Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Senin, 08 Agustus 2016

PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR RTMS




Alhamdulillah. Pertambahan pelajar RTMS kepada 45 orang kini, menyaksikan kesemua bangunan sedia ada RTMS dihuni sepenuhnya oleh para pelajar. Begitu, kita amat bersyukur kerana ruang dan bangunan yang ada, benar-benar dimanfaatkan, dan, inilah saham-saham akhirat kita semua.
Pun, dalam waktu sama, ada puluhan lagi di luar sana yang sedang menanti justeru ingin memasuki RTMS. Kita terpaksa menunda kemasukan mereka berikutan ketiadaan bangunan asrama khas sebagaimana kita rancang.

Sementara itu, rumah guru dan rumah tamu yang ada, kita jadikan asrama sementara.
Atas kepentingan pendidikan dalam kalangan saudara baru dan umat Islam yang kita perjuangkan, maka bermula Ogos 2016 kita sasarkan untuk memulakan pembinaan asrama RTMS. Niat ini kita mulai dengan mendirikan tiang utama dan memasang atap. Inilah tanda komitmen kita mahu melihat asrama lelaki dan perempuan terbangun di RTMS.

Kerja-kerja penyiapan asrama ini kita sasarkan pada tahun 2017. Dengan bermula pos ini, kita secara rasmi melancarkan tabung pengumpulan dana pembangunan RTMS Fasa II.

Target masa pengumpulan dana bagi fasa II ini adalah tiga bulan. Daripada jumlah terkumpul itu nanti, kita akan mulakan pembinaan dan begitulah seterusnya tanpa menyasarkan jumlah infakan setiap pelabur saham akhirat. Bahkan sen sekalipun kita terima. Salurkan ke mana-mana, tiga buah akaun yang kami sertakan ini
Akhir sekali, sebarang pertanyaan pembangunan yang kita lancarkan ini, teruslah berhubung ke nombor telefon yang kami sertakan. Sebagai makluman, pihak kami tidak melantik wakil informa, pengutip dana dan seumpamanya.

Muslimin dan muslimat dialu-alukan mengongsi gambar-gambar projek pembangunan asrama ini. Bagaimanapun, sebarang pengubahsuaian seperti penambahan atau pengurangan gambar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

l RTMS; 088 - 875431/012-8238229
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818 Bank Islam -
1001602096785-6 CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 8602576438