Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 25 Januari 2011

Hiburan Bukan 100%

Salam untuk pendengar setia dan pemikir2 Islam yang tidak jemu membantu mempromosikan Cahayafm  kepada rakan2 FB, blog, web dan sebagainya.  Apa yang anda lakukan itu sudah pasti berteraskan Islam dan bukannya hiburan, kelompok, pengaruh atau apa juga yang bersifat individu. Andai niat kita terkeluar atau tersasar dari niat asal maka, tidak bermaknalah usaha yang kita lakukan itu.


Cadangan, sokongan, kritikan dan apa juga yang kita lakukan di mana2 FB sebagai tanda menyokong dan sebaliknya sudah tentu akan memberi saham kepada kita kelak. Tangan2 kita ini bakal ditanya ketika berhadapan dengan hari pembalasan .  Untuk kesekian kali saya tegaskan,  Cahayafm terasnya adalah perjuangan. Sebagai pengemudi, tidak mungkin kesemua yang terbuku di hati dan fikiran saya dapat kalian selami. Kenapa saya lakukan dan teruskan sebahagian dari apa yang kalian tolak? Salah satu sebabnya adalah kerana perkara ini agak sensitif bagi pihak2 berkaitan. Tidak mungkin juga anda menanti kenyataan saya dalam perkara ini dikemukakan secara terbuka, kerana saya masih memikirkan hal-hal yang mungkin kalian tidak hiraukan disebabkan kalian sendiri tidak pernah mengalami dan merasainya. Namun, kalian akan lebih jelas dan saya sangat mengalu-alukan untuk  membincangkannya secara terbuka dengan saya dengan cara  menambah ( add) skype peribadi saya  ‘aldusuni’ kemudian,  tanyalah saya, kenapa begitu dan begini ? Jika benar dan jelas apa yang saya lakukan itu tidak benar  sehingga menjadikan saya seorang pendosa, maka ketika itu, ajarlah saya apa yang harus saya lakukan sebagai pengemudi dan pemikir perjalanan Cahayafm ini .

Pada saya, hiburan, nyanyian atau lagu di Cahayafm ini perkara ke 100. Sudah berkali saya katakan, ia  bukanlah keutamaan kewujudan Cahayafm.  Namun,  perkara ini jugalah yang seringkali disentuh. Terima kasih, kerana ia menunjukkan perhatian kalian terhadap Cahayafm. Namun, perhatian saja tidak cukup. Adalah lebih baik jika semua pandangan dan kritikan itu bersifat GURU. Guru  bukan sahaja bertindak sebagai  pembuat soalan bahkan, jika murid tidak tahu, gurulah yang akan membimbing dan memberi jalan penyelesaian kepada murid sehingga dapat jawaban yang betul. Kalau hanya bersifat menanya dan meninggalkan  bahasa2 ke arah ketidaksokongan atau seumpamanya,  bagaimana mungkin kami di Cahayafm tahu bentuk2 yang dimaksudkan. Lebih parah lagi kalau bersifat  seperti tikus membaiki labu. Selepas menebuk labu dan kenyang, beredar pergi meninggalkan tahi. Siapa datang menjenguk labu, pasti terhidu bau tinggalannya. Tolong, jika mana2 dj  Cahayafm  dilihat tidak baik, tidak menepati prosedur penyiaran, melanggar batas2 syariat, segera maklumkan pada kami sekali gus  cadangkan mana satu yang baik, jelaskan  tahap demi tahap yang terbaik  itu agar kami dapat  mengikutinya dengan baik dan jelas.

Kekerapan membidas secara langsung  di dinding Cahayafm ini hanya akan mengundang  banyak kesan kerana  ia bukan saja dibaca oleh kita umat Islam tapi oleh  mereka di luar sana. Silalah fahami situasi  ini. Sama2lah kita elakkan agar halaman ini tidak menjadi  seperti  halaman2 lain yang mempamerkan pelbagai ke’tidaksetujuan’, berhujah dan sebagainya sehingga akhirnya menjadi bahan tawa agama lain. Dalam hal ini, telah berkali  juga saya maklumkan agar mana2 cadangan, komen atau apa2 perkara yang menyatakan ketidaksetujuan, hantarkan saja   ke mesej peribadi saya. Saya amat menghargainya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi