah sebelum ke program pengislaman seperti kebiasaan yang saya lakukan sebelum ini. Namun kali ini, saya sedikit kecewa ketika diberitahu bahawa barang2 tersebut belum ada ( peruntukan belum ada ). Timbul pelbagai persoalan dalam benak saya sepanjang perjalanan menuju ke daerah kecil Pitas, salah satu daerah yang terletak di utara Sabah. Kehairanan memanjang masih berlegar di fikiran bilamana sebuah badan agama yang cukup penting dalam pentadbiran negara Malaysia dilambatkan penyaluran peruntukan oleh pihak kerajaan sedangkan badan2 atau jabatan2 lain tidakpun mengalami keadaan seperti ini. Lupakah mereka tentang urusan agama yang merupakan perkara no.1 dalam dalam urusan negara ? (Lihat rukun Negara Kepercayaan pada Tuhan ). Lalu, di mana dan bagaimana kedudukannya ? 



Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pitas, saya ditemani isteri selaku jurukamera yang merakam peristiwa2 sepanjang perjalanan, lebih kurang jam 4.00 petang, di antara sempadan daerah Tuaran dan Kota Belud, satu kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan Isuzu, Proton dan Wira telah berlaku ( semoga mereka yang terlibat, dalam keadaan selamat ). Ketika beberapa kilometer menghampiri sempadan Kota Marudu , hujan turun dan mengiringi perjalanan kami. Keadaan hujan lebat dengan mata yang sudah dibantu dengan kanta sesekali mencabar pemanduan saya. Hari tidak lagi terang ketika kami sampai di Kampung Salimandut kerana beberapa jam sebelumnya kami berhenti di pekan Kota Marudu berjumpa kawan. Bermalam di kampung kelahiran, Kampung Salimandut mengingatkan saya akan nostalgia kampung ini yang dulunya hanya dihuni seramai 3 orang Islam. Kini, Alhamdulillah dan selayaknya pujian ini untuk Allah kerana 2/3 penduduk asal kampong ini telahpun bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Syukurlah , usaha2 dakwah dari pelbagai pihak telah menghasilkan keadaan ini.


Ketika detik masa menghampiri angka 9.00 pagi pada 9hb Jun, saudara Jasni atau lebih dikenali DJ. Rumputt selaku penerbit Utarafm menghubungi saya dan mengkhabarkan salah seorang bakal saudara Islam mengalami sakit. Beliau telah beberapa hari sakit setelah kembali dari Kota Kinabalu. Bekas pembantu kedai di salah sebuah kedai di Kota Kinabalu ini perlu segera dibawa ke klinik, ( InsyaAllah kisahnya akan saya paparkan sedikit masa lagi untuk pengetahuan para pembaca). DJRumputt membawanya dari Pitas dan saya menyusulnya selepas itu. Alhamdulillah, keadaannya beransur pulih setelah diberi rawatan dan beberapa jenis ubat. Kami kemudiannya sama2 menuju ke Pitas untuk acara pengislaman. Kami singgah di rumah keluarga bakal saudara Islam untuk mengambil ahli keluarganya yang lain sekali gus melihat sendiri latar belakang dan keadaan hidup mereka. 


Alangkah terkejutnya mata melihat kehidupan mereka yang hanya tinggal di sebuah pondok buruk akibat kemiskinan. Tidak keterlaluan jika saya katakan hidup rakyat seperti mereka diabaikan oleh wakil rakyat setempat. Hidup mereka seolah2 bukan di zaman Slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Ke mana wakil rakyat yang waktu pilihanraya datang ke pondok2 ini untuk meraih undi dengan iringan gula-gula di bibir? Apakah dia masih nyenyak tiduk di tilam empuknya dan masih tidak sedar2 nasib mereka yang tidur, makan dan melakukan segala bentuk aktiviti dalam rumah yang benar2 sempit dan tidak sesuai dihuni manusia seramai 7 orang ini?
Anda para pembaca, lihatlah sendiri kehidupan MUALAF yang hidup dalam kemiskinan dan masih memperjuangkan akidah mereka. Sebagai muslim yang mengaku diri bersaudara denngan muslim yang lain, patutkah dan sanggupkah kita membiarkan mualaf ini ? atau kita tunggu TV3 membuat liputan kehidupan mereka lalu kita sama2 tangisi derita mereka ? Kerana simpati yang mendalam, barulah kita berebut-rebut menghulurkan bantuan waktu itu ? 

Kepada Datuk Bolkiah selaku Wakil Rakyat di Pitas, datuk mungkin lupa janji2 anda pada Puan Odirap @ Faridah Binti Sangkai ketika anda berkempen meraih undi. Sebagai wakil rakyat, kemungkinan2 ini biasa saja terjadi kerana bukan seorang atau 100 orang yang datuk perlu jaga tapi, seluruh manusia yang hidup di kawasan datuk. Namun puan ini tidak lupa janji2 datuk untuk membantu beliau. Silalah bertandang semula ke pondok buruk mereka dan tanyakan apa kata2 yang datuk dan jentera datuk ( UMNO ) janjikan sebelum ini. Jangan pula datuk termasuk dalam individu2 yang disifatkan oleh Tun Mahathir ‘ Melayu mudah lupa..’ Sebagai wakil rakyat, pupuklah sikap prihatin datuk dan ketahuilah jika datuk tidak tahu bahawa, kini mereka sudah menjadi saudara seagama kita. 
Kepada muslimin dan muslimat, kewajiban setiap individu Islam yang lain adalah untuk mendidik mereka, memandu mereka mengenali dan mendalami ajaran Islam. Meski wujud badan2 agama seperti USIA, JHEAINS,JAKIM dan sebagainya, kita sebagai individu juga tidak terlepas dari tanggungjawab untuk membantu mereka.

Kepada mereka yang turut memberi sumbangan semasa pengislaman ini dilangsungkan, saya ucapkan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat menilai dan membalas jasa baik tuan2 semua. Nama2 anda biarlah Allah mencatatnya dalam buku amal saudara2 semua.

Selasa, 08 Juni 2010

Lalu, dimanakah kedudukan kita ?



Mari kita raikan 12 orang saudara dari perbukitan yang akan bersaksi ‘ Tiada Tuhan kusembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ‘ pada petang esok. Merekalah antara jutaan manusia yang Allah buka pintu hati mereka menerima hidayah. Beruntunglah mereka ini meskipun bukan emas, berlian atau kekayaan dunia yang mereka terima. Beruntunglah juga mereka2 yang telah memberi sumbangan kerana Allah telah janjikan pahala untuk mereka. Inilah kemenangan sebenarnya. Malanglah bagi yang tidak melihat program ini sebagai pelaburan akhirat. Apa yang sepatutnya kita sorakkan dengan hati yang gembira dan sedikit pengorbanan, tidak berlaku, bahkan kata-kata dan pertanyaan seperti ini kita terima; Siapa wakil rakyat yang datang dalam program ini? anjuran siapa? kawasan mana? Dan paling banyak ucapan,  Alhamdulillah. Syukurlah.

Sepatutnya, sebagai seorang muslim kita harus merasakan  tanggungjawab ini sebagai tugas yang mesti dipikul bersama. Sebagai muslim, Kita harus akur akan tanggungjawab kita sesama saudara,  mendidik mereka, mengajar mereka dan  membantu mereka sedaya kita kerana kita semua bakal berhadapan dengan pertanyaan Munkar dan Nangkir di alam kubur “ wahai Pulan bin Pulan siapa saudaramu? Sentiasa diingatkan oleh Imam yang menalkin bahawa jika ditanya soalan ini, maka jawablah dengan lurus bahawa saudaraku adalah MUSLIMIN. Nah, bagaimana mungkin soalan bocor ini dapat kita jawab dengan lurus jika kita tidak melaksanakan tanggungjawab sesama saudara semasa hayat kita di dunia?

Tersimpul dalam pengalaman, agama kini punya kelas dan kedudukan. Lihat kenyataan yang ada, mana2 pentas kebajikan yang Pak Menteri atau wakil2 rakyat ada,  Si Pemurah yang kaya raya biasanya akan berduyun-duyun naik ke pentas dengan senyum lebar memberi cek jutaan, ratusan dan puluhan ribu seolah olah berkata ‘ AKU BAH NI.. ‘ Tapi,  kalau pembesar tiada, berpuluh-puluh pemberitahuan sekalipun,  sukar sekali kita terima jawabannya. Entah iya, entah tidak. Malang, agama ini tidak terbela di  tangan2 mereka .Sesungguhnya,
Islam ini tertegak  atas 4 perkara;

  1. Ilmunya ulamak yang  memberi ilmu
  2. Adilnya umarak yang memerintah
  3. Pemurahnya orang kaya
  4. Doa orang fakir.

Lalu, dimanakah kedudukan kita ?

Minggu, 06 Juni 2010

Program pengislaman.


( gambar hiasan )

Program pengislaman di Kampung Solimpodon, Pitas, Sabah pada 9hb Jun 2010. Rebutlah peluang ini untuk mendapatkan saham akhirat . Seramai 5 orang dewasa 2 remaja akan diislamkan pada waktu itu. Fikirkanlah apa yang anda boleh sumbangkan. Jika anda ingin menyumbang atau bersama kami waktu itu, hubungi : 019-8827449

Jumat, 04 Juni 2010

Facebook


 BOSS FACEBOOK

Bagaimana facebook mendapat untung? Setiap klik yang kita buat ke atas iklan di dalam Facebook menyumbang sebanyak $0.50. Andai kata kita terdiri dari 1000 pemuda pemudi ISLAM yang mengelik pada iklan di Facebook dalam masa sejam, keuntungannya ialah $500.. Bayangkanlah berapa banyak wang yang anda sumbangkan kepada Zuckerberg dan pertubuhan AEPinya yang seterusnya disalurkan kepada negara bangsat itu untuk membiayai peperangan di Gaza. Sungguh malang kalau yang menyumbang itu adalah kita..pemuda pemudi ISLAM yang sedang menjadi cercaan negara bangsat itu.

Ketika anda membaca artikal di atas, pasti timbul pelbagai perasaan yang datangnya dari akal/ hati lalu menghasilkan teori2 bagi menjawab persoalan tersebut sebagai jalan keluar dari perangkap Yahudi ini. Inilah reaksi keprihatinan kita terhadap pembantayan Yahudi ke atas Islam. Namun dalam masa yang sama, ada juga nada2 sumbang di kalangan individu Islam memberi jawaban seperti reaksi yang mengatakan “sudah tau Yahudi itu penjahat, kenapa masih menggunakan Facebook?,  Pakai otaklah kawan,  kita mesti menguasai, jangan mereka yang menguasai kita..” dan mungkin berbagai respon lagi yang sudah atau tidak kita jangka. Sama ada reaksi atau respon yang dating ini benar2 diperhalusi atau tidak sebelum merespon, kita tidak tahu namun, secara kasarnya kita lihat seakan-akan melepas batuk di tangga sahaja walau dalam masa yang sama nada 2 perjuangan itu masih ada. Semangat perjuangan amat baik namun perletakannya mesti  ‘ngam’, tepat dan adil. Ia sama seperti meletakkan serban itu di atas kepala dan bukannya  atas lutut atau disangkut di dinding2 rumah atau disimpan dalam almari.  Kalau begini sikap kita, bagaimana kita dapat meraih  pahala sunah nabi? Maka, begitulah juga kebenaran yang kita perkatakan,  biar bertempat dan tempatnya diletak tepat.

Bagi yang tidak tersentuh sedikitpun perasaan mereka, maka sudah tentu mereka ini bersikap tidak mahu ambil tahu. Kita sedar keberadaan Yahudi sejak dulu. Makanya sebelum ini, seawal mengenal dunia internet, saya pernah menyatakan hakikat dunia tanpa sempadan ini dalam blog ‘Suara Mualaf Sabah ‘ semata-mata menyedari segala urusan dunia abad ini, 100% berada di tangan Yahudi dan sekutu2nya. Justeru, bila2 saja  mereka  boleh menekan ‘butang2’ yang mereka kawal itu untuk menghancurkan dunia khususnya umat Islam. Sedangkan dunia Islam  tidak punya apa2 kekuatan pun tidak punya apa2 yang harus dibanggakan apalagi untuk menakutkan Yahudi dan sekutu2nya. Kelemahan ini kita akui. Sebenarnya, masih ada ruang yang dapat dan boleh dibangunkan oleh umat Islam kerana,  jika dilihat, kekayaan bumi negara2 Islamlah yang dianugerahi kekayaan oleh  Allah . Minyak, emas, gas dan sebagainya berada di bumi yang dipijak umat Islam.  Malangnya,  para pemimpin dunia Islam tidak memiliki kesatuan seperti bangsa2 Yahudi dan sekutunya kerana masing2 memikirkan kepentingan negara masing2. Huraian untuk pernyataan ini rasanya tidak perlu kerana saya percaya, anda semua lebih tahu. Apa yang saya ingin kongsikan pada anda untuk  bersama2 di pentas FB yang dicipta pihak Yahudi untuk tujuan2 tertentu ini ialah untuk bersama2 menggunakannya untuk tujuan bermanfaat. Sila lihat:  http://cahayaislam-aldusuni.blogspot.com/ pos awal hingga akhir .  Kekadang, sikap  kita terhadap agama kita sendiri amat mengecewakan kerana apa yang boleh kita lakukan, tidak kita laksanakan. Selamat membaca.