Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 13 April 2011

Kisah Benar

Dua hari berada di daerah sejuk Ranau, terasa mencabar bagi penghidap asma dan resdung. Keadaan cuaca di sini, sedikit berlainan dari daerah2 lain di Sabah. Namun, sapaan sejuk setiap waktu pasti memberi ketenangan bagi pasangan bulan madu.

Sentuhan cuaca di daerah ini pasti menjadikan fikiran anda ligat berkembang justeru udaranya yang sentiasa memberi inspirasi kepada penghayatnya. Ramai penulis bertaraf dunia datang ke sini semata-mata mencari noktah akhir penulisan mereka. Pak Habib, antara penulis tersohor tanah air atau lebih dikenali sebagai Nujum Pak Belalang juga sering ke sini. Saya dan rakan2 Pak Habib seperti Cikgu wahid pasti tidak terlepas menemani beliau.

Personalia dalam perjalanan dakwah; Mohd Fadli, Pak Raja, Abdul Halim, Qobil , Yusuf Din, Abdul Razak, Azman Tawau dan ramai lagi, masing2 ada pengalaman bergelanggang di bumi Sabah dengan program2 dakwah yang kita susun bersambung-sambung. Sungguhpun program2 ini dibuat kecil2an, namun saya bersyukur justeru ia berpanjangan dan konsisten. Mudah2an manfaatnya berpanjangan.

Kisah yang ingin saya kongsikan kali ini berkisar tentang dunia dakwah di daerah sejuk ini. Ada dua orang guru.  Seorang guru tempatan dan seorang lagi jadi tempatan. Saya katakan ‘jadi’ kerana walaupun orang tuanya berasal dari semenanjung, namun, dia dilahirkan di daerah Ranau dan bekerja di Ranau. Bapanya bekas guru pencen juga seorang pendakwah dan pernah bersama dengan rakan2 yang saya sebut tadi. Puluhan tahun menyemai bakti di daerah ini, kini beliau kembali ke semenanjung setelah beberapa tahun pencen. Pun, beliau tidak pergi begitu saja. Tidak cukup dengan ratusan malah barangkali mencecah ribuan bekas2 muridnya, anak beliau yang saya maksudkan ‘jadi’ tempatan tadi, kini menyambung riwayat dakwah beliau di daerah ini dengan mencurah baktii di salah sebuah sekolah pedalaman di sini. Kerana mahu melihat anak murid melangkah masuk ke sekolah agama beliau manfaatkan masa dan kemewahan yang diterima setiap bulan dengan menaja seorang pelajar pedalaman yang tidak berkemampuan masuk ke sekolah agama. Segala keperluan dan bayaran pengajian murid terbabit telah ditaja sebahagian besarnya oleh beliau, Alhamdulillah.


Lain pula kisahnya dengan seorang lagi guru. Guru tempatan ini, degilnya bukan sahaja dengan perbuatan bahkan juga tutur katanya. Sepanjang mengenali beliau, apapun cerita dakwah, tazkirah dan yang seumpamanya akan diabai begitu sahaja . Bukan itu saja , bahasa dan sikapnya seringkali menunjukkan penolakan. Namun atas dasar persahabatan, saya masih terus menelefon, sms, chatt dan sekali sekala mengajak beliau makan2 atas dasar sahabat. Dalam usia  hampir 40-an, bomoh dan pawang ditemuinya semata2 untuk membuang sial dan segala halangan2 yang mendatang pada beliau. Justeru sikap beliau yang agak keras, saya hanya mampu mengesyornya untuk pergi ke Mekkah menunaikan ibadah umrah dan mintalah pada allah apa2 saja hajat.

Sejak 3 bulan lalu, Alhamdulillah. Beliau kini lebih dari apa yang saya jangkakan. Selain solatnya dijaga, wajahnya juga berseri-seri. Bukan itu sahaja,  bahkan dia kata ”saya rugi dan kesal sebab tidak ikut kamu sejak mula. Masa saya terbuang begitu saja.  Subhanallah, perubahannya benar2  tidak saya sangkakan. Semoga dari dua kisah ini dapat kita timba ilmu secara langsung

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi