Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Minggu, 31 Maret 2013

Program Syahadah Satu Keluarga



Alhamdulillah, satu lagi keluarga telah bersyahadah di Kampung Boribi, Kanibongan, Pitas pada pagi Jumaat 29 Mac 2013. Terkini, di kampung ini sudah 13 orang saudara kita yang kembali kepada agama fitrah. 5 orang remaja dari kampung ini juga telah kita hantar ke kelas pengajian pondok di bawah pengurusan Puan Rosnani Untol. Sebuah surau juga akan dibangunkan di satu kawasan kampung ini dan telahpun dikenalpasti tempatnya. Pembinaan akan dimulakan awal April 2013 secara gotong-royong. Biaya pembinaan adalah adalah hasil sumbangan seorang hamba Allah dari Shah Alam, Kuala Lumpur. Pemantauan kerja binaan akan dibuat oleh Persatuan Pendakwah Islam Sabah dan Persatuan Prihatin Sahabat Sabah agar pembinaan berjalan lancar mengikut amanah yang diberikan oleh penyumbang pemurah itu.

Kamis, 28 Maret 2013

Program Syahadah



Kepada muslimin dan muslimat yang ingin melabur saham akhirat bolehlah bersama-sama dengan PPIS pada Jumaat ini , 29 Mac 2013 ke Kampung Beribi, Kanibongan, Pitas dalam program syahadah satu keluarga ( 5 orang ) serta ziarah saudara-saudara baru. Apa saja bentuk sumbangan yang difikirkan sesuai, bolehlah anda sampaikan sendiri waktu itu. Sejak 13 Februari sehingga kini, sudah 10 orang yang bersyahadah di kampung ini sementara 5 orang remaja dalam kalangan mereka telah kita hantar ke semenanjung untuk mendalami Islam.

http://www.facebook.com/pendakwahsabah