Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Senin, 01 Juni 2015

Program Pelajar RTMS Bulan Ramadhan 2015




Alhamdulillah.  Setelah hampir 9 bulan kelas pembelajaran dilaksanakan di RTMS dengan sistem transit, kini para pelajar rintis yang in syaa Allah akan menyambung pengajian mereka ke semenanjung akan masuk fasa ujian praktikal di beberapa kampung pedalaman sekitar daerah Ranau bermula 1 Ramadhan sebagai imam dan bilal solat Tarawih. Inilah antara program kita pada Ramadhan tahun ini. Begitu, ia julung kali dibuat.

Para pelajar terpilih ini telah kita siapkan sejak sebulan lalu. Mereka yang akan kita tempatkan di kampung-kampung yang telah kita bantu dirikan surau sebelum ini. Selain  menjadi imam solat Tarawih, mereka juga akan mengimamkan solat 5 waktu sepanjang bulan Ramadhan.

Walaupun masih banyak kekurangan dan kelemahan, sekurang-kurangnya program ini bakal memberi mereka pengalaman dan kesedaran betapa ilmu itu sangat penting dalam kehidupan. Harapan kita agar selepas ini akan tumbuh rasa kesedaran dalam jiwa mereka untuk mendalami lebih banyak ilmu lagi. Inilah antara matlamat utama kita menghantar mereka ke kampung-kampung terbabit. Lagi, di kampung terlibat ini, masyarakat Islamnya akan mengerjakan solat Tarawih pertama di  surau yang kita selenggarakan pembinaannya hasil sumbangan para dermawan yang tidak jemu-jemu membantu dan menyokong program dakwah yang kita laksanakan selama ini.

Kita berharap agar dalam program ini, muslimin dan muslimat dapat sama-sama menyokong dan membantu menjayakannya mengikut kapasiti masing-masing. Begitu, kami sangat memerlukan kebersamaan kalian untuk mengambil ruang dan peluang sebagai penaja makan dan minum ( sahur dan sungkai ) mereka termasuk pembelian alatan dapur seperti pinggan, mangkuk, gelas dan seumpamanya. 

Akhir sekali,  sila rujuk gambar di atas dan itulah pelajar-pelajar RTMS, bakal perintis program Ramadhan yang kami maksudkan. In syaa Allah, kami akan perkenalkan pula pasangan imam dan bilal beserta kampung tempat mereka ditugaskan sepanjang Ramadhan 2015 ini.

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818

Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6