Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Minggu, 03 April 2011

Cahayafm.net


Assalamualaikum,

Agak lama SMS tidak membuat pos dalam blog kerana kekangan masa di samping menguruskan radio online Cahayafm. Alhamdulillah, kini radionya semakin stabil selepas melepasi usia 1 tahun dari tarikh kelahirannya, sungguhpun tarikh ulangtahun pelancarannya masih berbaki 4 bulan sebelum mencecah setahun.

Dalam tempoh rawatan Cahayafm, pelbagai langkah saya lakukan termasuklah membentang idea dalam bentuk tulisan sehingga kenyataan di ruang udara. Turut dibuat, promosi dan pertukaran idea dalam mana2 pertemuan dengan rakan2 sekampung, bloggers, individu2 pelbagai latar, AJK2 masjid dan surau, ahli2 koperat, NGO, orang2 agama, jabatan agama serta tidak ketinggalan, orang2 politik. Daripada usaha ini, lahirlah beberapa idea untuk Cahayafm, antaranya niat menyiarkan khutbah2 Jumaat di masjid dan surau di Sabah, kuliah2 Maghrib dan Subuh, liputan sambutan hari2 kebesaran umat Islam, soal jawab agama, forum serta segmen2 pelbagai yang dibawa para deejay Cahayafm. Saya percaya, sebahagian darinya telahpun diikuti para pendengar dalam bentuk pengudaraan dan penulisan sebelum ini. Namun kesemua itu masih belum tercapai disebabkan wujud kekangan2, antaranya;

1. Pihak2 yang berkaitan tidak memberi respon dalam bentuk praktikal meskipun jawaban2 bertulis yang kita terima bahasanya amat menggalakkan.

2. Di peringkat pengurusan Cahayafm, kekangan kewangan membantutkan perancangan. Meskipun begitu, siaran Cahayafm masih mampu terus ke udara sehingga kini.

3. Di pihak penerbit, kekurangannya terlihat dari segi pos2 di laman web dan blog2 sedia ada. Ia amat jarang dikemaskini dengan berita2 terkini. Bukanlah ketandusan berita penyebabnya tetapi, kekangan kemahiran diri yang masih bergantung dengan khidmat editor. 

Sebenarnya, kekangan yang dihadapi bukan setakat itu . Saya hanya menyebut perkara2 besar. Imbaslah tulisan2 lalu, semuanya telah disebut sebelum ini. 

Barangkali selepas ini, umat Islam khususnya di Sabah sama2 mengingat kembali harapan dan maksud sokongan kita terhadap radio online Cahayafm agar kita perkasakan lagi siarannya, segmennya, kerjasama para ahlinya dan semua perihal tentangnya. Jika tidak, maka kelahiran Cahayafm ini hanya akan tinggal seperti ini. Kekal di takuk statik, sedang di luar sana pemantauan pendengar dan pembaca terus berjalan.

Untuk mengikuti perjalanan dan suara2 semua peringkat tentang apa yang saya sebutkan ini, insyaAllah jika berkesempatan, alamat2 berkaitan akan dipaparkan secara berperingkat agar apa yang saya perkatakan ini tidak dianggap barisan bahasa semata-mata. Selepas itu, marilah kita sama2 fikirkan pelaksanaannya pula.

Sekian, terima kasih.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi