Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 16 April 2011

Al - Quran


Assalamualaikum.
Kepada pendengar Cahayafm yang tidak jemu2 memberi sokongan, sukacita kami maklumkan seperkara berkaitan Cahayafm. Ia penting serta berkaitan keputusan pihak Cahayafm setelah mengambil kira beberapa perkara demi dakwah maya serta harapan asal Cahayafm agar Islam terus berada di persada kemuliaan melebihi kemuliaan duniawi. Hasrat Cahayafm, agar apa juga segmen yang dikeudarakan adalah kerana dakwah. Walaupun banyak rintangan diterima namun, Cahayafm bangga kerana dalam waktu yang sama, kelompok pendengar dan ahli Cahayafm terus memberi sokongan padu. 

Bermula 12.00 pagi 17 April 2011 ini, pihak Cahayafm tidak lagi memutarkan lagu2 nasyid, iklan dan sebagainya dalam sistem Auto Dj melainkan hanya bacaan Quran berserta tafsir dalam Bahasa Melayu. Keputusan ini merupakan keputusan pihak Cahayafm di samping sokongan pelbagai pihak yang telah memberi maklumbalas di 10 page berkaitan. Hasilnya, lebih banyak yang menyokong cadangan pihak Cahayafm untuk mengaktifkan bacaan Quran bertafsir tanpa mencampurkannya dengan lagu2 nasyid.

Diharapkan agar perubahan ini akan dapat membina jiwa dan minda kita agar terus dekat dengan peringatan2 Allah menerusi al-Quran. Konsep hiburan mendidik jiwa akan terus kita keudarakan menerusi deejay2 yang ke udara bersama pendengar dan segmen mereka . Auto Quran telah diset 30 juz. 

Akhir sekali, mari kita aktifkan jiwa dan minda kita dengan kalamullah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi